Assalamualaikum semua.

Sebelum ni saya ada cerita yang saya ada mohon dekat KWSP untuk latihan industri. Tetapi tak ada rezeki saya nak latihan Industri di sana. Lagipun, saya tak apply cuma di satu tempat sahaja. Saya apply banyak tempat lagi. Ada yang saya call dahulu, baru hantar emel. Dan ada yang saya hantar terus ja emel. Contohnya yang saya emel terus ialah PERKESO. 

 

Emel: praktikum@perkeso.gov.my

Telefon: 03-42645043


Alhamdulillah, tak lama lepas saya hantar permohonan melalui emel tu, terus ada balasan dari pihak PERKESO. Selepas sejam ya kena balas oleh pihak PERKESO. Saya tak sangka betul dapat balasan secepat itu. Time tu saya betul-betul gembira dan sangat berterima kasih dekat kawan saya yang bagi info pasal PERKESO. 

Saya memohon penempatan di PERKESO Cawangan Beaufort atau Cawangan Kota Kinabalu. Saya cuma mencuba sahaja letak dua pilihan cawangan. Alhamdulillah dapat dekat Cawangan Beaufort. Paling dekat dengan saya. 

Sebenarnya ada Tiga kali balasan emel dari mereka sebelum kena confirm dapat penempatan di sana. Tapi saya dari awal dah yakin dah dengan emel pertama mereka tu yang saya confirm dah dapat latihan Industri Di PERKESO Cawangan Beaufort hihihihi. 

Balasan emel yang pertama saya dapat satu QR code di mana saya diminta untuk melengkapkan Pendaftaran Praktikum Di PERKESO dan kena bagi borang-borang tertentu kepada mereka. Lepas dah selesai balas balik emel mereka tu, ada lagi balasan emel kedua, iaitu pemberitahuan yang permohonan saya tu sedang diproses. Emel kali kedua ni saya tak balas apa-apa. 

Dua hari selepas itu, saya dapat emel kali Ketiga dari pihak PERKESO dimana saya dah diberikan surat tawaran dan borang jawapan penempatan untuk menjalani latihan Industri di PERKESO seperti gambar di bawah.



Bulan depan dah mula dah latihan Industri. Alhamdulillah. Jadi kepada sesiapa yang masih mencari tempat untuk latihan Industri atau praktikal atau internship, boleh lah cuba di PERKESO. Lepas dah dapat emel kali ketiga baru anda akan dapat tahu elaun nya berapa. 


Related post: Bagaimana Nak Mohon Internship Di Perkeso

Related post: Terpaksa Tolak Tawaran Latihan Industri di PERKESO

Related post: Pengambilan Internship di Tabung Haji

Related post: Tips Nak Isi Buku Log Bila Terpaksa Menjalani Praktikal Dari Rumah (PDR)

Related post: Nak Apply Internship Di Perkeso Ada Interview?


Ramai yang tanya, nak letak nama dan alamat apa dekat surat application yang dari universiti punya.

Saya buat macam ni :

Unit Pengambilan dan Perkhidmatan
Bahagian Sumber Manusia,
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),
Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang,
50538, Kuala Lumpur.


Terima kasih kerana sudi baca.

Have a nice day.