MEMOHON PRAKTIKAL/INTERNSHIP DI KWSP SABAH

 


Assalamualaikum semua.

Sekarang ni dah musim nak cari tempat praktikal/internship/latihan industri. Samalah juga seperti saya sendiri. Susah juga nak cari tempat nak praktikal ya. Okay di sini sesiapa yang dari jurusan kewangan atau perniagaan atau mana-mana yang berkaitan, boleh memohon untuk menjalankan praktikal di KWSP. 


https://www.kwsp.gov.my/ms/about-epf/related-links/careers

Anda boleh tekan link di atas untuk terus ke bahagian kerjaya. Nanti akan keluar seperti di bawah.


         



 

Seterusnya, tekan ja "Graduan Baru". Lepas tu anda tinggal pilih ja mana yang anda nak apply. Bila anda tekan "Mohon Sekarang" tu nanti akan terus keluar untuk hantar emel. 

Email KWSP: internship@epf.gov.my


Kalau nak hantar resume by hand pun boleh. Anda boleh hantar di KWSP Kota Kinabalu. Sebab sebelum ni sayaa ada try hantar resume saya dekat KWSP Beaufort. Mereka cakap mereka akan hantar permohonan saya tu ke KWSP Kota Kinabalu. Kemudian, mereka akan menghubungi saya jika permohonan saya diterima. 

Lepas dah hantar emel atau resume by hand di KWSP, jangan lupa untuk follow up. Anda boleh hubungi mereka terus untuk menanyakan mengenai permohonan anda. 

Telefon KWSP Kota Kinabalu: 088-520 100


Walaubagaimanapun, anda kena bersabar ya bila menghubungi mereka. Kerana kadang-kadang bahagian operator mereka sangat sibuk. Namun, saya nak nasihatkan anda agar cuba untuk hubungi mereka pada waktu pagi. Sejujurnya saya tak tahu pun bila operator mereka boleh dihubungi. Cuma, panggilan saya pernah dijawab oleh mereka pada waktu pagi sahaja. Hehehe. Jadi mungkin anda boleh cuba juga. 

Semoga berjaya. 

Have a nice day everyone.


BERITA BAIK !

Korang belum ada Resume? Tak pandai nak buat? Tak tahu nak isi apa? 
Saya ada buat Servis Buat Resume serendah RM10 sahaja. Nak dalam BM atau BI? Boleh je. Nak kami editkan backround gambar untuk letak di Resume pun boleh. FREE je kalau mintak edit background gambar, cuma bayar harga pakej je. 

HUBUNGI SAYA DAN TEAM SAYA :-
Whatsapp: Tekan Di sini
Instagram: resume.murah_
Facebook: ResumeMurah_RM10
Twitter: @youthayuju

Ini Harga Pakej Servis Buat Resume saya. Tak ada caj tambahan apa-apa. Tak ada limit nak minta pembetulan selama seminggu. Korang tinggal print je.



Post a Comment

26 Comments

  1. perkongsian yg bermanfaat untuk yg nk mohon praktikal

    ReplyDelete
  2. Awak tggu berapa lama untuk dapat jawapan dari kwsp?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kwsp akan bagitahu dari emel mcm ni "If you have not receive any feedback within the next one (1) month, your application is considered unsuccessful". Jadi kalau tak dapat dalam tempoh sebulan tu , maknanya permohonan tak lulus :)

      Delete
    2. Oh sebulan ye? Sementara tu boleh try apply tempat lain juga. Kot kot yang ni tak dapat.

      Delete
    3. Betul tu cakap Cik TK 🥰 saya ada apply tmpt lain juga . Saya tak harap di satu tempat, sebab risau kalau tak dapat. Jdi kena apply 2-3 tmpt juga

      Delete
  3. So, mmg awak dapat jawapan dalam masa sebulan la ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak dapat , tpi kawan-kawan saya dapat 😁 sebab tmpt saya nak mohon tu dah penuh. Dan tempat yg kawan saya apply tu tak penuh . Jadi dia kena bagi jawapan dalam sebulan tu. Sebab tu kena survey awal-awal supaya tempat yg nak kita mohon tu masih mengambil pengambilan praktikal/Internship/latihan industri .

      Delete
  4. internship di kwsp provide allowance tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ada :) RM750 sebulan kalau tak silap saya lah,

      Delete
  5. Boleh minta berapa bulan sebelum untuk permohonan itu? Boleh ke kalau saya minta 7 bulan awal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu saya tak pasti 😊 tapi boleh Cuba. Sebab kalau lambat nanti full pula kan, jadi bagus juga lah kalau try apply awal2.

      Delete
  6. Bahagian security management ada ka

    ReplyDelete
  7. hai nak tanya awak email dlm bi or bm?

    ReplyDelete
  8. salam nak tanya, apa dokumen yang awak hantar bersama email tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya attached kan resume, cover letter, result semasa, surat dari universiti, dan company reply form.

      Delete
  9. hi. kalau nak walk in direct utk tanya ke branch kwsp boleh kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai :) ya boleh walk in. Saya pun walk in tempoh hari. Saya bagi ja terus dokumen saya pada staf dekat branch kwsp di tempat saya tu. Staf tu ckp, mereka akan kumpul semua dokumen yang student ada bagi by hand dekat mereka dan mereka sendiri yg akan hantar semua permohonan dekat HQ. Lepas tu, saya kena bagitau utk tunggu ja emel atau kol dari mereka nanti. Mcm tu :))

      Delete
  10. hi, nak tanya untuk yang surat dri universiti tu kena tulis alamat induk atau alamat branch ye?

    ReplyDelete
  11. Hi, nak tanya. Adakah cover letter awak tujukan ke HQ KL atau Hq negeri? Untuk permohonan ke tempat yang kita inginkan, adakah awak nyatakan tempat yg awak inginkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hq negeri 😊 yaa saya nyatakan juga tempat di mana yg saya nak intern. Mana2 tempat nak intern kalau nak apply , kena juga bagi tahu nak cawangan mana supaya memudahkan dan mempercepatkan urusan 😊

      Delete
  12. Assalam hi nak tanya. kat cover letter awak letak alamat kwsp hq atau alamat branch ye?

    ReplyDelete