Monday, October 19, 2020

TIPS FOR ONLINE CLASS 2020

 

Tips online class 2020 youthayuju




Hai semua ! Lama dah tak update blog ni. Jadi hari ni saya akan kongsikan kepada anda semua mengenai bagaimana nak fokus dalam kelas online dan mendapatkan hasil yang terbaik. Kini, online class telah menjadi norma baharu buat pelajar-pelajar sekarang bagi meneruskan pengajian mereka. Pada awalnya, ramai beranggapan bahawa pasti sukar untuk fokus dalam kelas secara maya. Sini, terdapat beberapa tips buat anda untuk fokus dalam kelas online dan mendapatkan gred yang bagus.



Sebelum kelas

1. Baca bahan pembelajaran



Jika ada pensyarah atau guru anda menghantar bahan atau nota mengikut topik yang akan anda pelajari sebelum kelas bermula, adalah lebih baik jika anda membuat review topik tersebut terlebih dahulu. Anda boleh ketahui sedikit sebanyak mengenai apa yang akan dipelajari semasa kelas online. Maka anda tidak akan lost atau bingung dan ia dapat mengelakkan anda daripada tidak tahu apa-apa langsung bila berada dalam kelas nanti.


2. Dapatkan tidur yang secukupnya



Tidur yang secukupnya sangat penting untuk membuat anda fokus dalam kelas. Ia dapat elakkan dari anda berkhayal atau tidak bermaya kerana masih rasa mengantuk. Jadi, amatlah penting untuk anda menjaga waktu tidur anda dengan mengamalkan jadual tidur yang sihat dan sebaiknya jangan bermain telefon sehingga lewat malam sampai mengganggu masa untuk anda tidur.


3. Rutin pagi yang santai



Jika anda mendapatkan rutin pagi tanpa stress, anda mudah untuk fokus belajar. Minda anda juga senang untuk menyerap maklumat dan mendapatkan pengetahuan. Oleh itu, anda perlu mengamalkan rutin yabg sihat iaitu bersarapan pagi dan minum air supaya sentiasa terhidrasi untuk meningkatkan tenaga pada waktu pagi. Anda juga digalakkan untuk membuat senaman ringan agar badan anda sihat dan bertenaga.

NOTA PENTING ! : ELAKKAN BELAJAR DI ATAS TEMPAT TIDUR ANDA, SEBAIKNYA BELAJAR DI MEJA BELAJAR.



Semasa kelas

1. Pastikan  gadjet anda dalam keadaan senyap



Gadjet mudah alih seperti telefon merupakan pengganggu fokus semasa belajar yang paling utama. Oleh itu, anda perlulah sentiasa fokus dalam kelas dan mendengar apa yang pensyarah atau guru anda sedang ajar. Tidak lupa juga, pastikan anda ada buku nota bersama anda untuk mencatat semua nota-nota penting.


2. Jangan takut bertanyakan soalan



Jangan sesekali untuk segan atau takut bertanyakan soalan kepada pensyarah atau guru kerana kelas online boleh menjadi sukar daripada apa yang anda jangkakan. Jika anda nak kekalkan gred yang bagus, jadi anda perlu berusaha menimba ilmu dan aktif bertanyakan soalan jika tidak tahu. Bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan. 


3. Sediakan makanan ringan dan air



Kebiasaannya, waktu kelas online boleh menjadi sangat lama dan ini boleh membuatkan hilang fokus juga semasa belajar. Jadi, sangat bagus sebenarnya kalau anda menyediakan makanan ringan yang boleh dikunyah semasa kelas online. Contohnya , kekacang, biskut, coklat, pancake, cupcake, buah-buahan seperti anggur, pisang, dan sebagainya. Minum banyak air untuk sentiasa kekal terhidrasi. Ia dapat membantu anda untuk fokus.




Selepas kelas

1. Take a break



Akhirnya, inilah masa untuk anda santai dan buat apa yang anda nak buat. Tenangkan minda anda dengan relax sebentar. Jika anda nak bergerak, berjalan ke mana-mana dalam rumah anda. Buat apa yang anda suka buat. Kerana masa ini adalah masa untuk anda berehat selepas kelas online. Buat sesuatu yang menyeronokkan buat anda. Seperti menonton Netflix, membaca novel, mendengar lagu dan sebagainya. 


2. Ulang kaji semula pembelajaran 



Selepas kelas, ianya bagus untuk menyegarkan memori kita dengan membuat ulang kaji pembelajaran apa yang diajar semasa kelas. Buat nota yang cantik dan simple untuk memudahkan anda lebih memahami mengenai setiap topik tersebut. Dengan cari ini, anda dapat belajar dengan lebih efektif dan berkesan. 

~
Stay safe everyone. Semoga anda dapat meningkatkan gred anda dengan lebih baik. All the best!
full-width

12 comments:

  1. thank you for sharing, online class is a NO NO for me,tapi kan, i have to deal with it juga sooner.. these tips are excellent !

    ReplyDelete
  2. aa makasih kak, tips nya^^ lebih semangat belajar sih kalo kayak gini :D

    ReplyDelete
  3. bagus tips ni. skrg mmg tgh musim online class.. nak share la dgn anak mama

    ReplyDelete
  4. i'm wishing all the best to all students !

    ReplyDelete
  5. Good luck study ayuee 💖 hehehhe

    ReplyDelete
  6. bagus semua tips ini..
    semoga study Ayu berjalan lancar dan dipermudahkan semua urusan pembelajaran ayu.. Take care... Jangan lupa rest juga..

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudahkan segala urusan semua pelajar dan lecturer yang perlu buat kelas online. Aaminn

    ReplyDelete