Friday, September 17, 2021

Cara Nak Dapatkan Salinan Sijil SPM Yang Hilang



Sijil SPM hilang? Macam mana nak dapatkan balik sijil SPM yang hilang? Apa perlu dibuat jika sijil SPM hilang? Aduh susah juga macam ni kan, sudahlah sijil SPM tu penting. Lebih-lebih lagi untuk lengkapkan resume kalau ada interview nanti. 

Saya pada mulanya tak tahu sijil SPM yang hilang boleh dapat balik dengan cara memohon salinan keputusan peperiksaan SPM secara online. Senang sebenarnya proses nak memohon sijil SPM secara onlline tu.

Sijil SPM original saya hilang. Jadi saya pun mohon lah salinan sijil SPM secara online. Malas nak keluar jadi saya pilih penghantaran sijil melalui pos iaitu POSLAJU ja. Senang betul.  Berikut adalah cara mendapatkan sijil SPM secara online dengan mudah.



Cara mendapatkan sijil SPM yang hilang :

1. Klik Sini untuk ke portal e-Lembaga Peperiksaaan. Korang akan nampak paparannya seperti gambar Nombor 1 di bawah. Awak kena daftar dahulu. Tekan Daftar Akaun. Anda akan nampak paparan seperti gambar Nombor 2di bawah. Isi maklumat anda di dalam borang tersebut.

Mohon salinan sijil spm yang hilang



2. Bila dah siap daftar, sila login semula. Masukkan emel dan password yang anda daftarkan. Kemudian, tekan Salinan Keputusan seperti gambar Nombor 2 di bawah ni.

Mohon salinan sijil spm yang hilang


3. Klik butang tambah di atas sebelah kanan tu.

Mohon salinan sijil spm yang hilang


4. Selepas itu, pilih Jenis PeperiksaanMemandangkan sijil SPM yang hilang, jadi boleh tekan SPM. Kalau sijil-sijil lain juga hilang, boleh pilih juga mana-mana yang korang nak. 

Mohon salinan sijil spm yang hilang




5. Tekan Tahun Peperiksaan. 

Mohon salinan sijil spm yang hilang



6. Lepas tu isi borang permohonan yang perlu diisi iaitu No Telefon, Emel, Alamat, Poskod, Bandar, dan Negeri. Pastikan semua maklumat ada betul ya. Buat double check.

Mohon salinan sijil spm yang hilang


7. Lepas tu, korang pilih lah nak berapa salinan korang nak minta. Satu salinan dicaj RM30. Jadi kalau korang nak 2 salinan, akan dicaj RM60 lah. Korang pilih pula nak macam mana penghantaran salinan sijil tu dibuat. Nak Ambil Sendiri atau POSLAJU ja. Kalau pilih POSLAJU, akan ada caj tambahan lagi iaitu RM10.

Mohon salinan sijil spm yang hilang



9. Selepas tu, korang jangan lupa tick pengesahan dan perakuan pemohon tu. Okay, dah tick, boleh tekan MOHON.




10. Tekan Salinan Keputusan SPM. Anda akan nampak paparan baru seperti di bawah. Klik Bayaran Sekarang untuk membuat pembayaran segera.

Mohon salinan sijil spm yang hilang



11. Buat pembayaran melalui online banking. Ada caj tambahan lagi 50 sen. Korang pilih lah nak pakai bank apa. Selepas dah bayar, korang tinggal tunggu ja salinan sijil keputusan peperiksaan korang sampai dekat korang.

Mohon salinan sijil spm yang hilang



INFO TAMBAHAN

Menurut e-Lembaga Peperiksaan, tempoh pengeluaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan bagi permohonan di kaunter LP adalah seperti berikut.

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 – satu (1) jam.
  2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 – tujuh (7) hari bekerja.
  3. Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 – satu (1) jam.
  4. Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 – tujuh (7) hari bekerja.
  5. Lain-lain peperiksaan (STAM, SPMU, MPV, SPMV, SPVM, SVM, MCE, SPDM, SRP, LCE, MPAV, DLL) – tujuh (7) hari bekerja.

8 comments:

  1. tak ambil pun lagi..dah lebih 29 tahun berlalu

    ReplyDelete
  2. Haah boleh apply kan kalau hilang ke apa. Senang dah skrg ni

    ReplyDelete
  3. sangat berguna entry ne. ramai org kehilangan sijil spm dah boleh dapatkan semula. kawan eca hilang transkrip universiti. tu camnala nak dpt. member nak smbg master pun brfikir tau

    ReplyDelete
  4. wow baru mama tau. tq for sharing

    ReplyDelete
  5. Baru sekarang tahu boleh dapat balik, thanks for sharing!

    ReplyDelete