YouthAyuju Blog | Part-time Blogger

Hello ! It's me Ayu. Welcome to my blog. Wishing you good health and peace without end.

  • Home
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Sitemap

Skincare

SKINCARE

Resume & Internship

Resume & Internship

 

Produk Hilangkan jerawat

Produk hilangkan jerawat memang banyak kat drugstore. Sangat mudah nak dapat masa sekarang ni. Selain kat drugstore, produk hilangkan jerawat juga boleh didapati secara atas talian. Memang mudah sekarang ni. Banyak pilihan pula tu. Namun begitu, anda kena pastikan yang anda memilih produk hilangkan jerawat yang betul-betul sesuai dengan anda kerana setiap orang memiliki jenis kulit (berminyak, kombinasi, kering) yang berbeza dan masalah jerawat yang berbeza.

Claim cepat vouchers Watsons Malaysia kat SINI!

Sekarang, terlalu banyak produk hilangkan jerawat yang diperkenalkan di pasaran. Ada produk lama dan ada juga produk yang baru. Perlu diingatkan, bahasa setiap produk tersebut tidak 100% sesuai dengan semua orang. Jadi amat penting untuk anda memilih produk yang sangat sesuai. Jadi di sini saya akan senaraikan produk hilangkan jerawat yang paling berkesan. 

Produk Hilangkan Jerawat Paling Berkesan di Watson

Terdapat banyak sekali produk jerawat yang ada di Watson. Selain Watson, ada juga di Guardian dan farmasi. Tapi rekomendasi dari saya ada produk yang dijamin berkesan untuk hilangkan jerawat di muka. Produk-produk ini boleh didapati di Watson dan juga di Shopee (official store).


1. Watson Acne Patch


Banyak-banyak Acne Patch kat Watson tu, yang ni jugalah paling best sekali. Kalau tiba-tiba ada jerawat muncul, letak ja acne patch tu kat jerawat. Pakai sebelum tidur. Esok pagi jerawat confirm kecut. 

Lazada: Sini Lagi Murah
Shopee: Sini Lagi Murah


2. Wardah Acnederm
Wardah Acnederm ni ada BHA yang mana sangat bagus untuk hilangkan jerawat. Tekstur Wardah Acnederm ni adalah gel. Dia boleh bantu kurangkan minyak yang berlebihan kat muka dan membersihkan ruang pori yang tersumbat. 

Lazada: Sini Lagi Murah
Shopee: Sini Lagi Murah


3.  Nixoderm


Yang ni pun berkesan nak hilangkan jerawat. Ni bau dia macam minyak angin. Letak kat jerawat yang tumbuh sahaja. Akan rasa pedih-pedih sikit. But it's okay, sebab ia bagus. Ingat, pedih sikit ja tau. Kalau pedih sangat, haa maknanya kulit korang tak sesuai pakai ni. Pedih sikit tu tak lama pun. Sebab dia macam minyak angin. Tapi ni memang sangat bagus. Blackheads pun boleh hilang tau.

Lazada: Sini Lagi Murah
Shopee: Sini Lagi Murah 


4. OXY 5 Acne Pimple Medication (For Mild Pimples)
Yang ni sesuai untuk rawat jerawat yang kecil-kecil tu. Kandungan dia ada 5% Benzoyl Peroxide yang mana dapat bunuh bakteria jerawat tu. Cara pengggunaan pula just letak kat jerawat yang kecil-kecil tu. Tak perlu letak kat satu muka.

Lazada: Sini Lagi Murah
Shopee: Sini Lagi Murah


5. OXY 5 Acne Pimple Medication (For Stubborn Pimples)
Yang ada jerawat besar tu, pakai yang ni. Ni memang berkesan nak rawat jerawat besar tu. Btw, kandungan dia ada 10% Benzoyl Peroxide yang boleh bunuh bakteria jerawat besar tu. 

Lazada: Sini Lagi Murah
Shopee: Sini Lagi Murah




 

lirik lagu majal swanz ft asmai

Lirik Lagu Majal by Swanz feat. ASMAI

Majal feat. ASMAI - Majal lyrics


tekanang malam masa tani di taman eco inda mau mulih
ku tanya kau kalau ku dapat pigang tangan, kau cakap bulih
kan ahie sudah, kalat mata, kan mulih pun payah-payah
macam achai aku banar banar kan kau, aku beungkayah

apa jua kan kau tapuk?
pintu hatimu ku kan masuk
sorry kalau ku macam majal
aku faham kalau kau sangal

apa jua kan kau tapuk?
pintu hatimu ku kan masuk
sorry kalau ku macam majal
aku faham kalau kau sangal

kau cakap, malas ku ingau
kau ni setau gaban, (mun paham bisai)
dari tutur kata mu atu lemah lembut dah buat aku rasa angau
makin inda tantu rasa, bila kau pakai gamis sampai ku mangalurau
yang penting mata tani betamu, terus ku tau mana
arah tuju masa dapan tani berdua
aku banar banar kan kau sayang
so bagi peluang waimapun sekajap

tekanang malam masi tani di taman eco inda mau mulih
ku tanya kau kalau ku dapat pigang tangan, kau cakap bulih
kan ahie sudah, kalat mata, kan mulih pun payah-payah
macam achai aku banar banar kan kau, aku beungkayah

apa jua kan kau tapuk?
pintu hatimu ku kan masuk
sorry kalau ku macam majal
aku faham kalau kau sangal

apa jua kan kau tapuk?
pintu hatimu ku kan masuk
sorry kalau ku macam majal
aku faham kalau kau sangal

lama dah tani kilala, mun rindu padah, jangan malu ucing
kau ikhlas sayangkan aku, inda pandang nama inda pandang usin
pi penyamal, minta kana pujuk dari dulu andang kau punya ulah
macam achai aku banar banar kan kau aku beungkayah (HANTAP)
dari bandar sampai mumong
aku sanggup tuk kadikau
bukan pulang kan manganjung
kau sempurna di mata ku
apa jua kan ku tapuk?
pintu hatimu ku dah masuk
sorry kalau ku macam majal
aku faham kalau kau sangal

tekanang malam masi tani di taman eco inda mau mulih
ku tanya kau kalau ku dapat pigang tangan, kau cakap bulih
kan ahie sudah, kalat mata, kan mulih pun payah-payah

apa jua kan kau tapuk?
pintu hatimu ku kan masuk
sorry kalau ku macam majal
aku faham kalau kau sangal

apa jua kan kau tapuk?
pintu hatimu ku kan masuk
sorry kalau ku macam majal
aku faham kalau kau sangal

 

Hotel Raia Kota Kinabalu

Alkisahnya, saya mencari hotel yang berdekatan dengan Hospital Queen Elizabeth 1, jadi paling dekat saya rasa Hotel Raia Kota Kinabalu ni.

Jadi saya pun book lah terus untuk saya, mama, dan adik lelaki saya (budak). Kami nak tidur satu malam kat situ sebab awal pagi esoknya kena pergi hospital. 


Review Hotel Raia Kota Kinabalu

Hotel Raia ni dahulu dikenali sebagai Hotel Tabung Haji, tapi dah tukar nama jadi Hotel Raia. Lagipun memang betul sebelah hotel ni ada bangunan Tabung Haji. 

Seperti biasa kalau saya nak cari hotel untuk menginap, saya akan cari di Agoda. Di Agoda, Hotel Raia ni 3 bintang ja. Tapi harga dia murah. Saya dapat harga RM220.25 termasuk taxes & fees dan ada breakfast sekali. Hari lain boleh dapat harga lagi murah dari ni.

Yang saya suka dengan hotel ni of course lah sebab hotel ni dekat dengan Hospital Queen Elizabeth 1. Ada banyak parking kosong. Pastu interior dalam hotel dia cantik. Bilik dia pun ada luas sikit. 






Cuma, ada benda yang saya tak berapa selesa mengenai bilik yang saya dapat. Dia punya mangkuk tandas ada warna kuning. Pastu tak ada berus gigi & ubat gigi. 

Nak saterika tudung pun tak boleh sebab tak ada iron and iron board disediakan. Saya perlu call dulu dorang dan tanya ada atau tak. Okay ada, baru dorang hantar. 

Lepas tu, pada waktu pagi bila kami nak breakfast pula, hmmm spoil my mood betul. Pekerja dia kata breakfast untuk dua orang sahaja. Padahal saya bayar bilik tu sekali dengan breakfast untuk 3 orang. 

Baru ja nak ambil makanan, pekerja dia suruh saya turun bawah untuk settle pasal breakfast tu. Kot saya perlu bayar untuk sorang lagi kah apa kah.

Mama saya pun jadi tidak selesa bila nak ambil makanan. Jadi saya pun terpaksa lah turun ke bawah. Mereka explain lah, breakfast untuk 2 orang tu ikut bilik yang saya ambil. 

Sebab bilik saya ambil tu ada dua katil single. Jadi kalau ada 2 katil single maksudnya cuma dua orang sahaja yang boleh dapat breakfast. Lol 




Mana boleh macam tu, saya tak tahu pasal policy & rules macam tu. Sebab saya dah bayar RM 220.25 untuk 3 guests. Kat Agoda sendiri bagi option bilik tu. 

Pekerja tu tengok balik salinan tempahan yang saya buat kat Agoda, saya nampak "3 guests", saya sendiri tunjuk kat dia yang saya bayar untuk 3 guests. 

Pastu dia call pekerja yang tadi suruh saya turun bawah tu, dia kata "kasih lepas ja lah yang untuk budak tu". Macam tu tau. 

Lepas settle, baru saya naik atas balik ambil makanan. Hmmm. Nasib makanan dorang sana sedap-sedap. Tak jadi mood nak spoil lama-lama. 

Tapi overall, dorang punya customer service kat lobby memang terbaik lah. Pandai handle masalah guests. Kebersihan pula hmmmm yang kat bilik tu ja yang tandas tu, tu ja yang hmm. Yang lain okay terbaik.

Makanan pula sedap yang time breakfast tu. Kat lobby ada restoran. Time kami baru lepas check in, kami turun makan sana. Makanan yang saya dan mama order, Nasi Goreng Kampung, agak masin. Saya tak habis, tapi mama punya habis, sebab dia lapar katanya hahaha. 

Tapi kali kedua kami makan kat restoran tu, di keesokan harinya, sedap pula makanan yang kami order. 

Kat situ yang saya perasan kan, memang tak ramai guests. Time kami sampai kat hotel tu, saya agak hairan sikit, sebab tak ada guests lain yang saya nampak selain kami bertiga. 

Kat restoran time kami makan tu pun tak ada orang, kami ja yang makan. Keesokan harinya yang kami makan sana tu, baru ada beberapa orang juga yang makan situ. Tak ramai kot yang menginap kat situ. 

Tapi for those yang nak mencari hotel yang berdekatan dengan Hospital Queen Elizabeth 1, bolehlah menginap di Hotel Raia ni. 

Adakah saya akan menginap lagi di hotel ni? Kalau saya tak ada bajet lebih, saya mungkin akan menginap lagi kat hotel ni sebab murah. Tapi kalau ada bajet lebih, saya akan cari hotel lain. But still, ni ja hotel yang lagi dekat dengan Hospital QE1 huhuhu. Jadi maybe akan menginap lagi kat sini la nampak gayanya.

 

The Raw Acne Ceramides CleanserThe Raw Acne Ceramides Cleanser


Acne Ceramides Cleanser

Acne Ceramides Cleanser is designed to deeply cleanse and gently exfoliate your acne skin, while protecting your skin barrier function simultaneously. Added with 2% Salicylic Acid, it is concentrated enough to calm acne, reduce comedones (blackheads & whiteheads), as well as improving the appearance of pores. This cleanser effectively removes excess oil, dead skin cells and clogged pores, which helps to prevent new acne breakouts.

Formulated together with 5 essential ceramides, cholesterol, fatty acid, niacinamide, hyaluronic acid and vitamin B5 that work well in protecting your skin barrier while exfoliating. This cleanser is also skin pH-friendly, non-comedogenic and non-irritating. It leaves the skin feeling clean, calm and healthy.


Uses
To deeply cleanse and gently exfoliate your acne skin, while protecting your skin barrier function. 


How to use
Apply the cleanser to your wet skin and massage in a gentle, circular motion. 
Rinse well. Discontinue use if irritation occurs.


Active Ingredients
Salicylic Acid 2%


Full Ingredients
Aqua, Sodium Laureth Sulfate, Cocamide Dea, Cocamidopropyl Betaine, Propylene Glycol, Disodium Laureth Sulfosuccinate, Salicylic Acid (2%), Glycerin, Niacinamide (1%), Ceramide EOP, Ceramide NS, Ceramide NP, Ceramide AS, Ceramide AP, Hydrocotyle Asiatica (Centella Asiatica) Extract, Polygonum Cuspidatum Root Extract, Scutellaria Baicalensis (Chinese Skullcap) Root Extract, Camellia Sinensis (Green Tea) Leaf Extract, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower Extract, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract, Alpha-Glucan Oligosaccharide, Dipotassium Glycyrrihicate, Hyaluronic Acid, Cholesterol, Hydrogenated Lecithin, Panthenol, Glyceryl Stearate, Polyquaternium-7, Butylene Glycon, Caprylyl Glycol, 2,3 Butanediol, Dipropylene Glycol, Hydroxyacetophenone, Hydroxypropyl Methylcellulose, Tetrasodium Edta, Methylchloroisothiazolinone & Methylisothiazolinone.


Volume
150ml


Read my review here

PRICE: RM47.90
BUY HERE : ACNE CERAMIDES CLEANSER

 

THE RAW ACNE CERAMIDES CLEANSER

REVIEW THE RAW ACNE CERAMIDES CLEANSER

Hari yang ditunggu-tunggu. Akhirnya sampai juga The Raw: Acne Ceramides Cleanser ni kat tempat saya. Disebabkan kes sebelum ni, cleanser dia tumpah sikit, jadi saya return dan mereka hantar yang baru kepada saya. Hari ni hari kedua saya pakai cleanser ni dah hehehe.



Tengoklah bungkusan dorang ni hahaha. Sangat secure wei. Bagus ⭐⭐⭐⭐⭐ . Tebal betul dorang balut dengan bubble wrap tu. Tapi aloo tiada kotak hmm. Kan bagus kalau ada kotak. Boleh saya gambar sekali. Ni tiada kotak pula macam yang sebelum ni hmm. 

Apa-apapun, saya sudah check lagi memang mantap lah kali ni tiada yang tumpah. Dan penutup dia pun ketat. Cuma tiada kotak ja tu la hmm alooo kenapa lah tiada kotak. huhuhu tidak apa lah. 


My review : The Raw Acne Ceramides Cleanser



Harga saya beli The Raw: Acne Ceramides Cleanser ni RM47.90. Now saya check balik, ada discount weiii ! alooooo kenapa time saya beli tu tiada discount 😔 Yang now punya (26 Jun 2023) harga dia RM43.11. Beza RM4.79 weii banyakk tu. 

First time saya pakai cleanser ni, saya sangattt puas hatiii lepasss pakai. Sebabbbb, cleanser ni tak buat kulit saya kering or kasar lepas saya dah cuci cleanser dari muka. Lembut ja saya sentuh. Ou yah lupa nak mention jenis kulit muka saya. 

Jenis kulit muka saya ialah berminyak. Before this saya pakai cleanser jenama eucerin punya, dia buat kulit muka saya jadi kasar lepas basuh semua cleanser tu. Tapi dengan The Raw: Acne Ceramides Cleanser ni, takk langsung weii. Kulit muka saya lembut ja, tak kasar. Puas hati sangat. Kulit muka jadi bersih.

Jom kita godek ingredients yang dalam cleanser ni.

Key ingredients:
Aqua, Sodium Laureth Sulfate, Cocamide Dea, Cocamidopropyl Betaine, Propylene Glycol, Disodium Laureth Sulfosuccinate, Salicylic Acid (2%), Glycerin, Niacinamide (1%), Ceramide EOP, Ceramide NS, Ceramide NP, Ceramide AS, Ceramide AP, Hydrocotyle Asiatica (Centella Asiatica) Extract, Polygonum Cuspidatum Root Extract, Scutellaria Baicalensis (Chinese Skullcap) Root Extract, Camellia Sinensis (Green Tea) Leaf Extract, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower Extract, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract, Alpha-Glucan Oligosaccharide, Dipotassium Glycyrrihizate, Hyaluronic Acid, Cholesterol, Hydrogenated Lecithin, Panthenol, Glyceryl Stearate, Polyquaternium-7, Butylene Glycol, Caprylyl Glycol, 2,3 Butanediol, Dipropylene Glycol, Hydroxyacetophenone, Hydroxypropyl Methylcellulose, Tetrasodium Edta, Methylchloroisothiazolinone & Methylisothiazolinone.

Cleanser ni sesuai untuk jenis kulit berminyak dan kombinasi. Jadi sesiapa yang jenis kulit dia berminyak macam saya, boleh try pakai cleanser ni. Dan yang paling penting, cleanser ni untuk yang ada jerawat ja okayy. Macam saya, saya ada jerawat. Tak lah banyak, sikit ja. Saya geram jerawat ni bila dah okay satu, muncul lagi yang baru sampai 2 ke 3 jerawat. 

Saya terus beli The Raw: Acne Ceramides Cleanser ni sebab cleanser ni ada Salicylix Acid 2%. Founder dia kata, Salicylix Acid ni sangat bagus untuk kulit berminyak dan berjerawat. Dan ada juga ceramides, fatty acid & cholesterol, untuk pastikan muka tak kering sangat bila pakai. I likeeee 😍 Dan tekstur dia pula sticky, melekit.

As for me, dengan kuantiti dia 150ml tu untuk harga murah RM47.90 memang uish berbaloi lah. Banyak tu 150ml. 

Jadi, saya boleh pastikan lah cleanser ni memang bagus untuk kulit berminyak + berjerawat. Will i repurchase this? Mestilah hehe. 


Terima kasih sudi baca :)

 


Ramai mesti dah tahu kan brand The Raw. Tahun ni banyak sangat content creator yang buat review pasal The Raw.

Sampai saya sendiri pun tertarik nak cuba. Kat tiktok tu, banyak gila yang reccommend produk The Raw ni. 

Harga dia pun not bad. Tak mahal sangat. Marketing dari The Raw pun boleh tahan betul. Saya suka tengok founder dia jawab soalan orang dengan bagi tunjuk dan ajar lagi mengenai produk mereka thru scientific facts.

Suka sangat founder macam tu. Dia siap boleh jelaskan semua ingredients dalam produk dia tau, termasuklah apa kelebihannya pada kulit. 


First Time Beli Produk The Raw Di Shopee

Gara-gara terhasut sangat nak cuba produk The Raw ni, akhirnya saya pun beli lah di Shopee. Saya cari akaun shopee The Raw sendiri and jumpa juga.

Saya beli 13 Jun 2023 hari tu. Saya beli dua item. The Raw Acne Spot Drying Solution dan The Raw Acne Ceramides Cleanser. 

Acne Sport Drying Solution tu yang paling ramai reccommend. Sangat bagus orang kata. Cepat kecut jerawat kata mereka.

Jadi, pada 16 Jun 2023 tu parcel dah sampai. Tapi aduh kecewanya saya. Nak tahu tak kenapa? 

Mula-mula happy dah sebab barang dah sampai. Semangat sudah ni mau terus cuba. Tapi, di bucu kotak tu ada kesan basah.

Ah sudah. Saya pun tidak sedap hati sudah. Belum buka lagi kotak dah nampak kesan basah macam tu. Dalam hati "ah confirm barang di dalam leaking ni".

Buka ja kotak, nah betul dugaan saya. Bagus tau packaging dorang. Saya puji sangat. Ada kotak, ada bubble wrap juga. 

Tapi yang bikin kecewanya, cleanser tu terkeluar pula. Habis basah bubble wrap. Dua-dua item saya beli mandi cleanser dah. Aduh kecewa nya.

Saya check lah sendiri kenapa dia tumpah macam tu. Kot botol pecah kah. Tak pecah. Elok ja dorang bungkus dengan bubble wrap.

Pastu, rupanya penutup botol cleanser tu longgar. Saya try tutup boleh ja kot tutup rapat-rapat. Maksudnya mereka yang tak tutup betul-betul sebelum bungkus.




Mereka tak check langsung pun sebelum bungkus. aiyo. Kan dah tumpah. Hmmm. Walaupun saya tengok cuma 1/4 macam tu ja tumpah, tapi hmmm mana bolehhh. Saya beli nak yang full. Bukan yang dah tumpah kena badan botol.

Pastu saya chat kat shopee, langsung tak ada reply. Banyak kali tahu tak saya chat. Sampailah saya cari akaun dorang di Instagram.

Saya chat kat situ, mereka bagi autoreply suruh chat di nombor whatsapp dorang. Saya chat lah di whatsapp. Ouh autoreply kata " Hi, please be informed our consultation team is on leave from 14-16th june 2023. Please expect a reply within 24-hours from our end. Thank you".

Cuti rupanya, patutlah tak reply chat-chat saya yang banyak kat Shopee tu. Tapi saya chat juga tanya apa saya patut buat dengan cleanser tumpah tu. Saya berharap kot kena reply lah kan. Langsung tak ada.

Saya tunggu esok, 17th June 2023. Keesokkan hari dia, saya chat lagi pagi-pagi jam 9. Nasib baik kena reply, walaupun lambat. Tapi still juga autoreply dorang yang cuti 14-16th june tu. Tak tukar-tukar.

Saya tidak berapa pandai hal return di shopee tu. Bila saya tekan ja , dia bagi refund duit. Saya taknak kena refund duit. Saya nak product tu ja.

Jadi tu lah yang saya tanya-tanya dorang tapi customer service team dia tiada. Maybe consultation team tu itu lah tu customer service team yang layan customers semua. Mana boleh macam tu, customer service team kena ada setiap hari untuk assist customer. 

Jadi saya kecewa lah sikit. Akhirnya, dapat lah juga settle masalah saya ni. Dorang suggest saya return ja macam biasa. Dorang ganti baru. Okay, saya pun return kan lah. 

Pastu saya check lah di Shopee, ada lah team dia reply kat shopee tu. jam 7 malam baru reply. Dia kata sorry lambat reply sebab dorang tidak available 14-17th June 2023. Aik ??? Kat whatsapp cuti 14-16th June, di shopee pula kata cuti 14-17th june, aikkkk??? 

Pastu dia cakap lah, production dorang melalui process QC, kemungkinan kilang ada yang terlepas pandang. and dia minta maaf lagi. Pastu dia bagitahu option yang boleh saya buat.

Ah malas nak balas kat sana. Settle dah pun di whatsapp hmm. Lepas sudah settle, lega lah sudah rasa marah and kecewa ni. Aduh panjang pula luahan hahahaha.

Btw, Acne Spot Drying Solution tu saya dah try. Dah dua hari dah try, jerawat saya yang tak besar ni, masih lagi ada kat situ. Saya dah ikut cara yang dorang tunjuk kat tiktok tu. Mungkin terlalu awal kot nak expect result dia.

Jadi saya pakai ja lah konsisten. Nanti lama-lama saya update balik progress jerawat saya ni. Cleanser pula otw. Belum sampai lagi. Mungkin esok sampai, atau lusa. 

Saya harap cleanser tu sesuai lah dengan kulit muka saya. Sebab cleanser yang saya selalu guna sebelum ni dah tak kena jual. hmm so sad. Cleanser saya tu jenama bioessence, yang warna hijau, yang ada bamboo tu. 

Pernah try  cleaner vitamin C bioessence, aduh tidak sesuaii haaa. Sekarang pakai eucerin pro acne solution. Harap-harap lah cleanser The Raw ni sesuai dengan saya. Harga dia not bad, besar pula tu botol dia. Dan saya plan nak beli produk The Raw lain lagi kalau cleanser dan acne spot ni sesuai dengan saya. 

Jadi itu ja lah kot cerita saya beli produk the Raw ni hehehe.

Tekan Sini untuk lihat The Raw Acne Spot Drying Solution
Tekan Sini untuk lihat The Raw Acne Ceramides Cleanser. 
Older Posts Home

ABOUT ME

Hi! My name is Ayu. Do contact me at ayu.juayu@gmail.com for any collaboration and review

Total Pageviews

Followers

POPULAR POSTS

  • CARA HILANGKAN TINY BUMPS / JERAWAT PASIR
  • Best Quote of the Day #6
  • IDEA BISNES UNTUK PELAJAR
  • GOOGLE ADSENSE DAH LULUS
  • Pengalaman Internship Di Pejabat Pendidikan
  • 7 Perkara Penting Yang Perlu Ada Dalam Resume
  • Bagaimana Nak Mohon Internship Di Perkeso

♥ SERVIS BUAT RESUME ♥

Distributed By Gooyaabi | Designed by OddThemes