Wednesday, March 8, 2023

Cara Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Shariah Dengan Apps i-Akaun

 



Baru-baru ni dividen KWSP dah keluar. Di twitter ramai yang share mengenai kepentingan tukar akaun KWSP konvensional kepada shariah. 

Actually, saya pun baru tahu yang akaun KWSP saya masih konvensional. Saya tak pandai nak check sebelum ni. 

Lepas ramai yang share cara nak tukar, saya pun terus tukar kepada shariah. Sangat mudah nak tukar akauan KWSP konvensional kepada akaun shariah dengan aplikasi i-Akaun.

Jadi saya akan kongsikan kepada korang semua cara saya tukar akaun KWSP saya yang pada mulanya konvensional dan kini dah menjadi shariah dengan aplikasi i-Akaun sahaja.

Sebelum itu, korang kena tahu apa beza konvensional dengan shariah. Dan kenapa mesti tukar akaun KWSP konvensional kepada shariah.


Perbezaan Simpanan Konvensional vs Simpanan Shariah

1. Pendaftaran
Simpanan Shariah - a) Kaunter KWSP. b) KWSP Mobile team.
Simpanan Konvensional - a) Automatik (melalui majikan). b) Menghadirkan diri ke kaunter KWSP. c) Mel

2. Dividen
Simpanan Shariah - Kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum.
Simpanan Konvensrional - Kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan konvensional (pelaburan tidak patuh Syariah dan patuh Syariah) dan tertakluk kepada kadar dividen minimum 2.5%.

3. Pengeluaran
Simpanan Shariah - Kemudahan pengeluaran sedia ada dikekalkan kecuali Skim Pelaburan Ahli, di mana ahli hanya dibenarkan untuk melabur dalam dana patuh Syariah.
Simpanan Konvensional - Kemudahan pengeluaran sedia ada dikekalkan.

4. Pelaburan 
Simpanan Shariah - Pelaburan berdasarkan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir urus (ESG) dan prinsip Syariah.
Simpanan Konvensional - Pelaburan berdasarkan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).



Jadi, kenapa kena tukar kepada Simpanan Shariah? Ini sebabnya.

Untuk Ahli Beragama Islam,

  • Membantu ahli menyediakan simpanan persaraan yang diuruskan secara patuh syariah untuk kegunaan ahli dan keluarga terutamanya untuk menunaikan ibadah haji dan umrah tanpa sebarang keraguan dan was-was ke atas sumber dana.
  • Memastikan simpanan ahli tidak digunakan bagi tujuan yang bercanggah dengan syarak terutamanya riba (faedah), maysir (perjudian) dan gharar (ketidakpastian di dalam kontrak) yang sering terdapat di dalam pelaburan di dalam perbankan konvensional dan insuran.
  • Membantu ahli (sekiranya meninggal dunia) menyediakan dana yang halal (simpanan ahli) untuk diagihkan kepada waris sebagai pusaka.
Untuk Ahli Bukan Beragama Islam pula,
boleh memilih Simpanan Shariah sebagai alternatif kepada Simpanan Konvensional:
  • Objektif pelaburan dan profil risiko yang sama.
  • Alokasi aset strategik yang sama.
  • Hanya melabur di dalam pelaburan beretika yang mematuhi prinsip syariah.
  • Pendedahan pelaburan yang minima di dalam sektor kewangan berbanding Simpanan Konvensional.
Ciri-cirinya anda boleh baca di sini.


Cara-cara Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Shariah Dengan Apps i-Akaun

1. Tekan Register.

2. Korang boleh check waktu pendaftaran online. Kalau masih sempat, boleh register terus.

3. Semak maklumat anda. Pastikan semua betul. Bila semua dah betul, boleh tekan next.

4. Anda baca terlebih dahulu e-Akad tu yer.

5. Jika bersetuju, tekan setuju/agree. 

6. Lepastu ada pengesahan. Check kat sms, ada nombor TAC. Jangan lupa masukkan password korang juga. Pastu tekan submit.

7. Pendaftaran korang dah dihantar. Tinggal tunggu sms ja lagi jika diluluskan. Tapi insyallah mesti lulus punya. Boleh download e-Akad korang siap2.

8. Simpan e-Akad dalam file atau di tempat yang senang nak simpan. 

Cara Tukar akaun kwsp konvensional kepada shariah dengan apps i-Akaun


No comments:

Post a Comment