Sunday, September 6, 2020

Cara merekod perbelanjaan harian dan bulanan

 




Berita baik buat anda, ini adalah cara paling terbaik untuk merekod semua perbelanjaan harian dan bulanan di 2020.  Masih ramai sebenarnya yang kurang kesedaran mengenai pentingnya untuk rekod aktiviti perbelanjan kita. Sebab bila kita membuat rekod perbelanjaan, kita boleh tahu bagaimana dan di mana kita berbelanja menggunakan duit dan jumlah simpanan duit kita. Syukurlah, sekarang anda tak perlu risau lagi. Saya akan ajar cara merekod perbelanjaan harian dan bulanan dengan mudah.


Merekod perbelanjaan ini sangat penting kepada pelajar terutamanya pelajar universiti. Kerana saya seorang pelajar universiti, jadi saya tahu apa yang pelajar perlu bila saya sendiri juga memerlukannya. Start dari semester 1 lagi saya dah pening-pening sebab banyak buat pengeluaran duit sampailah semester kini. Tetapi sekarang dah tak pening dah sebab ada kat rumah. Cuti semester kan. Lepas final exam. 


Okay berbalik kepada topik kita. Dalam perkongsian saya ini, saya nak kongsi macam mana caranya nak rekod perbelanjaan ni. Mula-mula, kita perlu ada buku kecil dan pen. Buku tu untuk tempat kita menulis. Pen pula memanglah untuk kita menulis. Okay! Saya juga tahu kalau ada jadual yang cantik, mesti lagi senang nak rekod. So, di bawah ini adalah contoh jadual yang simple dan kemas untuk membuat rekod perbelanjaan. 


Money tracker bermaksud penjejak duit. Penjejak duit maksudnya alat yang boleh tolong beritahu kita di mana duit-duit yang sudah kita gunakan, habis dekat mana, beli apa, di mana. Itu maksud yang paling mudah lah nak paham. Contoh Money Tracker di bawah ni ada "month of". "Month of" tu tempat nak letak bulan. So nanti letak lah bulan berapa nak start. Januari kah, Februari kah, Desember kah. Terpulang kepada anda. 


Money tracker di atas ada dua jadual. Jadual pertama untuk saving atau simpanan/tabungan. Jadual kedua pula unutk donation atau dermaan/duit yang telah dikeluarkan. Simple kan! Di situ boleh letak tarikh bila nak start, terpulang kepada anda juga. Jumlah, masukkan jumlah duit yang anda simpan dan yang anda keluarkan. Yang terakhir ialah sumber. Sumber tu boleh tulis di mana kita belanja (untuk bahagian my donations), dan dari mana kita dapat duit tu (untuk bagian my savings). 



Jadi, perkara yang paling penting untuk ada dalam Rekod perbelanjaan harian dan bulanan ialah:

1. Tajuk yang cantik. Contoh: Money Tracker
Bila ada tajuk yang cantik, mesti ada semangat nak teruskan buat jadual selepas itu. Gunalah jenis font apa pun yang sesuai. Besarkan tajuk supaya kelihatan lebih kemas.

2. Buat jadual.
Jadual ni penting yaa. Buat kemas-kemas. Kalau buat kemas-kemas, nanti best la nak rekod dan tengok semua rekod yang dibuat. Nak asingkan jadual untuk saving dan donation pun boleh, tak asingkan pun boleh. Ikut kreativiti anda sendiri nak buat macam mana pun.

3. Letak tarikh.
Kalau nak pakai bahasa inggeris pun okay juga. Letak date. Tarikh ni paling penting ya. Kalau tak ada tarikh, macam mana nak tahu bila kita start simpan duit tu dan bila kita keluarkan duit untuk berbelanja. 

4. Letak jumlah duit.
Okay, selepas buat tarikh hendaklah meletakkan jumlah duit yang disimpan dan yang dikeluarkan. Supaya kita boleh tahu berapa yang kita dah simpan dan berapa yang dah kita pakai untuk membeli sesuatu atau bayar sesuatu.

5. Letak sumber (source)
Last sekali, jangan lupa letak sumber. Atau pun kalau nak pakai perkataan lain pun boleh. Seperti , description, category, dan sebagainya.


Mudah bukan? Dengan adanya jadual macam ni, anda boleh merekod setiap perbelanjaan anda dengan senang. Jadi lepas ni tak perlu dah pening-pening kepada duit cepat habis. Semoga perkongsian saya ini dapat membantu anda semua. Semoga juga hari anda baik dan luar biasa. Terima kasih! 

2 comments: