BELI DOMAIN BARU UNTUK BLOG

 



Hai! Hari ini adalah hari ke-54 saya dalam dunia blogging. Dan hari ini juga blog saya sudah bertukar domain dari "youthayuju.blogspot.com" kepada "youthayuju.com". 54 hari tu saya tak kira satu-satu hari di kalendar okay, tapi saya search di google 'how many days since 7 august 2020'. 


A New Name

Sudah lama saya nak dapatkan domain baru untuk blog ni. Bukan apa, saya nak nama blog ni nampak simple dan memorable. Link url pun dah pendek dah. Saya suka sangat. Saya rasa puas hati dengan nama blog yang saya pilih ni. Dengan gabungan perkataan 'Youth', nama saya 'Ayu', dan nama awalan baba saya 'Ju'. Sebab itulah nama blog ni 'Youthayuju'. 

Pada mulanya saya search di google orang yang jual domain ni. Banyak sangat pilihan sampai saya pun bingung nak pilih yang mana satu. Jadi saya tanyalah kak Nurul. Thanks for kak Nurul, because now I already have my own domain. I bought it from NetKL. Domain tu harganya cuma RM45 untuk setahun.



Kalau nak beli dengan NetKL, anda mesti contact mereka terlebih dahulu. Mula-mula tu saya pun bingung macam mana nak register sebab ada tempat login di sana. Lama juga saya berfikir macam mana. Tekan itu, tekan ini. Akhirnya, saya tekan contact mereka terus. Emel ja terus mereka. Dah settle.  Servis pun bagus sangat. 


The New Face of Youthayuju

Domain baru dah dapat. Jadi saya pin terfikir nak ubah lagi template blog ni. Entah keberapa kali dah saya tukar template blog. Banyak kali tukar. Tapi saya harap template ni lah yang terakhir. Malas dah nak cari template lain. Banyak sangat nak ubah. Dari Header ke Sidebar sampai ke Footer. Overall, saya suka juga dengan design ni. 





Warna hitam, nampak macam blog milik seorang lelaki kah? Hahaha. Okay nantilah pikir balik mahu ubah warna atau tidak. Tapi buat masa sekarang saya pakai warna tu ja lah. 

Saya memilih tempate dari SoraTemplates. Sebab dari apa yang saya tahu, template-template dekat SoraTemplate tu semuanya responsive template blog. Saya nak bila blog saya dibuka di peranti berbeza seperti laptop, ipad, dan telefon bimbit, ia nampak kemas tersusun. Sebab ada template yang dapat dibuka di laptop sahaja tetapi bila dibuka di telefon bimbit, templatenya jadi tidak tersusun. Saya pernah mengalaminya. Jadi pengalaman tu mengajar saya πŸ˜‚

Saya harap hari anda baik dan luar biasa! Terima kasih kerana sudi membaca entri saya ini.


Post a Comment

18 Comments

  1. Congratulations for getting a domain! :D

    ReplyDelete
  2. saya time nak beli domain tu fikir banyak kali juga last2 beli juga...hehe
    tahniah ye ayu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun macam tu, fikir nak beli atau tidak pada awalnya. tapi saya nak sangat, jadi saya beli lah πŸ₯°

      Delete
  3. wah,terfikir nak beli domain juga ... tapi masih teragak2.. tatau la kenapa .. but congrats ayu :)

    ReplyDelete
  4. tahniah.. tahniaih.. semoga terus maju

    ReplyDelete
  5. Tahniah ayu! moga terus sukses dgn bloging ya :)

    ReplyDelete
  6. Ingatkan gigih mengira tadi.. btw tahniah sudah ada domain baru!! Cik tk pun gak terfikir nak beli domain.. tapi masih belum etap pendirian. Jadi biarkan dulu saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe πŸ˜… pakai google ja 😁 btw terima kasih ucapan tahniahnya Cik tk πŸ₯°

      Delete
  7. Congrats. Semoga terus semangat berblog dengan nama domain yang baru. All the best!

    ReplyDelete