BAGAIMANA NAK RASA SERONOK SEMASA BELAJAR?

 

Bagaimana nak rasa seronok semasa belajar? by youthayuju


Saya nak kongsikan cara bagaimana nak rasa seronok semasa belajar. Teruskan membaca.


13 Cara Yang Boleh Dilakukan Untuk Merasa Seronok Semasa Belajar

1. 'Reward' diri sendiri
Perkataan 'reward' tu pun dah menyeronokkan dengar. Salah satu cara nak rasa seronok semasa belajar ialah dengan 'reward' diri sendiri. Ada banyak jenis 'reward' yang anda boleh lakukan. Anda boleh baca di 40 Cara 'Reward' Diri Sendiri Selepas Belajar. Dengan cara ini, anda akan rasa seronok dan akan ada keinginan untuk belajar lagi nanti.

2. Makan snek 
Makan snek semasa belajar dapat hilangkan rasa bosan semasa belajar. Kadang-kadang pun bila belajar ni, boleh rasa lapar tiba-tiba juga. Jadi apa yang anda boleh buat ialah anda boleh menyediakan snek untuk anda makan semasa nak belajar. Pemilihan snek sangat penting juga. Pengambilan snek yang sihat seperti buah-buahan, kacang, kismis, kurma dan sebagainya, sangat baik untuk minda.

3. Penggunaan warna
Anda boleh menggunakan apa-apa warna semasa belajar sama ada untuk membuat nota atau 'highlight' poin penting. Ia pasti membuatkan anda rasa seronok nak belajar. Warna-warna tersebut ada cara tersendiri untuk meningkatkan suasana agar anda tidak rasa bosan semasa belajar.

4. Dengar muzik
Anda akan rasa seronok nak belajar bila sambil dengar muzik. Kalau tak nak dengar lagu-lagu yang ada lirik, anda boleh dengar muzik seperti piano, atau alunan lo-fi yang anda suka. Pada pendapat saya, pemilihan muzik yang tak ada lirik sangat sesuai untuk belajar secara efisyen.

5. Tengok video YouTube
Kalau anda rasa belajar dari buku sangat membosankan sebab terlalu banyak perkataan dan ayat nak baca, anda boleh belajar melalui YouTube. YouTube adalah salah satu platform yang terbaik kalau nak belajar dan ketahui sesuatu secara atas talian. Sekiranya anda tertinggal kelas, anda boleh ulangkaji melalui YouTube. Ianya mudah dan menyeronokkan.

6. Ambil masa rehat
Tak ambil masa rehat semasa belajar, anda akan cenderung untuk rasa penat dan lesu. Anda boleh elak perkara tersebut dengan mengambil masa rehat semasa belajar. Saya yakin ianya lebih baik buat diri anda. Tak seronoklah kalau belajar tanpa rehat sekejap. Ambillah masa rehat dalam 5 minit. Waktu rehat tu anda boleh buat regangan, berdiri atau pergi ke tandas sekejap.

7. Buat 'to-do list' 
Belajar akan lebih membosankan kalau cuma menghadap buku sahaja sepanjang hari. Buatlah senarai untuk apa yang anda nak buat dalam sehari. Contohnya, anda bersenam pada awal pagi, sambung belajar pada tengahari, menonton Netflix pada petang, dan sambung belajar pada waktu malam. Ini antara contoh 'to-do list' yang anda boleh buat. 

8. Buat peta minda
Belajar akan rasa lebih seronok bila kita belajar dengan peta minda. Ia senang nak paham dan 'simple'. Peta minda ialah nota yang anda lukis dalam bentuk awan dan dihubungkan dengan poin penting dengan dengan garisan. Kalau anda nak hubungkan poin anda dengan fakta penting, peta minda sangat sesuai untuk itu. Lukis peta minda dengan pen warna-warni untuk nampak lebih cerita dan dan kemas agar mudah paham.

9. Guna teknik belajar yang baru
Asyik guna teknik yang lama ja. Takkan membaca ja teknik yang anda guna semasa belajar kan. Mesti anda rasa bosan tu. Saya syorkan anda guna teknik belajar yang baru. Contohnya, tulis poin penting, buat ringkasan nota anda, buat catatan nota di dalam telefon, buat soalan, dan anda juga boleh belajar dengan menggunakan alatan belajar atas talian (online).

10. Guna tulisan yang menarik
Anda boleh guna tulisan yang pelbagai dan menarik bila nak buat nota sendiri. Kalau anda tak tahu nak buat tulisan yang menarik macam mana, anda boleh cari jenis tulisan di internet dan belajar cara nak tulis guna tulisan tersebut.

11. Guna 'flash card'
'Flash card' ialah kepingan kertas kecil yang anda tuliskan poin penting. Kemudian, kepingan kertas itu anda boleh guna untuk meningkatkan ingatan anda terhadap poin-poin tersebut. Bagaimana? Tulis di kepingan kertas yang banyak selepas itu anda campurkannya, pilih salah satu untuk mengingati poin yang anda tulis.

12. Duolingo untuk belajar bahasa
Siapa lagi yang tak tahu Duolingo ni? Duolingo sangat bagus untuk belajar bahasa baru. Anda boleh buat carian di internet atau download app Duolingo di telefon anda. Saya pun menggunakan Duolingo untuk belajar bahasa Mandarin.

13. Guna Quizlet.com
Saya dapati, kebanyakan cikgu-cikgu atau pensyarah-pensyarah menggunakan Quizlet sebagai tempat carian soalan dan nota penting. Ini adalah berita baik buat anda. Anda boleh belajar dengan Quizlet ni. Quizlet ada 'flash card'. Soalan kuiz dari cikgu-cikgu atau pensyarah-pensyarah pun banyak dari situ. 



Post a Comment

11 Comments

  1. Betul kalau sophea Dulu calculation punya subject kena dgr music kalau hafal pula kena buat notes

    ReplyDelete
  2. setuju...kalau dpt belajar dgn seronok ilmu yg kita peroleh mudah fhm dan 'sng melekat dlm kepala' ;-)

    ReplyDelete
  3. dh lama bebenor wak tingal zaman sekolah., huhuhu

    ReplyDelete
  4. dah lama bebeno meninggalkan dunia belajaran gini ...

    ReplyDelete
  5. waaahhh.. ni bukan utk belajar je... nak apply dlm apa2 pekerjaan yang kita buat pun boleh mana2 yang bersesuaian laa.. janji meningkatkan kegembiraan..

    ReplyDelete
  6. Good tips. Naniey dulu sambil tengok movie or dgr lagu..

    ReplyDelete
  7. kalau sy selalunya tengok anime dan tulis nota hehe

    ReplyDelete
  8. setuuju! kalau penat, kenalah take rest... tak boleh nak keep going

    ReplyDelete