Sunday, February 28, 2021

INVOLVE ASIA: EARLY WITHDRAWAL?

Involve Asia: Early Withdrawal? by youthayuju






Bagi sesiapa yang baru mendaftar Involve Asia mesti perasan ada Early Withdrawal tapi tak tahu apa itu dan bagaimana nak caranya nak guna.

Jadi di sini saya akan beritahu apa yang saya tahu mengenai Early Withdrawal dalam tu dan cara nak gunanya.


Apa itu Early Withdrawal?

Early Withdrawal ni proses pengeluaran pembayaran yang lebih cepat dari proses pengeluaran pembayaran yang biasa. 

The usual process for a withdrawal will be based on payment terms (Example: Payment Terms 30 days) which is stated on the offer description for each offer. With the 'early withdrawal' feature, publisher do not need to wait for the payment terms and will be able to request for an early withdrawal for the offers that they are promoting. - Help Involve Asia

Dekat Help Involve Asia, dorang bagitau apa tu early withdrawal macam yang di atas. 

Dari pengalaman saya menggunakan early withdrawal, memang benar sama sekali apa yang dinyatakan oleh Help Involve Asia. Tetapi tak semua offer nya ada diberi untuk kita membuat early withdrawal.

Setiap offer akan ada diberi 'description' untuk terma pembayaran mereka. Paling lama pun ada yang sampai 135 hari seperti offer dari Shopee MY.

Jadi pihak 'advertiser' akan tentukan sendiri nak offer dari mereka tu dibolehkan untuk kita buat early withdrawal iaitu sebelum tempoh daripada terma pembayaran mereka atau tidak. 

Early withdrawal sememang nya lagi cepat prosesnya berbanding yang biasa. Walau bagaimanapun, early withdrawal akan dikenakan caj.

Jadi ada nampak rugi lah sikit sebab kena caj kan. Tapi kalau nak cepat dapat duit tu, buat la early withdrawal. 

Kalau mereka bolehkan kita buat early withdrawal, korang check ja dekat early withdrawal tu mesti ada. Kalau tak ada tu, mungkin offer tu tak boleh buat early withdrawal.

Involve Asia: Early Withdrawal? by youthayuju






Di atas adalah contoh invois saya. Saya saja-saja ja nak try guna early withdrawal. Yang ni saya buat pengeluaran pembayaran pada tahun lalu iaitu pada bulan Disember.

Nampak tak 18 Dec 2020 tu kat atas? Tahun lalu punya invois ni. Korang boleh tengok lah caj yang dikenakan pada setiap offer tu.

Caj nya dalam 6% -7.5% . RM65 ringgit saya dikenakan caj untuk teruskan pengeluaran duit tu. Huhuhu.

Jadi kepada sesiapa yang nak guna early payment tu, korang buat pilihan sendiri lah. Tapi kalau tak pakai early payment, lambat pula nak dapat kasih keluar duit kan.

~~~~~

Kepada sesiapa yang nak daftar lagi dalam Involve Asia sebagai 'publisher' macam saya, korang boleh tekan di sini untuk daftar. Saya dah tunjukkan cara nak daftar jadi 'publisher' di Involve Asia pada entri saya sebelum ini iaitu Cara Daftar Involve Asia Affiliate Percuma.

7 comments:

  1. Dah lama daftar xaktif hahaha nk kena berguru ayuju ni.. Xfhm bab nk promote tu mcm mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi 😁 nanti saya buat entri baru mengenai cara saya promote offer mcm mana 😁😁😁

      Delete
  2. Dah lama daftar tapi tak tahu maacam mana nak promote

    ReplyDelete