Sunday, January 23, 2022

PERKESO ADA ELAUN ATAU TAK ?


 

Tahun lalu saya ada kongsikan mengenai pengalaman saya dapat tawaran intern di perkeso. Ramai sangat pertanyaan yang ditanya, dan ada juga yang emel saya. Terima kasih kepada yang sudi emel saya untuk bertanyakan terus mengenainya.

Jujur saya beritahu, saya dapat lebih dari 100 emel yang bertanyakan soal internship 😅 Alhamdulillah, ada manfaat juga saya kongsikan bagaimana saya apply internship di perkeso, tabung haji, dan kwsp.

Saya pilih satu pertanyaan yang ramai sangat tanya dan nak tahu. Jadi korang kena take note ya hihi.


"Perkeso ada elaun atau tak?"

Jawapan nya Ya. Ada elaun untuk pelajar yang apply internship di Perkeso. Saya tak tahu lah ada perubahan atau tak, tapi elaun yang ditawarkan kepada saya pada tahun lalu, 2021, berjumlah RM45 sehari. 

Tetapi . Ya ada tetapi nya hihihi. Perkeso ada quota. Quota apa pula? Perkeso ada quota berapa orang pelajar yang mereka akan terima untuk intern di tempat/cawangan yang pelajar nak dan akan dapat elaun

Bila quota penuh, Perkeso masih boleh terima permohonan pelajar, tetapi tak ada elaun untuk pelajar tersebut. Nanti Perkeso akan bagitahu juga tu bila quota penuh. Korang akan diberi pilihan sama ada nak terima tawaran intern tapi tanpa elaun atau tolak tawaran.

Sebab tu saya galakkan korang semua kalau nak apply intern mesti awal-awal lah. Lebih baik lagi kalau 3 bulan lebih awal. Jadi tak lah pening-pening nak cari tempat intern di last-last minit. Tinggal buat persiapan sahaja.




4 comments:

  1. Wow, best dpt elaun.. Sis praktikal dlu yilek. Haha

    ReplyDelete
  2. Hi, maaf nak tanya. Saya nak tanya, berapa minggu yaa lepas praktikal yaa dapat elaun tu? Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi , yang tu saya tak sure. Saya rasa awak kena tanya dengan work supervisor awak juga mengenai hal tu :)

      Delete