Jerawat Hilang Dalam Masa 24 Jam

By Ayu.ju - June 05, 2021



Assalamualaikum semua. Hari ini saya senang hati nak kongsikan bagaimana satu produk ajaib ni boleh hilangkan jerawat dalam masa 24 jam. Saya tak nak reka-reka cerita. Perkara ni betul-betul terjadi dekat saya sendiri. 

Ianya berkesan sangat. Jerawat hilang dalam masa sehari. Nak tahu tak apa produknya? Tapi saya rasa ramai yang tahu mengenai produk ni. Okay, nama produk ni adalah Nixoderm. Harganya cuma dalam anggaran RM17 sahaja. 

Ya ada dekat Watson. Produknya kecil ja. Susah juga saya nak cari dalam Watson tu mula-mula. Sampai lah give up nak cari, saya Tanya pekerja Watson tu ja. Nasib jumpa. Kecil ja Nixoderm tu. Tapi harga boleh tahan. 

 

Nixoderm Ointment boleh digunakan untuk:

✅ Jerawat 

✅ Bintik Hitam

✅ Gatal

✅ Ruam

✅ Kurap kulit (yang disediakan oleh faktor luaran sahaja)

 

Actually produk ni dah lama dah. Hihihi saya ja baru pakai awal Tahun ni. Sebab Nixoderm ni pernah viral kan Tahun lalu. Ramai orang cakap sampai nak cari dekat Watson pun susah sebab cepat habis. Ada juga yang berjual dekat Ig shop dan Shopee. 

Saya pakai Nixoderm ni bila lepas mandi, lepas dah bersihkan muka. Sapu ja dekat jerawat yang ada dekat muka. Jerawat saya tu tak lah banyak. Tapi banyak kali keluar jerawat sampaikan saya rasa macam saya ada batu kecil dekat muka hahaha. 

Bila dah sapu Nixoderm tu, rasa pedih-pedih juga lah. Tapi tak lama. Sekejap ja. Saya nak sangat jerawat tu hilang, jadi saya pakai dua kali sehari pagi dan malam. Alhamdulillah. Saya puas hati sangat pakai produk ni. Jerawat saya sekejap ja dah kecut. 

Walaupun mula-mula tu saya ragu-ragu nak pakai sebab ada review orang lain yang saya jumpa, mereka kata tak sesuai Nixoderm ni dekat muka mereka. Ada yang jadi teruk. Jadi saya risau juga kot perkara tu terjadi pada saya kan. Tapi Alhamdulillah, Nixoderm sangat sesuai untuk hilangkan jerawat dekat muka saya. 


 

✅UNTUK KEGUNAAN LUAR SAHAJA

- Elakkan daripada terkena mata. Jika terkena mata, bilas mata dengan air dengan segera. 

- Jika berlaku kerengsaan, hentikan penggunaan. 

- Bagi kulit sensitif, sapuan yang pertama mungkin agak memedihkan. Bagi mengelakkannya, sapukan selapis vaseline sebelum Nixoderm. Ulang langkah yang sama jika perlu.

 

 





  • Share:

You Might Also Like

10 Comments

  1. Betul.Akak pun pernah pakai Nixoderm ni.Memang berkesan.Letak dekat jerawat then jerawat tu akan pecah sendiri.Tak payah nak picit-picit bagai.Even, adik lelaki akak pernah try letak dekat kurap & panau dia.Memang hilang.Kurap tu jadi mati.Bila gosok dia jadi macam daki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa betul tuh. Tak payah pecahkan jerawat, sapu Nixoderm ja jerawat akan pecah sendiri. Kurap Dan panau pun boleh hilang dengan Nixoderm ni 👍

      Delete
  2. alright need this thank you for sharing

    ReplyDelete
  3. menarik ni..tak pernah try pula produk. thanks for sharing :)

    https://www.tiarasaphire.com/2021/06/drama-korea-taxi-driver-2021.html

    ReplyDelete
  4. Teringat zaman sekolah hehe kwn2 semua pakat pakai hat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bagus sangat Nixoderm ni dri dulu kan 🤗🤗🤗

      Delete
  5. wow cepat juga tu.. 2 jerawat boleh hilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkesan sangat mmg cepat hilang 🥰🥰🥰

      Delete