Semalam, 18hb September baru dapat sms dari poslaju suruh ambik barang. Saya tak dapat ambil sebab ada kelas lagi, jadi saya minta bantuan runner untuk ambilkan barang tu. Syukurlah ada juga runner boleh ambilkan. Lagipun dapat juga lah saya beri rezeki kepada runner tu. Runner tu pun kawan saya juga jadi tak ada ada lah masalah tak percaya atau sebagainya. Poslaju tak hantar barang tu dekat rumah. Kami yang kena pergi pos laju tu ambil sendiri. 

Sampai ja barang tu dekat rumah, terus saya buka hahaha. Dapat baju kurung Pahang yang saya pilih semasa giveaway by Misya, memang cantik sangat. Saya terus pakai okay hahaha. Mama pun cakap baju ni lawa. Mama fikir saya beli baju kurung tu. Dia tak tak percaya bila saya cakap yang saya dapat free. Cantik baju kurung tu mama cakap.  


Bertuahnya sebab dapat. Cantik baju kurung Pahang ni. Lagipun warna biru ni warna kegemaran saya. Sebab tu saya pilih nak dapatkan baju kurung ni semasa giveaway. Apa-apapun terima kasih kak Misya untuk hadiahnya 🥰.