Tuesday, November 2, 2021

Pengalaman Internship Di Pejabat Pendidikan

 

Assalamualaikum semua. 

Sebelum ini saya ada kongsikan bagaimana saya boleh dapat intern di Pejabat Pendidikan Daerah di tempat saya, sekarang saya nak kongsikan pengalaman sepanjang saya menjalani internship di Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort.


Cerita pasal pengalaman ni, memang ada pahit dan manisnya huhuhu. Pada bulan pertama intern, saya banyak kali dijadualkan untuk Praktikum Dari Rumah atau Bekerja Dari Rumah (BDR) atau Work From Home (WFH). Banyak "atau" nya hahaha.

Saya ada tiga kali dapat "seminggu (5 hari) menjalani Praktikum Dari Rumah". Berturut-turut yaa harinya seminggu terus saya tak dapat ke pejabat. Haa time ni yang memang buat saya pening sebab tak tahu nak letak apa dalam logbook hahaha.

Tapikan ada trik dia hahaha. Saya kumpul tugas-tugas yang saya buat time saya dijadualkan kerja di pejabat, jadi bila saya diberikan Praktikum Dari Rumah, saya letak tugas-tugas yang saya buat semasa di pejabat untuk laporan pada hari-hari saya WFH tu.


Jujur saya cakap, work environment di tempat intern saya tu sangat bagus. Okay done promote PPD Beaufort hahaha tidak bah. Tapi betul lah, staf di PPD Beaufort tu pun ramai sangat yang baik dan ramah. 

Kami yang pelajar praktikum ni dah dilayan macam anak akak (staf-staf) yang di sektor pengurusan tu hehehe. Awal-awal tu dah dibagitahu, tak ada kantin musim sekarang ni jadi kalau nak makan kena bawa bekal sendiri atau order makanan dari food panda. 

Saya time first day tu bawa bekal tapi langsung tak terusik hahaha. Akak di sektor pengurusan tu bawa saya dan pelajar praktikum lain makan sekali di pantri. Baiknya mereka. Saya doakan semoga akak-akan di sektor pengurusan di PPD Beaufort tu dimurahkan rezeki selalu 💝

Start dari tu, saya tak nak bawa bekal hahaha. Kadang-kadang order food panda juga lah. Pernah juga saya dan pelajar praktikum lain dibawa makan ke restoran. Aduhh sedapnya makanan di restoran tu. 

Cerita pasal job scope pula, saya punya job scope adalah pelbagai hahaha. Kenapa pelbagai? Sebab saya diberikan pusingan kerja, di mana saya akan masuk di setiap unit di Pejabat Pendidikan Daerah tu dan akan bekerja dengan semua sektor.

Kenapa pilih job scope tu? Actually, saya tak pilih. Itu adalah keputusan dari organisasi tu sendiri. Kita kena terima apa job scope yang diberikan oleh organisasi tu sebab itu keputusan yang dibuat oleh mereka. Saya rasa kalau nak minta tolong lecturer untuk ubah job scope tu pun rasanya tak dapat kot. 

Semua keputusan yang dibuat oleh organisasi kenalah diterima dengan hati yang terbuka. Haa cenggitu hehehe. Tak boleh langsung nak paksa organisasi tu untuk ikut dengan pilihan dari kita. Kita yang kena ikut pilihan mereka. Itu yang saya tahu lah.

Di PPD Beaufort, tugasan yang paling lama dan sukar sedikit  yang saya buat ialah di mana saya membantu pegawai dari sektor pembangunan murid mengurus pertandingan sukan kemahiran MSSD, dan  MSS Sabah. 

Kena minta buatkan dashboard untuk sukan tu, kena berurusan dengan cikgu-cikgu yang menjadi PT setiap sukan, kumpul data peserta, dan banyak lagi. Semasa berurusan dengan cikgu-cikgu PT tu, saya sampai dipanggil Puan oleh mereka hahaha. Tapi tak apa, mereka pun tak berapa kenal saya, lagipun itu kan memang panggilan formal hehehehe.

Ada yang tanya saya, ada elaun tak intern di Pejabat Pendidikan Daerah? Tak ada huhuhu. Tapi saya dengar, sepatutnya organisasi kerajaan kena bagi dah sekarang ni. Macam MARA di tempat saya sini, dah start bagi elaun. MUIS pun dah ada bagi. 

Tapi saya tak tahu lah kenapa tempat saya tak ada. Saya rasa sebab pengurusan di setiap organisasi kan memang tak sama. Jadi tak boleh lah nak samakan dengan organisasi lain. Lagipun, saya tak dapat elaun pun tak apa, yang penting banyak benda yang saya belajar dan pengalaman yang saya dapat.

Lebih-lebih lagi dilayan dengan sangat baik sekali oleh staf-staf di sini. Rasa bersyukur sangat dah. Alhamdulillah. Dapat good work environment pun rezeki dah tu buat saya. Sebab saya tahu, ada orang yang tak dapat macam yang saya dapat. Jadi saya bersyukur lah.

Di hari perpisahan kami pelajar praktikum, kami dibuatkan majlis dengan makanan yang banyak wahhh hahahaha. Pelbagai betul jenis makanan kena hidang. Kami juga kena bagi hadiah tau setiap seorang. Kami pelajar praktikum yang perempuan ni semua dapat bag. 

Saya dapat bagpack yang cantik. Yang lain ada yang dapat handbag, wallet, dan tudung. Yang lelaki pula dapat belt. Selain tu, kami juga dapat mask, sanitizer, wet tissue hehehe. 

Saya sangat berterima kasih kepada semua kakitangan di PPD Beaufort tu atas penerimaan, tunjuk ajar, dan layanan yang baik buat saya sepanjang saya intern di sana. Terima kasih juga kepada kawan-kawan baru saya kenal yang sama-sama juga intern dengan saya di sana. Wahh pengalaman internship ni akan saya ingat sampai bila-bila 😍😍.

Pada pendapat saya, intern di Pejabat Pendidikan Daerah ni senang sangat nak dapat hahaha. Just in case korang tak dapat tempat intern lagi, cuba lah di Pejabat Pendidikan. Done promote Pejabat Pendidikan lagi hahahahaha. 



8 comments:

  1. Yang paling penting ada work environment yang baik kan. Baru rasa seronok pergi kerja.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. seronok dpt merasa suasana keje yg best..
    baik layanan mereka kat awk.. rezeki tu..
    bab makan tu yg best.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe yaaa, sampai naik berat badan saya semenjak intern di sana hahaha

      Delete
  3. rindu zaman praktikal dedulu. Paling best praktikal dekat ladang. Hi3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenangan praktikal ni memang susah nak lupakan kan hihihi

      Delete
  4. waktu internlah kita nak rasa masuk semua department.. dulu ammi intern di satu developer company yg juga uruskan management building (shopping mall)..plg best bila dpt kerja di bahagian collection. kerja round mall je sambil remind tenant tentang hutang. rasa macam ah long gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh bestnyaaa hahaha round2 mall , sambil boleh cuci mata lgi tengok kedai-kedai dalam tu kan kikikiki

      Delete