Ini adalah cara yang paling senang nak buat untuk naikkan followers di
twitter sehingga ribuan followers. Yang pastinya, ini bukan auto-followers. Dengan
cara yang saya ajar ini, anda boleh memperolehi followers yang sebenar dan
aktif dalam twitter. Siapa tak nak kan kalau ada orang yang sudi Retweet dan
Like tweet kita.
Saya nak bagitahu sedikit mengenai auto-followers kepada anda.
Auto-followers ne banyak keburukan daripada kebaikan. Dah lah dapat followers
dari luar negara, lepas tu dapat DM tak senonoh pun jadi satu hal. Lepas tu,
acc anda juga senang untuk di hack oleh hackers. Nanti tak pasal-pasal acc kena
block oleh Twitter sendiri.
Okay, jadi tanpa membuang masa, saya akan beritahu cara yang paling
senang dan mudah untuk mendapatkan followers di twitter dengan cara paling
jujur (tak pakai auto-followers). Yang pasti, followers yang akan anda dapat
nanti adalah followers sebenar dan memang orang dari negara sendiri.
1. Follow dari RETWEET di tweet orang.
Yang ni, saya syorkan anda carilah twitpemes atau sesiapa sahaja yang
banyak kena Retweet di tweet dia. Tak perlulah cari tweet yang dipost oleh artis. Memanglah
artis, semua tweet dorang kena Retweet. Cari ja yang bukan artis atau yang memang
aktif di twitter. Selalu tweet hari-hari dan tweetnya ramai yang kena Retweet. Tak
susah pun cari.
Jadi, bila dah jumpa. Tekan tweet orang tu, lepas tu tekan bahagian jumlah RETWEET. Dah boleh follow orang yang Retweet tweet dia tu. Lagi bagus kalau anda pilih tweet yang baru dipost. Contoh, kalau tweet tu dipost 21 jam yang lalu, tweet tu masih sesuai.
2. Follow dari LIKE di tweet orang.
Cara ni sebenarnya sama sahaja macam cara yang di atas. Anda cari tweet orang
yang like nya banyak. Pilih jugalah yang tweet nya masih fresh. Maksud saya
fresh adalah tweet yang baru dipost sama ada semalam atau hari ini.
Pakai tweet yang sama pun boleh. Tadi dah follow dari Retweet kan? Boleh
terus follow dari Like pula. Tekan ja bahagian jumlah LIKE tu. Saya yakin,
followers anda akan makin bertambah banyak.
3. Tweet untuk tambah follower.
Cara ketiga ni sesuai digunakan apabila anda ada followers paling kurang
100 ke atas. Tetapi make sure yang tweet anda ada potensi kena Retweet oleh orang
lain. Macam mana nak ada potensi kena Retweet oleh orang lain? Pakai cara
pertama di atas.
Dari pengalaman saya sendiri, bila dah dapat followers dari cara pertama
tu, tweet saya dapat Retweet dari followers saya. Jadi nak tweet apa pula? Okay.
Ini ramai yang dah buat. Jadi why not kalau anda cuba sekali kan.
“saya nak tambah followers. Retweet this”
"saya baru buat twitter. Retweet this dan saya akan follow awak. asalkan awak followback"
"small acc di sini. retweet untuk jadi mutual saya."
Actually ayat di atas cuma contoh. Kalau anda rajin, boleh ja search d twitter tu. Ramai dah buat tweet begitu. Minta Retweet untuk dapatkan followers. Cubalah sekarang.
...
Followers anda boleh bertambah 100 followers atau lebih lagi dalam sehari.
Cuma pastikan anda follow orang yang Like dan Retweet tweet anda tu. Sebab ada yang main
Retweet ja, tapi tak follow. Mungkin sebab dia nak anda yang follow dahulu.
Saya harap, semua cara di atas dapat membantu anda untuk menambah
followers di twtter. Jangan sombong dengan followers. Bila followers komen di
tweet anda, balas. Jangan tak balas. Like atau Retweet sekali komen dia. Buat
hubungan yang baik dengan followers juga penting yaaa.
Semoga hari anda baik dan luar biasa. Terima kasih kerana sudi membaca!
good tips .. tapi mcm susah nak suh org follow klu tweet kita pun yg jenis membosankan kan.. like me hahaha
ReplyDeletehihi tidak apa kalau kita cuba ja kan hihihi
Deletewaaa... tips yg sgat bagus.. tp sy jarang buka twitter
ReplyDelete