8 TIPS BELAJAR LEBIH BERKESAN DAN EFEKTIF

 



Sememangnya ada banyak tips belajar yang berkesan dan efektif yang patut semua pelajar tahu lebih-lebih lagi bila belajar ulang kaji di rumah. Bagi mereka yang mengamalkan pembelajaran yang berkesan dan efektif, mereka akan cemerlang dalam peperiksaan dan mudah untuk mendapat kejayaan. 

Tips belajar bukannya dijadikan rahsia, tetapi perlu diketahui oleh semua pelajar. Tapi kali ni saya cuma dapat senaraikan 8 tips buat anda. Jadi apa tips nya? Teruskan membaca.



1. 'NO PHONE'

Yang ni memang dipersetujui oleh ramai orang termasuk saya sendiri. Bila nak belajar atau ulang kaji, sebaiknya telefon perlu dijauhkan. Kenapa? Sebab telefon boleh menjadi penggangu konsentrasi semasa belajar. Ada banyak cara nak jauhkan telefon daripada menggangu fokus semasa belajar. 

Antaranya, anda boleh 'mute'kan bunyi pemberitahuan telefon anda atau 'off'kan nya sama sekali. Jadi lepas habis belajar atau bila rehat anda boleh hidupkan semula. Ada lagi cara lain tapi mungkin agak kekanakkan sedikit bunyinya. Anda boleh minta adik atau abang atau ayah untuk tolong sembunyikan telefon anda sekejap. Cubalah. 

Keburukan bila ada telefon berhampiran semasa tengah belajar, boleh buat kita terhenti nak belajar. Untuk pengetahuan anda, otak manusia mampu fokus semasa belajar dalam tempoh masa 20-25 minit. Anda jangan lupa ambil masa rehat dalam 5 minit. Setelah itu boleh sambung belajar lagi.


2. Rancang terlebih dahulu

Kenapa perlu rancang dahulu? Kita perlu rancang dahulu kalau nak belajar sebab memang penting supaya tak terganggu dengan rancangan lain. Apa yang nak dirancang? Anda perlulah rancang nak belajar apa, bila nak belajar, dan di mana nak belajar. 

Kalau anda ada jadual belajar sendiri lagi bagus. Jadi anda tahu nak bahagi masa anda untuk belajar dengan buat aktiviti lain. Saya percaya, bila anda rancang waktu belajar anda dengan baik, anda dapat belajar dengan lebih berkesan dan efektif.



3. Bangun awal

Bila anda bangun awal pagi, konsentrasi anda dapat ditingkatkan pada hari tersebut. Bangun awal pagi juga bagus kerana anda ada lebih masa untuk bersedia lebih awal untuk memulakan aktiviti anda pada hari tersebut. Selepas anda rancang bila nak mula belajar, anda mudah untuk fokus melakukannya. 

Anda tahu tak, bangun awal pagi juga terbaik buat meningkatkan kesihatan dan memberi 'mood' yang bagus untuk memulakan hari anda. Jadi nak fokus semasa belajar tu akan lebih mudah. 



4. Buat kuiz 

Tips seterusnya ialah buat kuiz. Kuiz ni bagus untuk mengingat sesuatu selepas belajar, dan ia boleh membantu anda ingat untuk jangka masa yang panjang. Cubalah. Selepas belajar, cuba uji diri. Buat kuiz. Bagi yang susah nak ingat apa yang anda belajar, boleh cuba buat kuiz selepas anda belajar. 

Saya yakin hasil daripada anda buat kuiz tu akan melekat di kepala (boleh diingati). Macam mana nak buat kuiz? Anda boleh cari kuiz dari carian internet atau dari soalan-soalan buku pembelajaran anda. Anda jawab dahulu soalan tersebut, setelah itu boleh periksa jawapannya kalau ada. 

Namun, ada juga yang menghafal jawapan dahulu, baru lah menjawab soalan. Setiap orang ada cara masing-masing. Yang pastinya, cara yang anda yakin berkesan dapat membantu anda belajar dengan lebih efektif lagi.



5. Jika muzik membuat anda rasa terganggu, matikannya

Seperti yang kongsikan sebelum ini dalam 5 Cara Nak Dapatkan 'Mood' Belajar Bila Berada Di Rumah, ada yang biasa dengar muzik atau lagu sambil belajar dan ada yang tidak biasa dengannya. Belajar sambil dengar muzik boleh menggangu kita yang nak mengingati sesuatu sebab boleh terbawa-bawa dengan alunan muzik atau lirik lagu. 

Namun saya akui bahawa sesiapa yang tidak mendengar apa-apa muzik atau lagu sambil belajar buat lebih baik daripada sesiapa yang belajar sambil mendengar muzik atau lagu. Ini kerana mereka yang tidak mendengar apa-apa muzik atau lagu mudah untuk konsentrasi terhadap pembelajaran.



6. Ambil nota semasa belajar

Yang ni tak dapat disangkalkan lagi. Apabila belajar, anda digalakkan mengambil nota mana yang penting. Anda boleh buat 'highlight' poin penting supaya senang nak ingat bila anda baca nanti. Saya sendiri pun masih melakukan perkara yang sama. Bila belajar, saya akan buat nota sendiri. Kalau boleh, nak penuhkan satu muka surat tu dengan nota. 

Anda boleh buat nota yang cantik dengan pilihan warna pen anda sendiri. Kalau anda jenis yang tak pandai nak buat nota cantik-cantik, anda boleh buat nota dari laptop anda dan 'print' nota tersebut. Tapi kalau anda tak ada printer, dan rasa sayang nak buang duit, boleh ja buat nota secantik yang anda boleh buat. Lagipun, nota tu untuk anda yang baca. 




7. Jangan belajar di atas tilam

Di sini saya nak syorkan kepada anda agar jangan belajar di atas tilam walaupun anda biasa belajar di atas tilam. Kenapa tak boleh? Sebab, kalau anda belajar atas tilam, nanti tiba-tiba rasa mengantuk nak tidur. Perkara ni memang betul. Anda sebaiknya belajar di meja belajar. 

Belajar di meja belajar lebih berkesan berbanding belajar di atas tilam. Walaupun anda ada meja kecil yang anda guna untuk belajar di atas tilam, ia tetap kurang berkesan. Percayalah, nanti anda akan mudah mengantuk, malas nak teruskan pembelajaran, dan akhirnya ambil keputusan untuk tidur. 




8. 'Reward' diri sendiri

Tips saya yang terakhir ini juga anda boleh ikuti untuk memastikan diri anda rasa puas hati dengan aktiviti pembelajaran anda dan akan merancang untuk meneruskan lagi di waktu lain. Ada yang selepas habis belajar, dia pergi beli minuman Tealive atau Starbuck dekat luar. Ada juga yang bila dah habis belajar, dia pergi makan McD atau KFC dekat luar, dan ada yang sambung tengok Netflix. 

Ada juga yang tidur ya. Belajar pun boleh penat tau. Tips ni paling best kan. Lepas dah penat belajar beberapa puluh minit atau jam, boleh lah 'reward' diri sendiri. Terpulang anda lah nak 'reward' diri dengan apa pun. Kalau saya, saya tidur terus tu hihihi. Anda pula macam mana?



Post a Comment

5 Comments

  1. rindunya zaman belajr lahai....apa2 pun good luck dan all the best buat semua yang masih belajar :D

    tips yang bagus untuk dikongsi!

    ReplyDelete
  2. no phone tu kena betul2 kuatkan diri. Sebab zaman sekarang sikit sikit nak tengok fon. Nak refer kawan pun nak kena tengok fon. Nak cari info pun nak tengok fon.

    Good sharing !

    ReplyDelete
  3. Jangan belajar atas tilam , this is totally betul !!! then no phone.. huhuhu phone is so distracted

    ReplyDelete
  4. betul! phone kena letak out of reach huhu

    ReplyDelete
  5. bagus tip tu.. Betul phone tu memang ganggu pembelajaran kalau ada ditepi

    ReplyDelete