Monday, August 2, 2021

Buat Nota Di Kertas VS Nota Digital



Mana satu cara yang lagi bagus? Buat nota di kertas atau buat nota digital? Jawapan saya, dua-dua bagus. Dari diri kita sendiri ja nak buat nota dengan cara apa pun. Sebab masing-masing ada kebiasaan masing-masing. 

Maksud saya ialah ada sesetengah orang yang memang suka nak buat nota di kertas sebab dah biasa, ada juga sesetengah orang yang tak suka buat nota di kertas sebab rasa tulisan tak cantik dan sebagainya, dan ada juga sesetengah orang yang lebih suka buat nota digital sebab boleh pakai font yang cantik-cantik dan nampak lebih kemas.

Jadi saya sokong kedua-dua cara tu. Hehehe. Nak buat kedua-dua cara tu pun sangat bagus. Buat nota sendiri ni memang digalakkan sebab dapat membantu kita ulang kaji dengan mudah. Buat nota sendiri dapat membantu ingatan kita terhadap sesuatu pelajaran yang kita ulang kaji itu.

Best kan?! Bila kita nak belajar atau ulang kaji, jangan skip untuk buat nota sendiri. Galakkan diri sendiri untuk membuat nota. Kalau guru atau pensyarah tengah mengajar, ambil buku atau kertas, tulis nota berdasarkan apa yang guru atau pensyarah sedang terangkan. 

Jadi saya akan terangkan perbezaan antara dua cara membuat nota (menulis di kertas vs buat nota digital). Teruskan membaca.


BUAT NOTA DI KERTAS VS NOTA DIGITAL

Di bawah ni saya kongsikan kebaikan atau kelebihan atau kenapa kedua-dua cara buat nota (kertas vs digital) ni best. 


1. BUAT NOTA DI KERTAS

Pelajar sekolah memang ramai yang buat nota di kertas. Seperti dalam kelas, guru tengah mengajar, pelajar akan buat nota di buku mereka. Seperti yang kita semua tahu, kebanyakan sekolah melarang pelajar-pelajarnya membawa telefon, laptop, tablet, dan ipad ke sekolah. 

Jadi memang kena tulis nota di kertas ja lah. Namun masih ramai juga yang tak nak buat nota sendiri. Sebab malas, mengantuk dan sebagainya. Tapi jika anda nak dapat keputusan yang terbaik dalam peperiksaan, anda kena elak sikap tu. 

a. Boleh Bantu Hilangkan Rasa Mengantuk Di Kelas

Kalau anda mengantuk semasa guru tengah mengajar, cuba untuk tulis nota. Anda akan rasa lebih mengantuk kalau anda cuma duduk dan dengar apa yang guru anda ajar di depan. 

Jadi apa yang anda boleh buat untuk kurangkan rasa mengantuk? Catat point penting yang guru anda ada sebut. Ia boleh bantu anda hilang mengantuk sikit. Sebab anda menggunakan tenaga untuk menulis nota tu. 

b. Bagus Untuk Mengingat Dengan Mudah

Ada banyak kajian dan artikel mengatakan yang menulis nota di kertas sangat membantu meningkatkan kemampuan otak manusia. Hal ini sangat benar ya.

Bila kita menulis nota di kertas, pemahaman kita pada sesuatu yang kita tulis itu akan lebih baik. Proses penulisan di kertas menggunakan tangan mampu membuatkan otak kita aktif, berfikir, dan menumpukan perhatian pada apa yang kita tulis itu. 

Jadi, bila otak kita aktif, berfikir, dan mampu menumpukan perhatian pada apa yang kita tulis, kita akan lebih mudah untuk ingat. 

c. Membantu Untuk Fokus

Seperti yang kita semua tahu, menulis nota di kertas akan menggunakan tenaga kita, jadi ia membuat kita lebih fokus. Fokus untuk tidak membuat kesalahan seperti salah ejaan dan sebagainya. 

Bila kita mula menulis, kita dapat limitkan gangguan yang ada. Belum pernah lagi saya dengar ada orang yang sedang ulang kaji menulis nota sambil tengok Netflix hahaha. Itu contoh ja ya hehehe. Jadi sebab tu lah membuat nota di kertas ni bagus, kerana sangat membantu kita untuk fokus.

d. Meningkatkan Kreativiti

Bila kita menulis nota tu, perasan tak, kadang-kadang nak tulisan tu kecik, nak besar, nak yang berangkai, nak yang jarak-jarak, dan sebagainya. Ia menimbulkan minat kita nak belajar cara buat tulisan yang cantik-cantik macam tulisan berangkai tu.

Jadi ia merangsang kepada kreativiti diri kita. Nak letak warna-warna, buat petak-petak, bulat-bulat, semua bentuk lah hehehe. Jadi anda dah tahukan sekarang kelebihan membuat nota di kertas. It's great!



2. BUAT NOTA DIGITAL

Untuk pelajar tingkatan 6 dan pelajar di universiti/kampus/kolej/politeknik mesti tak ada masalah nak buat nota dalam kelas dengan laptop, tablet, ipad, atau telefon. 

Tingkatan 6 boleh bawa laptop ke sekolah sebab ada kena buat kerja kursus kan. Jadi boleh ja buat nota di laptop. Best sebenarnya buat nota digital ni.

a. Elak Pembaziran Kertas

Dah namanya nota digital, memang tak pakai kertas langsung. Anda cuma perlukan laptop, tablet, ipad, atau telefon. Pilih antara satu tu yang mana mudah. Kalau anda ada ipad, boleh pakai ipad untuk buat nota digital, atau pun pakai tablet.

Selalunya, kalau pakai tablet atau ipad, kena guna pencil yang stylus tu. Yang boleh drawing di tablet dan ipad. Sebab lagi mudah berbanding dengan menaip macam biasa.

Boleh menulis di tablet/ipad. Boleh edit pakai font yang cantik-cantik, boleh juga cipta font sendiri. Jadi nota tu akan nampak cantik lah.

b. Meningkatkan Kreativiti

Buat nota digital juga dapat meningkatkan kreativiti ya. Kenapa? Sebab buat nota digital ni, anda boleh senang edit, susun, dan atur cantik-cantik dengan kemas nak buat nota macam mana. Boleh letak warna-warna juga. 

Selain warna-warna, boleh letak sticker, gambar, graf, dan sebagainya, dengan mudah sekali. Lagipun dah banyak dah tu video macam mana nak buat nota digital yang cantik di media sosial termasuk facebook, instagram, youtube, pinterest, dan banyak lagi.

Yang belum nampak lagi kekreatifan dalam diri tu, kalau selalu buat nota digital, memang akan nampak lah ada kekreatifan tu hehehe. Kena belajar macam mana nak buat nota digital dengan kreatif, nanti kekreatifan dalam diri tu akan meningkat juga.

c. Mudah Untuk Faham 

Seperti yang saya cakap di atas, bila kita buat nota digital, kita boleh edit nota yang kita buat tu cantik-cantik dan kemas mengikut kreativiti kita. Kalau saya sendiripun memang suka baca nota yang cantik dan kemas. 

Jadi bila nota kita tu nampak cantik dan kemas, kita akan baca dan mudah untuk faham apa yang kita nak belajar. Bila ulang kaji, nak cari topik tertentu tu mudah sangat sebab dah highlight cantik-cantik dah. Ada letak warna-warna lagi.

Tak susah nak cari kalau buat nota digital ni. Senang untuk faham, boleh selalu baca, dan senang cari topik tertentu. Boleh save dalam file (dalam tablet, ipad, laptop, atau telefon), letak nama pada file tu.

d. Nota Tak Akan Hilang

Kadang-kadang yang buat nota di kertas ni mudah hilangkan nota tu. Baru ja semalam buat, tiba-tiba paginya dah tak ada. Tiba-tiba nampak kertas tu dah basah terkena kencing kucing kita. Hahaha. Itu contoh ja ya.

Nampaknya kertas kita tu tak ada jaminan nak selamat. Boleh berlaku kemalangan bila-bila masa, misalnya boleh hilang, boleh basah, boleh terbang ditiup angin, boleh dicuri oleh adik, dan sebagainya, Hahaha itu contoh ja ya hahaha.

Dengan nota digital ni, anda tak perlu risau. Nota yang anda buat dekat tablet atau ipad atau laptop tu, akan selamat selagi anda tak padam hehehe. So, jangan risau kerana nota yang anda buat tu tak akan hilang lagi.



Have a nice day everyone 😊


20 comments:

  1. Prefer nota di kertas daripada digital. Lagi senang nak igt

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun biasa buat nota di kertas ja 😁

      Delete
  2. Lebih suka buat di kertas. Sambil tangan menulis, mata membaca, terus masuk otak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa saya pun rasa macam tu juga sebab tu saya biasa buat nota di kertas, nak buat nota digital tapi tak berapa pandai lagi eheheh

      Delete
  3. Kalau dulu akak suka buat nota kat kertas, sekarang better digital..senang simpan cuma kadang hard disk penuh kan...so mana-mana pun relevan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nota digital ni yang paling best sebab senang simpan <3 saya nak belajar juga buat nota digital lepas ni hehehe nak belajar dari youtube baru senang

      Delete
  4. Saya pun memilih dua dua. Boleh backup salah satu. Ada pros and cons. Cuma lebih feel buat nota kat kertas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa dua-dua pun bagus <3 ada pros dan cons. hehehe saya pun biasa buat nota dekat kertas ja sekarang

      Delete
  5. Mula buat nota digital. Bila nak exam buat nota kertas pulak. And automatik semua masuk kepala. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau buat kedua-dua pun bagus kan sebenarnya <3 hehehe tu lah , saya pun nak belajar buat nota digital lagi lepas ni, dah biasa dengan buat nota dekat kertas.. jadi mcm nak buat nota dengan kedua-duanya sekali ^^

      Delete
  6. Buat nota secara fizikal, jika disimpan lama-lama menjadi nostalgia..

    ReplyDelete
  7. Bercakap tentangg tulisan. Tulisan saya dekat kertas atau digital dua dua buruk! hahahaha

    ReplyDelete
  8. zamn timm mmg nota dalam kertas jer, laptop utk rujuk balik nota pepanjang yg lecturer akan upload kemudian selepas klas..tapi serius selepas kelas klau tgk balik nota yg diconteng tu mesti akan auto ingat balik apa yg kecture mengajar dalam kuliah,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul tu ^^ mudah nak ingat kalau tgok balik nota yang diconteng selepas kelas :)) sangat-sangat membantu nak ingat

      Delete
  9. kalau masa belajar mama lagi suka guna kertas ssebab sambil menulis boleh sambil menghafal

    ReplyDelete
  10. Saya selalu buat nota kat lecture slide je sebab mudah nak study nanti. Btw saya dah follow blog ni :).

    ReplyDelete