Tips Dapat Pointer Tinggi Untuk Ulangan STPM

 
Tips Dapat Pointer Tinggi Untuk Ulangan STPM


Assalamualaikum semua. Jadi hari ni saya nak kongsikan tips bagaimana nak score dan dapatkan pointer yang tinggi untuk ulangan STPM. Ni saya nak kongsikan tips yang saya guna semasa saya masih belajar  di tingkatan 6. 

Untuk pengetahuan anda semua, pointer saya cuma 3.50 ke atas, bukan 4 flat. Kalau dekat universiti, kolej atau politeknik, pointer 3.50 dan ke atas tu dah dekan. Alhamdulillah. Tak nak kah dapat pointer 3.50 dan ke atas? Mesti lah nak kan. Saya yakin semua orang boleh capai kalau benar-benar berusaha.

Tak jadi masalah pun ambil ulangan ni. Tak nampak buruk pun kalau nak ulang subjek peperiksaan. Lagi bagus sebenarnya. Sebab apa? Sebab dapat perbaiki result yang sedia ada. Tapi ramai juga yang tak nak mengulang.

Kenapa? Ada yang tak nak ambil ulangan sebab malas nak belajar lagi benda yang sama di semester seterusnya. Ada juga yang beri alasan tak nak ambil ulangan sebab dah bersyukur sangat dengan result yang sedia ada. Tak dinafikan juga ada yang tak nak ambil ulangan sebab ada masalah kewangan. 

Ya betul memang tak dapat paksa pelajar tu ambil ulangan. Tak baik paksa kalau pelajar tu tak nak. Tetapi selagi boleh dipujuk dan diberikan inisiatif untuk membantu pelajar tu agar mendapat peluang untuk perbaiki keputusan STPM yang sedia ada, memang bagus lah ambil ulangan. 

Saya nasihatkan kalau dapat B, B- dan ke bawah tu, boleh lah ambil ulangan. Kalau ambil ulangan, Insyallah boleh dapat A dalam subjek tu. Dapat C? Haa kena ambil ulangan. Sangat-sangat disyorkan. Kalau C tu dapat diperbaiki pergi ke B/B+/A-/A , sangat bagus macam tu. C- dan ke bawah pun sangat disyorkan ambil ulangan.

Jadi di bawah ni saya senaraikan Tips yang anda boleh pakai untuk dapatkan pointer tinggi pada ulangan STPM. Teruskan membaca.


Tips Dapat Pointer Tinggi Untuk Ulangan STPM

1. Rajin Bertanya

Masih lagi malu nak bertanya? Kenapa nak malu dalam menuntut ilmu? Saya percaya anda tentu masih ada yang kurang paham dan ada yang tak tahu dengan sesetengah bab atau pembelajaran yang diajar oleh guru. 

Bila dah buat keputusan nak ambil ulangan, anda pasti dah tahu bab atau bahagian mana yang anda ada masalah atau kurang paham. Guru-guru pun sangat mengalu-alukan pelajarnya bertanya jika tak paham. Jadi bertanya lah untuk mudah paham dan tahu. 

Kalau anda masih takut atau malu nak bertanya dengan guru, anda boleh bertanya dan minta tunjuk ajar dengan kawan-kawan yang tahu dan pandai bab tu. Boleh belajar bersama-sama. Jadi, anda kena tanya kawan kalau malu nak tanya dekat guru. 

Kalau malu juga nak tanya dekat kawan macam mana? Jangan lah macam tu. Mesti pernah dengarkan peribahasa "malu bertanya, sesat jalan". Buang malu tu. Pada pendapat saya, antara guru dan kawan, saya sangat syorkan anda bertanya lah dekat guru. Sebab guru anda tahu nak mula dari mana dan tahu macam mana nak buatkan anda paham. Guru tak akan biarkan pelajar nya tak pandai. 


2. Buat Nota Sendiri

Kalau saya sendiri, saya selalu buat nota bila belajar. Saya menulis ya, tak buat nota secara digital. Sekarang kan dah canggih, ramai yang dah ada laptop sendiri dan tablet atau ipad sendiri. Apps untuk buat nota digital pun dah banyak. 




Anda boleh ja buat nota digital kalau nak semasa belajar. Tapi saya sangat syorkan kalau boleh buat nota tu dengan menulis. Sebab menulis selalunya boleh membantu kita mudah mengingat akan sesuatu yang kita nak ingat dan tahu. 

Saya, bila belajar sendiri dekat rumah, saya suka buat nota dengan menulis walaupun saya memang ada laptop dan tablet sendiri. Sangat membantu saya mengingat ya. Dan saya juga selalu tulis nota yang sama sampai 2-3 kali. 

Sejujurnya, saya tak pandai buat nota cantik-cantik. Saya pernah nak buat satu buku nota yang cantik dengan tulisan saya sendiri, tapi tulisan dan mood saya tak membantu hehehe. Tulisan saya tu bersambung-sambung jadi kalau nak baca balik apa saya tulis tu pun kadang-kadang saya tak baca balik sebab tulisan tak cantik ehehehe. 

Sebab tu saya selalu tulis nota sampai 2-3 kali. Kadang-kadang saya baca, dan kadang-kadang tak baca balik. Tapi buku nota yang saya beli dekat kedai dan dari cikgu saya akan baca lah.  Sebab tak pakai tulisan saya hehehe. 

Saya ingat sampai sekarang cikgu ekonomi saya pernah cakap dekat saya dan kawan-kawan dalam kelas ekonomi, selalunya orang yang pandai, bukunya tak akan dibiarkan bersih tanpa contengan nota-nota. 

Buku nota yang kita beli mahal-mahal di kedai buku sampai ada yang nak dekat rm50 tu, tak salah pun kalau kita buat nota-nota sikit dalam tu. Buku kita kan. Sambil guru menerangkan, sambil tu boleh tulis nota penting dari penerangan guru anda yang mungkin tak ada dalam buku nota tu. 

Pakai pensel kalau nak senang padam. Jadi nanti bila kita nak ulang kaji, kita dapat info banyak dan mudah nak faham apa yang guru terangkan dalam kelas dengan apa yang ada dalam buku nota/teks kita tu. 


3. Hafal Fakta dan Huraian

Saya selalu buat benda ni. Saya percaya anda pun sama. Hafal fakta dan huraian untuk senang jawab dalam kertas peperiksaan. Setahu saya, jawapan yang diperiksa oleh pemeriksa peperiksaan, jawapan nya mesti hampir atau tepat dengan kertas jawapan sebenar. 

Saya ada ambil ulangan kertas geografi semester 1. Semester satu saya memang tak berapa nak paham apa yang nak kena jawab dalam kertas soalan dan ada yang saya tak ingat langsung apa gambar rajah dalam kertas soalan tu padahal dah belajar dalam kelas.

Nak atasi masalah lupa tu, saya mula dengan menghafal banyak proses-proses, nama-nama, dan sebagainya. Contoh, mula-mula saya tak tahu nak jawab berkaitan peredaran bumi dan kesan-kesannya. 

Kan ada tarikh yang berbeza untuk empat musim tu. Jadi saya kena hafal juga fakta dan info nya. Setelah itu, baru saya akan mudah faham dan boleh terangkan apa jadi dengan kesan peredaran bumi, misalnya perbezaan siang dan malam, kejadian gerhana, dan banyak lagi.

Fakta kena hafal dan ingat. Selepas tu baru lah mudah nak paham apa yang jadi pada sesuatu kejadian itu. Saya rasa semua subjek kena pakai "hafal dan ingat" ni. Macam subjek ekonomi, kena hafal formula dan rumusnya walaupun memang ada kena beri semasa peperiksaan, sebab kita kena tahu di soalan apa yang sesuai kita guna formula atau rumus tu. Sejarah lagi lah nak kena hafal tokoh-tokoh penting tu.

Hafal pelan-pelan. Anda kena percaya dengan kemampuan anda. Anda boleh target bahagian mana atau bab apa yang anda nak kuasai terlebih dahulu. Saya nasihatkan agar anda jangan terlalu bergantung dengan soalan ramalan, tapi cubalah untuk bersedia semampu yang boleh untuk pastikan tiada jawapan kosong dalam kertas peperiksaan anda nanti. 


4. Jawab Soalan Dari Tahun-Tahun Lepas Dan Soalan Ramalan

Yang ni sangat-sangat membantu nak dapatkan pointer tinggi untuk ulangan STPM. Jawab soalan-soalan tahun lepas boleh buat anda ingat nak letak jawapan apa. Soalannya pun anda sendiri boleh nampak macam mana soalan yang diberi dan apa jawapan yang sepatutnya untuk soalan tersebut. 

Soalan ramalan pun banyak. Boleh jawab. Apa yang paling penting ialah anda kena tahu struktur soalan tu semua. Soalan banyak yang tricky. Kena paham soalan dahulu baru dapat jawab dengan betul.

Saya nak kongsikan cara yang cikgu geografi saya pernah ajar. Tapi saya rasa sekolah lain pun pakai juga cara ni hehehe. Mula-mula kami diberi satu set soalan untuk dijawab ikut masa yang diberi. Sebelum nak jawab tu, cikgu kami bagi kami set jawapan untuk set soalan tu. 

Bukan nak suruh kami meniru ya hehehe. Cikgu geografi kami suruh kami hafal semua jawapan dalam set jawapan tu untuk 10-15 minit macam tu. Kan banyak soalan dalam satu set tu. Jadi saya kena lah hafal keyword dan point penting dalam set jawapan tu. Kena ingat juga urutan huraiannya. 

Memang tak dapat hafal kesemua jawapan tu. Dapat hafal keyword dan point penting tu pun dah cukup. Bila dah habis masa hafal jawapan. Set jawapan kena ambil balik. Tapi semestinyalah cikgu kami akan pastikan tak ada yang salin jawapan tu di mana-mana. 

Jadi cara tu lah yang kami guna dari semester 1 sampai semester akhir. Memang membantu sangat. Dalam kelas ekonomi pun cikgu saya buat cara macam tu juga. Jadi itu lah apa yang saya dan kawan-kawan saya buat kalau nak ulang kaji. Hafal jawapan pastu jawab soalan. 

Ia sangat membantu kita mengingat jawapan dengan mudah, Lebih-lebih lagi bila kita balik-balik dapat struktur soalan yang berbeza tapi jawapan yang sama, kita mudah nak jawab soalan tu dengan betul dan tepat. 



Saya harap tips di atas dapat membantu adik-adik yang sedang belajar di tingkatan 6 agar memperolehi pointer tinggi untuk ulangan STPM. 


Have a nice day everyone 😊

Post a Comment

2 Comments

  1. Sy pernah repeat paper utk subjek ekonomi.. Syukur ada peningkatan juga.. ❤️ Nice tips,, rindu belajar form 6

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la , saya pun rindu belajar form 6 ;))

      Delete