PENDAPATAN DARI INVOLVE ASIA #1

 

Pendapatan Involve Asia. Hasil yang diperolehi daripada Involve Asia Affliate selama sebulan. Pendapatan yang berbaloi.



Happy sangat sebab dapat share pendapatan dari Involve Asia yang saya dapat ni dekat anda semua. Inilah bukti bahawa Involve Asia boleh memberi sumber pendapatan kepada blogger baru yang belum ada pengiklanan dari Adsense, Nuffnang, dan sebagainya. Jadi saya akan tunjukkan kepada anda pendapatan yang saya dapat dari Involve Asia ini. Untuk pengetahuan anda semua, ini merupakan pendapatan yang pertama saya dapat dari Involve Asia. Sebab itu saya rasa happy sangat. Tak sangka ada juga hasilnya. 


Apa itu Involve Asia Affliate

Sebelum ini saya ada membuat entri mengenai apa itu Involve Asia Affliate dan bagaimana ia memberi anda peluang menjana pendapatan wang dalam talian iaitu melalui Involve Asia Affliate. Ianya mudah sekali. Benda yang paling penting untuk anda tahu mengenai Involve Asia ini ialah pendaftarannya adalah percuma. Memang bagus sangatlah untuk siapa-siapa yang baru menceburi dunia blog dan yang suka bermedia sosial. Eh, kenapa pula bagus untuk yang suka bermedia sosial? Ini kerana, pendaftaran untuk Involve Asia akan diminta untuk menambah "property" iaitu website anda. Boleh tambah lebih dari satu "property". Macam saya sendiri, saya ada dua "property" yang saya daftarkan di Involve Asia. 


Apa itu "property"?

Seperti yang saya beritahu di atas, saya sendiri ada dua "property" yang telah saya daftarkan. Anda jangan bingung. Saya hanya mendaftar sekali sahaja untuk menjadi "publisher" di Involve Asia Affliate. Daftar menggunakan emel. Selepas sudah saya mendaftar masuk, saya diminta untuk menambah website iaitu "property" yang saya akan gunakan untuk mempromosi barang dan servis yang ada di Involve Asia. Pada mulanya, saya menambah website blog saya. Ia perlu beberapa hari juga untuk "property" diterima oleh pihak Involve Asia. Tidak lama pun. Cuma 3-4 hari sahaja. Setelah itu saya juga menambah akaun twitter saya sebagai "property". Syukurlah, penambahan twitter saya diterima. 

Ini adalah tips sedikit dari saya. Sebelum akaun twitter saya diterima oleh pihak Involve Asia, sebenarnya saya mencuba menambahnya sebanyak dua kali. Kedua kali baru diterima. Kenapa yang pertama kali penambahan tidak diterima? Ini kerana, saya perasan link yang saya guna pada mulanya adalah link yang saya copy dengan menggunakan telefon saya. Hasilnya, penambahan tidak diterima atau "rejected". Percubaan kali kedua saya menggunakan laptop. Saya copy link akaun twitter saya melalui laptop. Hasilnya, penambahan diterima atau "approved". Sebelum atau jika perkara ini terjadi kepada anda selepas anda mendaftar di Involve Asia Affliate, saya harap tips saya ini berguna.


Pendapatan Pertama Dari Involve Asia

Pendapatan saya atau komisen yang saya dapat tidaklah banyak. Tapi bolehlah daripada tiada. Benar bukan? Di bawah ini ialah payment invoice yang saya terima dari pihak Involve Asia. 

Pendapatan Involve Asia Affliate Program


Seperti yang anda nampak di atas, saya mendapat RM250 dari 8 Ogos 2020 sehingga 15 September 2020 iaitu dalam masa 39 hari. Walaupun jumlahnya tidak banyak, tetapi bagi saya ia banyak sudah berbanding tidak dapat apa-apa. Banyak juga entri blog yang saya baca mengenai pendapatan yang mereka dapat melalui Involve Asia Affliate ini. Jadi selepas ini saya harap entri saya ini juga mendapat bacaan daripada orang ramai yang membuat carian mengenai Involve Asia. Berbalik kepada pendapatan yang saya perolehi, saya sendiri pun pada mulanya tidak percaya yang saya boleh dapat sejumlah itu. Sehinggalah saya mencuba untuk membuat pengeluaran. 

Pendapatan dari Involve Asia


Untuk pengeluaran ada dua pilihan iaitu wiretransfer dan Paypal. Saya awalnya memilih Paypal. Namun untuk menggunakan Paypal, pengeluaran minima perlu RM400. Saya nak cuba membuat pengeluaran buat pertama kali. Jadi saya tukar kepada wiretransfer. Wiretransfer menggunakan bank transfer. Komisen akan dimasukkan terus ke akaun bank. Pengeluaran minimanya pula hanya RM80. Pada 23 Ogos 2020 saya membuat pengeluarannya. Dalam proses. Pada 29 Ogos 2020 pengeluaran saya diluluskan. Saya mendapat emel bahawa komisen saya sudah ditransfer ke akaun bank saya. Hampir seminggu jugalah ia diluluskan. 

Jadi, bagaimana pendapat anda? Jika ingin mendaftar menjadi publisher di Involve Asia seperti saya, tekan di SINI


Semoga hari anda baik dan luar biasa! Terima kasih kerana sudi membaca entri saya ini.

Post a Comment

24 Comments

  1. ayuu! tahniah!! yay!! thank you sharing this.. i nak try jgk :) can u guide me ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehh 😍 of course i can guide you

      Delete
  2. Wah! Best ni boleh buat extra income

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa betul tuu boleh dapat extra income 😍

      Delete
  3. waa.. tahniah.. sy sampai skrg masi tak faham mcm mana nak guna involve asia nie haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe saya pun mula-mula macam tu, tapi bila dah buat and dapat hasil, syukur juga la πŸ₯°

      Delete
  4. try juga apply tapi tak faham pasal involve asia ni..hehe
    tahniah ye ayu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la ☺️ mula-mula pakai yak paham tapi sekarang dah boleh paham sikit πŸ˜„

      Delete
    2. ayu cuba la buat tutorial pasal involve asia ni di blog..hehe

      Delete
  5. Wahh bestnyaaa dapat income ;) kena try jugak ni hehe
    .
    Thank you for sharing! ;)

    ReplyDelete
  6. menarik juga ni :) tq sharing ayu!

    ReplyDelete
  7. Ada juga sebelum ni terfikir nak pakai. Tapi tak faham cara gunanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa saya pun tak paham pakai ni mula-mula, tapi sekarang boleh la dah paham sikit-sikit hihi 😁

      Delete
  8. Bestnya. Dah dapat jana pendapatan sampingan melalui blog ni. LH masih merangkak lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe saya pun rasa happy sbb dpt juga pendapatan sampingan πŸ₯°

      Delete