PROPERTY REJECTED : INVOLVE ASIA


Apa itu Property ?

Apabila anda sudah mendaftar sebagai publisher atau penerbit, anda perlu menggunakan property sebagai channel atau saluran untuk anda mempromosikan tawaran-tawaran yang disediakan daripada advertiser atau pengiklan. 

Property terdiri daripada pelbagai sumber dan saluran seperti blog, Instagram, Twitter, Facebook, dan akaun online yang lain. 

Syarat wajib untuk mendaftar sebagai publisher di Involve Asia Affiliate ialah anda perlu menambah property ke akaun anda sebelum dapat memulakan mempromosi tawaran dari Involve Asia


Sebab-sebab property ditolak (rejected)


Di atas adalah sebab-sebab kenapa property anda ditolak. Baca betul-betul. 

Setakat ini, masalah yang pernah saya alami sendiri ialah masalah no. 6. Lack of Property information or traffic. Saya juga ada beritahu mengenai masalah ini dalam entri saya yang sebelum ini. Klik sini untuk baca. 

Jadi, dari apa yang saya baca dari jadual di atas (sebab-sebab property ditolak), saya membuat keputusan untuk menambah lagi jumlah trafik dan followers di property saya yang telah ditolak itu. Bila sudah banyak trafik dan followers, saya akan menambah property tersebut semula dalam akaun saya nanti. Saya akan update semula di sini apabila property saya tersebut diluluskan untuk review kali kedua nanti. 

Ada juga yang tanya, bolehkah guna property lain yang tidak ditambah dalam akaun untuk mempromosi tawaran. Jawapannya, tidak. Anda perlu tambah property itu ke dalam akaun anda kalau nak guna untuk tujuan mempromosi. Maksimum property boleh ditambah adalah 5 sahaja. 




NEW UPDATE !
Saya dah menambah balik property yang sebelum ni ditolak oleh Involve Asia, dan keputusannya ia diterima. Property yang saya maksudkan ialah akaun twitter dengan cuma 400 lebih followers sahaja, ia diluluskan juga akhirnya. Dan saya sudah gunakannya untuk di monetize.

Post a Comment

12 Comments

  1. i'm waiting for approval... huwaa harapnya lulus laaa :(

    ReplyDelete
  2. thank you for sharing ayu . Sangat berguna heheh harap lepas ni xkena reject lagi hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa dilaa 😍 wahh dilaa komen la 😍😍😍

      Delete
  3. i am still clueless so not yet applying anything huhuhu

    ReplyDelete
  4. hurm. takut xreti guna kalo apply ahaha

    ReplyDelete