SUPRISE GIVEAWAY BY AIENIENKA

 


Assalamualaikum semua.

Giveaway kedua saya join untuk bulan September ni 😍 Tengah free sebab tu lah saya nak join sangat giveaway-giveaway ni. Di mana at the same time, boleh lah saya blogwalking blogger-blogger lain ehehehe. 

Salah satu syarat untuk join giveaway ni ialah ceritakan pasal best surprise yang saya pernah dapat sebelum ni.

Here we go. Actually saya tak tahu nak pilih personal story yang mana untuk saya kongsikan hahaha sebab yang lain tu buat saya segan nak cerita hahaha. Tapi ada satu ni saya nak bagitahu yang saya rasa paling best surprise lah walaupun bunyinya macam agak sendu, boring dan clishe.

Di usia saya sekarang, saya rasa macam dah ada beberapa yang saya dah achieve, tapi ada banyak lagi belum lah. Saya jenis yang selalu ikut apa pilihan kawan. Kalau kawan pilih itu, saya pun ikut. Macam tak ada pendirian sendiri hahahaha. 

Tapi start ja form 6, saya cuba untuk ikut kehendak diri saya sendiri. Saya jadi satu-satunya pelajar perempuan yang ambil subjek ekonomi dalam  tingkatan 6 tu, ada selebih nya pelajar lelaki. Bayangkan, saya dah hampir terpujuk dah oleh kawan lain yang cakap subjek ekonomi tu susah. Tapi saya cakap dekat diri saya yang saya pasti boleh, tak susah pun lah, saya mesti boleh.

Guess what. My final result of stpm gave me a best surpriseNot only that, I managed to survive until my degree and was able to achieve what I have now. Dan yang paling best surprise nya lagi ialah bila saya dah dapat self-spend with my own money, tanpa pakai duit mama dan baba dah. 

Pada pendapat saya, best surprise ni bukan sahaja seperti dapat hadiah dari someone, tapi pencapaian diri kita di mana kita sendiri pun tak sangka yang kita akan dapat benda tu. Happy nya tu macam kita pun tak percaya; Eh betul kah ni apa yang berlaku?; Ini semua usaha aku kah?

Jadi hehehe, ini lah cerita saya. Best surprise saya. Hehehehe. Saya tak pasti lagi lepas ni apa lagi pencapaian yang saya akan dapat. Jadi saya harap saya tak berhenti belajar dan berusaha. Saya dah cuba kerja freelance, dah cuba berblog, dah cuba jalankan bisnes, dah cuba buat pelaburan, dan sekarang tengah usaha nak buat simpanan duit hahahaha. Saya ni kalau dah ada duit beratus di bank, haa memang balik-balik lah buka shopee dan scroll-scroll shop di ig , aduhhhhhh. Harap-harap lah saya dapat kurangkannya hahaha.

Tak sabar nak tunggu best surprise yang seterusnya hehehehe. Itu sahaja perkongsian best surprise saya untuk memenuhi syarat giveaway ni hehehe. Panjang juga saya taip. Tapi bagus jugalah, bila banyak perkataan untuk entri blog ni lagi bagus kan hehehehe.

Aduu segannya mau publish hahaha, lucu pula cerita saya ni macam saya mintapuji betul hahaha. 

*mintapuji maksudnya macam mengada-ngada gitu, bahasa sabah hahaha

Have a nice day 😍

Post a Comment

27 Comments

  1. Menarik. Selamat bersegmen dan semoga berjaya :)

    ReplyDelete
  2. Fuh,, masa muda remaja paling best bila kita dapat belanja without guna duit ibu bapa. Paling best lagi bila dapat belanja dorang dengan duit kita. Kan? nikmat tu..

    And the best suprise untuk diri sendiri you amek bidang yang luar jangka.. and you did it! Fuh, best suprise ever!! Congratz!

    All the best for the GA. :)

    ReplyDelete
  3. All the best dan selamat bersegmen... you did it! All the best surprises are indeed kenangan yang amat bernilai kan.... jemputlah ke teratak makcik ya... https://weolls.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Selamat bersegmen dan all the best

    ReplyDelete
  5. Singgah dari GA yg sama. All the best ☺️

    ReplyDelete
  6. Salam Ziarah..saya follow blog anda..

    ReplyDelete
  7. salam kenal ;) sy singgah dan follow sini.. all the best!

    ReplyDelete
  8. all the best...membalas kunjungan disini...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. So happy for you. Dapat surprisekan diri sendiri ni another level punya surprise. Kita merancang Allah menentukan. Termotivasinya baca entry ni. Semoga makin maju jaya dan mendapat keberkatan Allah

    Blogwalking dari GA yang sama . Semoga ada rezeki :D

    https://theathra.blogspot.com/2021/09/suprise-giveaway-by-aienienka.html

    ReplyDelete
  10. Happy for you. Best baca cerita u. All the best 🤗

    ReplyDelete
  11. Wah tahniah, anda ada ciri-ciri seorang yang bertanggungjawab. Simpanan sendiri ni sebenarnya mudah dengan mencuba untuk menyimpan baru berbelanja.

    ReplyDelete
  12. Salam singgah daripada giveaway yang sama, best of luck to you.. Semoga ada rezeki.. Mesti rasa seronok kan dapat manage kehidupan di usia yang muda dan itulah pengalaman yang mematangkan kita...

    https://www.shikinrazali.com/2021/09/suprise-giveaway-by-aienienka.html

    ReplyDelete