Sedihnya sebab terpaksa tolak tawaran nak berpraktikum di Perkeso. Sepatutnya hari ni dah jadi first day intern saya. Tapi tak ada rezeki. Mungkin ada hikmahnya. Saya dan kawan-kawan lain yang dapat tawaran dari Perkeso, dah tolak tawaran Perkeso. Last minutes punya penolakan tawaran.

Kenapa kami terpaksa tolak tawaran Perkeso terus? Sebab Perkeso tak terima pelajar praktikum lapor diri pada bulan Julai dan Ogos. Terkilan juga lah. 2 bulan dah rasa macam confirm akan lapor diri di Perkeso, tapi tiba-tiba ja tak boleh nak lapor diri. 

Persiapan pun dah buat. Saya dah beli baju kurung baru, untuk pakai pada hari intern. Memang bahagia sangat dah nak intern di Perkeso. Tapi kena terima juga hakikat yang kerajaan dah umumkan Pelan Pemulihan Negara pada 5 Julai 2021 untuk sektor perkhidmatan perlu (essential services) cuma ditetapkan dengan kehadiran ke pejabat 20% sahaja seperti yang dimaklumkan oleh pihak Perkeso.

Tapi saya dan kawan-kawan memang ada rasa kecewa sedikit lah. Sebab dapat emel yang Perkeso tak terima pelajar praktikum lapor diri pada last minutes. Bayangkan, 4 hari yang lalu saya dapat emel tu dari perkeso, macam mana lagi nak dapat tempat yang baru sebelum bulan Ogos kan. 

Saya tak nak salahkan Perkeso, sebab saya percaya pihak mereka mungkin sedang menghadapi kesukaran dengan keadaaan sekarang ni. Lagipun membuat keputusan begitu adalah hak mereka. Jadi saya anggap memang saya sendiri yang tak ada rezeki nak dapat intern di Perkeso. 

Ada dua kali Perkeso emel kami. Emel pertama pada 7hb Julai. Perkeso beri kami pilihan sama ada nak tangguh/tukar/tolak tawaran dan kalau nak tangguh atau tukar tarikh lapor diri, kena berurusan dengan universiti. Pada mulanya macam susah fakulti kami nak bagi kelulusan penukaran tarikh, tapi last-last bagi kelulusan juga. Jadi kami akan lapor diri pada 2hb Ogos.

Dan emel kedua, iaitu emel yang baru-baru ni kami dapat. Saya sendiri yang follow up emel balasan saya yang sebelum ni untuk penukaran tarikh pergi 2hb Ogos. Tiba-tiba dapat balasan yang Perkeso tak terima pelajar praktikum juga bulan Ogos ni. Dan diberi pilihan yang sama juga sama ada nak tangguh/tukar/tolak tawaran tu. Sedih juga lah.


     

Lecturer pun kata, fakulti memang tak dapat bagi kelulusan nak tangguh lagi. Sebab fakulti kena ikut timeline. Nanti bila tangguh lagi, kami pelajar yang kesian sebab lambat habis. Kami merayu juga nak minta peluang bagi masa untuk cari tempat baru. 

Kami diberi masa seminggu bermula khamis minggu lalu, sehingga hari rabu pada minggu ni. Lecturer pun ada cakap, tidak apa kalau tak dapat intern, boleh buat thesis juga. Semua ni pasti ada hikmah. Ya, semuanya pasti ada hikmah. Saya pun okay ja kalau buat thesis. Mana tahu Dia nak bagi rezeki yang lebih baik selepas ni 😍

Okay, saya nak cari tajuk thesis. Memang sibuk lagi lah ni. It's okay Ayu. Ni tidak lama pun 💪 

Have a nice day everyone 😄

~~~~~

Update! (02/08/2021)
Rupanya PERKESO panggil balik pelajar yang dapat tawaran internship di PERKESO tu. Dah tukar dah peratus kehadiran mereka. Dah jadi 60% dah hm. Kawan-kawan saya pun ramai yang tak terima nak internship di sana sebab dah dapat tempat baru. Saya sendiri pun dah dapat tempat baru juga huhuhu. Tak sampai hati nak tolak tempat baru tu. Jadi kepada sesiapa yang nak apply internship atau praktikal di PERKESO, anda berpeluang besar 😍 Sebab kehadiran 60% dah, jadi boleh hadir ke office. All the best ! 😊