5 CARA NAK DAPATKAN 'MOOD' BELAJAR BILA BERADA DI RUMAH





BAGAIMANA SAYA NAK DAPAT 'MOOD' UNTUK BELAJAR?

            Susahnya nak belajar kalau tak ada 'mood' nak belajar. Saya percaya bukan saya sahaja yang mengalami masalah macam ni. Bila asyik tengok netflix dan main media sosial ja seharian dekat rumah, boleh rasa bosan juga kan. Dah lah tarikh peperiksaan makin hampir. Mama dan ayah pun dah bising dah kenapa tak belajar-belajar lagi. Buntu dah tak dapat buat apa-apa. Bila tak ada 'mood', mesti rasa malas nak belajar. Kita rasa macam tak ada cara nak dapat 'mood' tu. Tetapi bagaimana kalau sebenarnya memang ada cara nak dapatkan 'mood' untuk nak belajar tu? Teruskan baca ya.





APAKAH 'MOOD' YANG DIPERLUKAN UNTUK BELAJAR?

 Anda pernah tak rasa bersemangat sangat dan bersedia untuk dapatkan A atau pointer yang cemerlang? Itu contoh di mana anda ada dalam 'mood' nak belajar. Walau bagaimanapun, kita tak semestinya nak harapkan 'mood' tu muncul sendiri. Ini kerana, kita tidak akan selalu merasa dalam keadaan 'mood' seperti itu. 

Kita mesti belajar juga. Jadi apa yang perlu kita buat ialah kita hendaklah pandai buat keputusan untuk belajar secara konsisten demi kejayaan kita di masa hadapan. Untuk pengetahuan korang, otak manusia sangat suka dengan rutin kerja yang tersusun dan sistematik. 

Tapi kalau anda buat rutin yang korang rasa terpakda sangat nak buat atau terlalu sukar, anda perlu sedar bahawa anda tidak akan mendapatkan 'mood' nak belajar tu. Oleh itu, apa yang anda boleh buat ialah tentukan masa yang sesuai untuk belajar dan lihat jika anda boleh belajar dengan konsisten dan berdisplin.




5 CARA NAK DAPATKAN 'MOOD' BELAJAR 

Teruskan baca untuk ketahui 5 Cara nak dapatkan 'mood' belajar sendiri di rumah.



1. Kemas tempat belajar

Perkara pertama sebelum nak mula belajar ialah mesti kemas dahulu tempat nak belajar tu. Kalau anda belajar di meja belajar, kemaskan meja belajar tu. Jikalau sebelum ni anda tengok netflix di meja belajar sambil makan minum lagi, memang patut pun korang kemas dahulu. 

Lap meja tu kot basah sebab anda minum air berais. Jadi tak ada lah basah kertas atau buku anda nanti. Ada juga yang biasa belajar di tempat tidur sambil meniarap lagi hahaha. 

Masing-masing punya cara belajar kan. Tapi perlu kemas dahulu tempat tidur anda tu sebelum nak letak buku-buku, laptop atau ipad/tab dan alat tulis. 

Peringatan ya, jangan letak laptop di atas tilam tu tanpa ada alas apa-apa. Nanti laptop tu 'overheat' pastu boleh rosak. Jadi, baik alaskan dengan kipas laptop atau apa-apa la yang sesuai. Okay? 

Sebenarnya, bila kita sudah pastikan yang tempat belajar kita tu dah kemas, ia boleh jadi terapi buat kita. Jadi tak lah rasa semak sampai nak cari pen yang anda letak pun susah, sebab tempat belajar yang tak kemas. 

Lepas tu, stress sendiri. Kita memang tak mahu perkara macam tu terjadi kan. Oleh sebab itu, mula-mula anda perlu kemas terlebih dahulu tempat anda nak belajar tu. Kalau belajar di meja belajar, kemas la meja belajar tu. 

Kalau belajar di tempat tidur, kemas dahulu. Sama lah kalau anda nak belajar dekat meja dapur sekalipun, perlu kemas juga meja makan tu hahaha.




2. Sediakan bahan-bahan belajar

Bila dah siap kemas tempat belajar tu, anda sediakan lah pula bahan-bahan belajar anda. Contohnya, buku-buku, kertas nota, alat tulis, dan sebagainya. Ada yang belajar pakai laptop atau ipad/tab kan? Sediakan ja semua bahan belajar yang anda perlu. 

Kalau rasa gelap atau kurang pencahayaan, sediakan lampu belajar atau buka ja lampu dalam bilik tu. Pencahayaan yang baik sangat diperlukan semasa belajar. Kalau macam saya sendiri, saya suka makan sesuatu sambil belajar. 

Contohnya, kuih, biskut, roti, nugget goreng, sosej goreng, keropok, dan macam-macam lagi. Selain makanan, saya juga akan sediakan minuman juga secawan. Terserah anda lah nak sediakan makanan dan minuman yang anda nak. Eh, macam banyak pula kan bahan-bahan untuk belajar ni hahaha. 

Sebab tu lah tempat belajar tu dikemaskan terlebih dahulu sebelum nak mula belajar. Jadi ada ruang nak letak makanan dan cawan. Tapi kalau belajar di atas tempat tidur tu jangan pula memandai nak letak makanan dan minuman atas tu. 

Nanti tertumpah. Jadi apa yang boleh korang buat ialah letak makanan dan minuman korang tu di atas meja yang berdekatan atau kerusi yang berdekatan supaya senang nak ambil.




3. Dengar muzik atau lagu-lagu

Ada yang biasa dengar muzik atau lagu sambil belajar dan ada juga yang tak biasa nak lakukannya. Yang tak biasa dengar lagu tu saya percaya yang mereka ni senang fokus nak belajar bila tak ada apa-apa muzik atau lagu-lagu. 

Jadi tak boleh juga kan kalau nak paksa mereka ni untuk dengar muzik atau lagu sebab boleh tambah 'mood' semasa belajar. Ini semua terserah kepada kebiasaan masing-masing. Kepada yang biasa dengar lagu sambil belajar, saya syorkan agar anda jangan pasang muzik atau lagu kuat sangat bunyinya. 

Cukuplah anda ja boleh dengar. Tak perlu pun sampai orang dekat dapur lagi boleh dengar muzik atau lagu yang korang pasang tu. Saya selalu pakai earphone bila nak dengar lagu sambil belajar.  Saya tak kuatkan bunyinya. Sederhana kuat ja. 

Sebab pada pendapat saya, bila saya kuatkan bunyinya, nanti terganggu pula saya nak fokus. Kalau pasang lagu Ziana Zain sampai terikut nyanyi sekali, nanti berangan pula tiba-tiba hahaha. Anda mesti pernah kan? Jadi lebih baik tak perlu kuatkan bunyi muzik atau lagu yang anda dengar tu. 





4. Ambil masa rehat

Ambil masa rehat bila belajar. jangan nak paksa diri tu nak siapkan satu jam atau dua jam belajar tanpa rehat. Tak bole macam tu ya. Sebab nanti anda akan rasa malas nak belajar lagi. Masa rehat tu penting. Masa rehat tu anda boleh lah pergi dapur sekejap ambil minuman, buat stretching sekejap, atau pergi ke tandas sekejap. 

Belajar pun boleh penat tau. Kita bukan robot. Jadi, ambillah masa sedikit untuk rehat sekejap. Tapi pastikan selepas dah rehat sekejap tu anda sambung belajar balik. Belajar lama sikit daripada sepuluh minit tu. 

Nanti akan ada lebih banyak input yang anda akan dapat berbanding belajar cuma sepuluh minit. Kalau macam saya sedniri, paling sekejap pun saya belajar 1 jam (termasuk masa rehat). Kalau saya boleh, anda mestilah boleh juga kan. 1 jam tu tak lama pun. Percaya lah.




5. Fokus kepada niat kenapa nak belajar

Ambil beberapa minit untuk fikir apa sebab nak belajar. Saya bagi contoh ya. Nak dapat keputusan cemerlang, nak dapat pointer tinggi, nak dapat A dalam peperiksaan untuk subjek ni, nak dapatkan hadiah yang ayah janjikan kalau dapat A dalam peperiksaan, nak markah lebih tinggi dari kawan, dan sebagainya. 

Selalunya, bila kita fokuskan sebab untuk belajar, ia dapat memberi semangat kepada apa yang kita nak capai. Walaupun anda ada rasa susah atau malas sebenarnya nak belajar, cuba anda bayangkan diri anda bila anda membuat keputusan untuk belajar dan disebabkan oleh keputusan yang anda buat itu anda telah capai impian anda. 

Seronok kan kalau apa yang kita nak tercapai juga akhirnya. Kita sebenarnya tak perlu minta orang lain untuk paksa diri kita. Kita kena berusaha. Kita sendiri yang perlu berfikir dengan bijak apa yang terbaik untuk diri kita. 

Oleh sebab itulah, niat perlu ada. Ia seperti sesuatu impian yang kita nak capai. Jadi kita perlu ada sebab untuk tahu bagaimana nak capai impian tu. 

Ada yang buat jadual belajar sendiri. Saya percaya yang buat jadual belajar tu mesti pandai membahagi masa. Tapi ada juga yang tak pandai nak buat jadual belajar ni. Saya syorkan kepada anda untuk buat 'to-do list'. 

Jadi korang tahu lah nak belajar apa dahulu. Dengan adanya 'to-do list' ni, sekurang-kurangnya anda ada 'reminder' sendiri untuk buat sesuatu. Jika anda tak pandai membuat jadual belajar sebab risau mungkin tidak dapat ikut seperti yang anda jadualkan, anda boleh buat 'to-do list' ni. 

Boleh letak 'due date' sekali untuk 'to-do list' anda tu dilaksanakan mengikut masa yang anda tentukan. Tapi kalau untuk siapkan 'homework' atau 'assignment', memang sesuai lah buat 'to-do list' ni. 


Korang ada lgi tak tips tambahan? Boleh kongsikan dekat komen 😊


Post a Comment

6 Comments

  1. nak focus niat belajar tu susah, phone is distracting huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa betul tu phone tu betul2 distracting kann ^^ saya rasa boleh ja tu sambung study lepas tengok phone kejap. walaupun saya pun selalu juga balik2 tengok phone time belajar hihihihi :D

      Delete
  2. yang utama..phone letak jauh2.
    confirm efficiency rate study meningkat out of the roof

    ReplyDelete
    Replies
    1. True ! Memang digalakkan sangat letak phone jauh2 kan supaya lebih senang nak fokus apa yg kita tengah belajar🥰

      Delete
  3. Mood pun kene okay untuk dapatkan mood belajar yang lebih fokus. Great sharing :)

    ReplyDelete
  4. Phone je yang menganggu rasanya. Yang lain mungkin ok. Phone tu kena off internet la kot (if dengar lagu guna music list kat phone kan)

    ReplyDelete