Saturday, November 13, 2021

7 Perkara Penting Yang Perlu Ada Dalam Resume

 



Bagaimana nak buat Resume yang mantap? Sebelum nak buat Resume yang mantap, anda kena tahu apa yang perlu ada dalam Resume. Kena tahu apa perkara-perkara penting yang perlu diletak dalam Resume. Resume perlulah jelas, lengkap, dan tak panjang berjela-jela.


7 PERKARA PENTING YANG PERLU ADA DALAM RESUME











1. Maklumat Peribadi
Perkara pertama yang paling utama kena ada dalam Resume ialah maklumat peribadi. Sangat penting untuk anda letak maklumat peribadi di bahagian atas, bukannya di bahagian bawah. Sebab bakal majikan anda nak tengok maklumat peribadi awak dahulu mula-mula. Ini adalah perkara penting yang perlu ada dalam Resume korang.

Jaadi sangat penting untuk anda letak maklumat peribadi di bahagian atas. Maklumat peribadi ini merangkumi Nama, Nombor Telefon, Emel, dan Alamat. Letak nama penuh kalau boleh. Nombor telefon dan emel anda kena pastikan ia adalah nombor telefon dan emel yang anda masih gunakan. 

Manakala alamat pula, tak perlu pun nak letak alamat penuh siap ada nombor rumah, nama simpang, nama jalan segala tu. Cukup nama kampung atau daerah dan negeri. Simple dan jelas. 

Objektif kerjaya kalau ada dalam Resume pun sangat bagus ye. Selain daripada objektif kerja, anda juga boleh gantikan dengan "Profile Statement" atau "Summary". Ia adalah ringkasan mengenai anda, kelebihan anda dan apa yang anda boleh tawarkan pada syarikat. 


2. Pendidikan
Perkara kedua yang kena ada dalam Resume ialah Pendidikan anda. Sangat bagus kalau anda susun maklumat pendidikan anda bermula dari yang "latest" dahulu, kemudian baru yang lama. Dan, kalau boleh, cukup maklumat pendidikan 5 tahun terkini sahaja yang anda letak dalam Resume.

Tapi kalau anda dah lama dah belajar sebab dah lama bekerja dan sedang mencari pekerjaan yang baru, anda boleh letak 2 maklumat pendidikan seperti ijazah, diploma, STPM, atau SPM. Kalau anda cuma belajar sampai SPM sahaja, anda boleh letak maklumat SPM sahaja pun tak ada masalah, atau nak tambah maklumat PMR/PT3 pun boleh. 

Tapi tak perlulah nak tambah maklumat pendidikan anda semasa sekolah rendah iaitu UPSR. Maklumat pendidikan iaitu UPSR adalah tak relevan untuk mohon kerja. Jadi korang boleh buang maklumat pendidikan UPSR anda kalau masih ada dalam Resume tu sekarang.


3. Kemahiran
Haa ini bab paling penting dalam Resume. Bakal majikan yang nak ambil pekerja, mereka akan cari kemahiran yang mereka nak ada pada pekerja mereka. Jadi sangatlah penting untuk anda buat research dahulu kemahiran apa yang sesuai untuk pekerjaan yang ditawarkan itu. 

Anda tak boleh tipu kemahiran ye. Tak baik tipu kemahiran. Anda kena pastikan yang kemahiran tu memang ada pada anda. Kalau tak ada, anda kenalah belajar dahulu kemahiran tersebut. 

Kemahiran ini merangkumi kemahiran teknikal seperti kemahiran guna software, contohnya Microsoft Office (Word, PowerPoint, Excel, dll), dan soft skills. Contoh soft skills ialah komunikasi, penyelesaian masalah, pengurusan masa, dan lain-lain. 


4. Bahasa
Anda boleh letak bahasa apa yang ada kuasai selain daripada Bahasa Melayu. Contohnya, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazan Dusun, Bahasa Korea, dan lain-lain. 

Bahasa-bahasa yang anda kuasai ini anda boleh letak tahap penguasaan anda, seperti professional, mahir, sederhana, atau asas. 


5. Pengalaman Bekerja
Ini adalah perkara penting juga yang perlu ada dalam Resume anda. Sama juga seperti maklumat pendidikan, anda kena susun bermula dari yang "latest", kemudian yang lama. Jadi senang bakal majikan anda nampak apa kerja anda sebelum ini. 

Lebih-lebih lagi kalau mereka dapat 100 lebih Resume, dan cuma ada masa beberapa saat ja untuk tengok Resume anda. Kalau anda letak pekerjaan anda yang "latest" di turutan paling akhir, mesti sukar mereka nak tengok kan. Jadi, adalah lebih baik kalau anda letak maklumat pekerjaan yang "latest" pada turutan pertama.

Apa yang perlu anda letak pada maklumat pendidikan? Okay, anda letak apa jawatan anda dan nama syarikat yang anda bekerja. Letak tarikh bila anda mula dan bila anda berhenti. Jika anda masih bekerja di syarikat tersebut maka letak sahaja "kini" atau "present". 

Jangan lupa letak apa tugas dan tanggungjawab anda semasa memegang jawatan itu.  Sebenarnya kalau anda masukkan result dalam deskripsi kerja anda, ia nampak lebih bagus. 

Bagi yang tak ada pengalaman bekerja langsung, terutamanya fresh graduate, jangan risau sebab tak ada pengalaman bekerja. Anda boleh gantikan pengalaman bekerja dengan pengalaman kepimpinan atau "leadership experiences". Kalau korang ada jawatan dalam apa-apa kelab semasa di universiti yang berkaitan dengan leadership, anda boleh letak sebagai ganti pengalaman bekerja.


6. Penglibatan Dalam Komuniti/Aktiviti Kokurikulum
Untuk fresh gradute, perkara ini sangat penting dan perlu ada dalam Resume kalau nak Resume anda mantap. Kadang-kadang ada majikan yang nak pilih pekerja yang banyak ikut sukarelawan, jadi kalau anda pernah, ia adalah bonus buat anda.

Kalau tak pernah sertai sukarelawan, anda boleh gantikan dengan aktiviti kokurikulum. Apa yang anda ada ikut semasa di sekolah atau di universiti. Apa jawatan dan pencapaian anda. Sila nyatakan dalam Resume.


8. Rujukan
Kita dah sampai di perkara yang terakhir. Perkara ini juga penting ye. Rujukan ni penting sebab boleh buktikan yang maklumat seperti pengalaman bekerja kita tu betul dan bukan rekaan. Rujukan ni paling maximum korang boleh letak 2-3 sahaja dalam Resume. 

Letak Nama, jawatan mereka,dari  syarikat mana, dan nombor telefon atau emel mereka. Peringatan ! Jangan letak adik-beradik, ibu bapa, kawan, atau saudara-mara jadi rujukan. Anda cuma boleh letak maklumat bekas majikan anda sahaja di bahagian Rujukan.



No comments:

Post a Comment