Bawa bag Tote sahaja untuk travel


Mesti ramai di antara anda yang suka melancong ke mana-mana. Bawa barang itu, bawa barang ini. Pasti sukarkan sebab macam nak bawa semua untuk holiday. Yang paling menyukarkan ialah bila mengangkut semua bagasi. Benarkan? Trust me, saya boleh merasakan kesukaran anda sekiranya anda travelling dengan kapal terbang. 



Perlu ada anatomi yang sempurna untuk mengangkut bagasi-bagasi. Saya sudah cukup melihat sejumlah perkara buruk terjadi (penerbangan delays, kehilangan bagasi, anak-anak menjerit dan berlari). Saya perlu berfikir bertahun-tahun untuk menyelesaikan jika perkara itu berlaku kepada saya. Opss, tapi saya belum ada anak lagi 😅. Tapi tidak apa, mari teruskan!


Tips untuk kemas barang dalam Tote bag:

1. Peralatan Mandi yang berukuran Travel Sized: 

Saya SELALU asingkan bila mengemas peralatan mandian yang kecil iaitu travel sized jika sedang memeriksa bagasi lagi. Saya akan menyimpannya di dalam Tote saya supaya saya dapat menyediakannya nanti siap-siap terutamanya bila emergency. Ini sebab saya terkadang cuai sampai lupa membawa berus gigi dan ubat gigi bila pergi holiday dengan keluarga. Terpaksalah masa holiday tu singgah sekejap ke Watson untuk beli berus gigi dan ubat gigi. 

2. Bahan Bacaan: 

Ini sama ada eReader, iPad, atau novel, biasanya anda mungkin akan memerlukan hiburan, terutamanya jika terdapat kelewatan penerbangan. Hiburkan diri dengan bahan bacaan. Lagipun, membacakan jambatan ilmu.

3. Underwear

Okay serius. Saya syorkan anda biasakan selalu memasukkan beberapa pasal underwear di dalam beg tangan. Contohlah kan, kalau bagasi yang anda letak segala pakaian termasuk underwear awak tu hilang, macam mana? Hah. Takkan semuanya nak beli baru. Rugi ja. Sekurang-kurangnya, underwear tu masih ada dalam beg tangan kan. Jadi bolehlah simpan di dalam Tote.

4. Item Lain: 

Laptop, pengecas, headphone, dan alat solek. As for me, kalau pengecas handphone sangat penting. Saya rasa anda pun sama. Tali usb tu saya akan gulung kat palam charger tu jadi tidaklah terjuntai.


Trik packing yang lain adalah memastikan anda mempunyai beg yang sesuai untuk itu. Anda boleh menggunakan beg galas, tetapi Tote ini telah menjadi kegemaran saya setakat ini! Kenapa? Kerana saya rasa Tote sangat simple dan versatile. Sebenarnya, saya pun menggunakan Tote jika ke kelas dan berjalan-jalan ke bandar. Laptop pun boleh muat dengan Tote saya. Saya ada banyak Tote. Bagaimana dengan anda?


Semoga hari anda baik dan luar biasa! Terima kasih kerana sudi membaca blog entri saya ini.

Post a Comment

0 Comments