10 TIPS TINGKATKAN KEYAKINAN DIRI



10 Tips Tingkatkan Keyakinan Diri. Selamat membaca!


Pernah dengar tak orang yang lahir dengan keyakinan diri? "Lahir dengan keyakinan diri" tidak sesuai digunakan sama sekali. Keyakinan diri itu kita yang wujudkan melalui jalan hidup kita dan kita sendiri perlu berusaha untuk tingkatkan keyakinan diri tersebut.

Dengan adanya keyakinan diri, banyak benda kita bole capai. Bak kata pepatah, "malu bertanya, sesat jalan". Jadi mari teruskan dengan tips tingkatkan keyakinan diri. Teruskan membaca!


1. Berhenti cakap benda yang negatif

Anda perlu tetapkan mindset anda supaya sentiasa positif. Mindset ini penting untuk untung meningkatkan keyakinan diri anda. Bila anda dalam pemikiran negatif, tukar pemikiran tersebut dengan yang positif. Sekiranya anda fikir anda jauh dari mencapai matlamat anda, hentikan dan ubah semula pemikiran tersebut. Anda perlu positif dan percaya yang anda boleh dan mampu untuk mencapat matlamat tersebut.


2. Berhenti bandingkan diri anda dengan yang lain

Anda perlu berhenti bandingkan diri anda dengan yang lain. Anda hanya menimbulkan pemikiran yang negatif bahawa anda tidak boleh pergi jauh. Sebaliknya anda perlu lihat kemampuan diri anda sejauh mana anda boleh pergi dengan keyakinan yang anda ada. 

Lihat bagaimana pencapaian yang anda mampu buat sendiri. Buang mindset negatif tersebut, maka anda boleh menjadi seorang yang boleh pergi jauh. 


3. Bergaul dengan orang yang boleh tingkatkan keyakinan diri anda

Minsdet boleh terpengaruh dari orang yang berada di sekeliling anda. Tidak kira sama ada keluarga anda sendiri, jiran atau kawan. Bergaul lah dengan orang yang boleh memberi anda pandangan atau pendapat yang positif begitu juga dengan aspirasi dan dorongan yang baik. Luangkan masa dengan mereka yang tahu diri anda dan boleh membawa pengaruh yang positif dan seterusnya boleh meningkatkan keyakinan diri anda. 


4. Raihkan setiap pencapaian yang anda dapat

Untuk pengetahuan anda, keyakinan diri akan bertambah jika kita telah berjaya mencapai sesuatu yang sangat penting buat diri kita. Contohnya, berjaya buat sale pada bulan pertama dari perniagaan dropship. Meraihkannya merupakan simple habit yang boleh anda lakukan. Sebenarnya, simple habit ini adalah salah satu cara yang sangat bagus untuk meningkatkan keyakinan diri setiap hari. 

Lakukan perkara kecil untuk raihkan pencapaian anda juga boleh daripada membuat parti. Misalnya, bersedekah,  masak hidangan istimewa untuk keluarga makan bersama-sama, belanja parents makan di restoran, dan sebagainya. 


5. Love what you wear

Anda perlu suka dengan apa yang anda pakai dan yang membuatkan anda selesa. Jika anda tidak selesa, anda perlu elakkannya. Ia akan membuat anda kurang keyakinan diri. 

Oleh itu, anda perlu tahu apa yang diri anda nak. Dengar kata hati anda sendiri mana yang anda nak. Tidak semestinya pendapat dari orang lain itu terbaik buat anda. Jika anda selesa berbaju kurung, then wear it. Jika itu yang membuatkan anda lebih berkeyakinan, pakailah. Pastikan tidak ada rasa terpaksa dalam diri anda bila memakainya. 


6. Senyum

Terbukti, senyum boleh membantu mengurangkan stress. Senyum sahaja boleh membuatkan orang selesa. Tapi janganlah senyum seorang diri tanpa sebab. Nanti orang fikir anda gila hahaha. Maksud saya di sini ialah, bila anda berhadapan dengan seseorang yang anda gentar misalnya majikan anda, cuba senyum. Tidak perlu tunjukkan rasa gentar anda dari raut muka anda. Senyum, ia dapat tingkatkan keyakinan pada diri anda.


7. Sentiasa bersedia

Dalam menghadapi pembentangan (presentation) misalnya, perkara pertama yang perlu anda buat ialah membuat persediaan awal untuk bahan pembentangan anda dan ucapannya. Jika anda tidak bersedia, anda akan mudah rasa gugup dan risau yang anda akan membuat kesilapan. Tetapi jika anda membuat persediaan awal, anda akan lebih yakin lagi untuk pembentangan. Anda tidak akan risau untuk membuat sebarang kesilapan. 


8. Guna kelebihan diri

Ada yang sedar bahawa diri mereka boleh melakukan sesuatu itu, dan ada juga yang tidak sedar. Mereka yang tidak sedar itu telah meninggalkan peluang untuk merasai pengalaman yang perlu mereka rasa dalam hidup ini. Maka, anda perlulah berani mencuba sesuatu yang baru untuk merasai pengalaman berharga. Guna kelebihan diri anda untuk merasai pengalaman tersebut. Bila anda banyak pengalaman, anda akan lebih yakin diri. Maka anda tidak akan ada masalah untuk berhadapan dengan situasi baru, malah anda boleh biasa dengannya lebih cepat. 


9. Set your goals

Dalam hidup ini, kita perlu tentukan tujuan dan perjalanan hidup kita sendiri. Jika anda tetapkan matlamat yang anda nak capai, anda tahu di mana dan bagaimana hendak mencapainya. Bila anda mencapai matlamat anda, anda mudah nampak pencapaian yang sudah anda lakukan. Ini membuatkan anda lebih fokus dan percaya pada diri sendiri. Dalam masa yang sama, keyakinan diri anda akan bertambah dari hari ke hari.


10. Terima kekurangan diri dan memperbaikinya

Jika anda menunggu kesempurnaan untuk melakukan sesuatu, maka anda tidak akan memulakannya. Jika anda tidak memulakannya, anda tidak akan mendapat feedback. Jika tidak ada feedback, maka tidak ada yang hendak ditingkatkan (improve). Anda perlu lakukannya sendiri.  Dapatkan feedback, dan cuba untuk baikinya dengan lebih lebih baik. 

Dengan cara ini, anda akan berterusan untuk memajukan diri dan dalam masa yang sama keyakinan diri anda juga makin bertambah kerana anda sendiri percaya yang anda bole majukan diri anda. 


Kesimpulan

Meningkatkan keyakinan dalam diri memerlukan masa, usaha dan fokus. Ia bukan dilakukan oleh orang lain, tapi cuma anda sahaja yang mampu buat untuk diri anda. Dengan keyakinan diri, ia boleh membuatkan diri individu itu lebih sihat, lebih gembira dan dan lebih bermotivasi untuk cabar diri semampu yang boleh. 


Post a Comment

22 Comments

  1. yang no 2 tu.. susah betul nak buang..tatau kenapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokay nak buang benda tu tak perlu rush , asalkan konsisten 🥰

      Delete
  2. Kadang2 tuh bukanlah nak pun bandingkan diri dengan orang lain. Tapi dia macam automatically jadi bila tengah down. Pastu rasa lagi teruk. Hopefully i can improve and berhenti bandingkan diri saya dengan orang lain.

    Btw, the tips are very useful!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa yakin yg awak dpt improve. saya percaya awak boleh 🥰

      Delete
  3. just what i need, thank you! the second one really hit home. tengok people my age already know to properly do many things while i'm left behind, it really can't be helped ><

    ReplyDelete
  4. satu benda yang buat saya tidak yakin diri adalah takut kena ketawa org bila salah sebut. Orang nampak remeh dan lucu. bagi saya tidak lucu. Klau org salah sebut dgn saya. saya tidak ketawakan. sebab bagi saya, ia akan merendahkan lagi keyakinan dia. Dan ini juga salah satu punca kenapa org tidak mahu cakap english sebab dorg takut akan dipersendakan. heheh btw, thanks utk tipsnya ayuuu. Teruskan 💪

    ReplyDelete
  5. Apa2 pun mind set yg plg penting kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa betul tuu , mindset paling penting ☺️

      Delete
  6. setuju dgn tips ayu ni..moga lebih istiqomah dlm perbaiki diri :)

    ReplyDelete
  7. betul tu berhenti bandingkan diri dengan orang lain..bila asyik banding2 kan diri ni yg buat kita rasa banyak kekurangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaa kita patut stop bandingkan diri dengan org lain ,

      Delete
  8. Kadang tu rasa susah betul nak yakinkan diri sendiri. Tapi bila fikir semula beberapa point di atas, memang kita boleh jadi yakin diri. Kena positif selalu.

    ReplyDelete
  9. Thanks for the sharing.. sama2 la semua perbaiki diri..

    Memang kadangkala susah nak jadi yakin. tapi kita kena cuba. Sayangi diri, betulkan mindset dan jadi positif sentiasa! Dan jangan bandingkan diri dengan orang lain.

    ReplyDelete
  10. mama setuju dgn semua senarai kat atas.. mari sama2 amalkan

    ReplyDelete