CARA DAFTAR INVOLVE ASIA AFFILIATE PERCUMA

cara daftar involve asia

Daftar dengan Involve Asia Affiliate ni memang berbaloi sebenarnya. 

Ini kerana pendaftarannya adalah PERCUMA.

Sesiapa sahaja boleh mendaftar di program affiliate ini. 

Jadi, tanpa membuang masa mari lihat bagaimana cara nak mendaftar dalam program Involve Asia Affiliate di bawah.


CARA DAFTAR INVOLVE ASIA

1. Buka pautan Involve Asia

Mula-mula, untuk mendaftar anda perlulah ke pautan yang berikut : Daftar Involve Asia

Daftar jadi publisher ya, bukan advertiser. 


2. Isi maklumat 'Property Information'


Seperti yang anda lihat, maklumat pertama yang diminta untuk anda isi ialah 'property information'.

Property URL anda perlulah letakkan url atau link 'property' anda.

'Property' ini adalah website yang anda miliki sendiri seperti blog, facebook, twitter, instagram, youtube, dan sebagainya.

Pastikan property anda mempunyai banyak trafics (ada followers yang mencukupi). 

Sebelum ini saya sudah cuba menambah akaun twitter saya yang mempunyai 196 followers sahaja sebagai property, tidak diluluskan oleh pihak Involve Asia kerana tidak banyak trafik.

 

Nama 'property' anda boleh letak apa-apa sahaja yang berkaitan. 

Ia terpulang kepada anda nak letak nama apa pada 'property' anda.

Untuk 'channel', anda boleh pilih mana-mana yang sesuai (ad network, comparison, content, coupons, influencer, loyalty)

Seterusnya anda dikehendaki untuk membuat sedikit 'property description'.

Terpulang kepada anda nak describe 'property' anda macam mana.

Tidak perlu hurai panjang-panjang, satu ayat ja pun boleh.

Yang penting ia menyatakan mengenai 'property' anda itu.


3. Isi maklumat 'Property Categorization'

'Type of advertiser' boleh pilih juga mana-mana yang anda nak (pay per click, pay per impression, pay per lead, pay per mobile install, pay per sale).

'Property category' juga sama, anda boleh pilih mana-mana yang anda rasa sesuai dengan property anda.

'Traffic acquisition method' dan 'ad format' juga anda boleh pilih mana-mana yang sesuai.

Jangan risau, jika ada sesuatu yang anda rasa nak tukar selepas sudah tekan save, anda boleh ubah semula bila akaun anda lulus nanti. 

4. Isi maklumat 'Premium Inventory'
Untuk bahagian ini, anda pilih No kemudian tekan next. 

5. Isi maklumat 'Personal Information'
Okay, ini bahagian yang terakhir anda perlu isi. 

'Your company name', anda boleh letak nama property anda seperti yang di no. 1.

Selepas itu, anda letak emel anda.

Emel anda tersebut berfungsi untuk menjadi username anda bila anda hendak login nanti. 

Letak juga nama 'first name' dan 'last name' anda. 

Tak ada binti/bin pun okay.

Akhir sekali, letaklah password anda yang anda nak supaya senang nak login nanti. 

Jangan lupa tick agree yang dekat bawah tu.

Lepas tu dah boleh submit. 

Setelah anda menekan submit, satu emel pengesahan akan dihantar ke emel yang anda daftarkan tadi. 

Di bawah adalah contoh emel pengesahan yang akan anda terima. 

Emel pengesahan di atas ada saya punya sendiri. 

Nanti anda akan dapat emel pengesahan seperti ini.

Anda perlu klik link yang diberi dalam emel pengesahan tersebut untuk mengesahkan pendaftaran anda.

Selepas anda sudah klik link tersebut, paparan di bawah akan muncul menandakan pendaftaran anda sudah disahkan.

 
Walaubagaimanapun, 'property' anda masih dalam semakan untuk kelulusan. 

Sementara itu, anda perlu lengkapkan profil akaun anda dan maklumat pembayaran. 

Post a Comment

12 Comments

  1. thank you sharing this ! sgt berguna kan

    ReplyDelete
  2. Lengkap dan mudah difahami. heheh Thank you ayu

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang bagus. Lama dah register cuma income tak membiak sangat. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ouu macam tuuu 😍 takpa , saya pun baru juga pakai ni hihi

      Delete
  4. Involve asia ni produk affiliate apa ya? LH nak buat dekat blog tapi macam tak cukup traffic aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Involve asia ni kita perlu promosi link untuk dapatkan komisen. Produknya banyak boleh pilih , contohnya shopee , lazada , air asia , zalora , watson dan sebagainya 😊

      Delete