HATI-HATI DENGAN IKLAN KERJA ONLINE YANG MENAWARKAN GAJI LUMAYAN

 


Kita kena hati-hati dengan iklan kerja online yang menawarkan gaji lumayan sekarang ni. 

Sekarang ni dah banyak iklan kerja dalam Facebook yang kononnya memerlukan bekerja dari rumah sahaja tapi boleh mendapat gaji sehingga RM100-300 sehari. Di Instagram pun ada, selalu muncul iklan-iklan tu bila saya nak tengok story IG orang.

Iklan tu kononnya lagi tak memerlukan apa-apa kelayakan, yang penting mesti berumur 18 tahun dan ke atas. Kerja lebih masa boleh dapat komisen tinggi katanya. 

Sejujurnya, saya ada try juga nak apply kerja tu. Jadi saya tekan lah link yang mereka bagi dekat iklan. Ada dua iklan kerja dengan jawatan yang berbeza saya nak apply kononnya. 

Satu tu jawatan online shop assistant, yang satu tu lagi jawatannya marketing assistant. Cuba tengok ni message dari dua iklan kerja yang berbeza.


Kerja online di facebook scam


Macam sama kan? Saya terkejut juga mula-mula hahaha. Yalah kan iklan yang berbeza, jadi saya fikir ni mesti company yang berbeza juga. Jawatan yang mereka offer pun berbeza, tapi message yang mereka reply ni macam lebih kurang sama.

Memandangkan kerjanya sama, jadi saya reply sorang ja lah. Tengok dekat bawah ni apa orang tu reply lagi dekat saya. 


Kerja online di facebook scam


Nampak tak tuh? Kalau saya nak kerja dengan mereka, saya kena pakai duit saya sendiri dengan membeli barang pastu baru saya dapat komisen. 10% komisen untuk setiap barang yang saya beli kononnya lah. 

Kalau korang google, macam mana nak tahu kerja tu scam or not, salah satu cirinya ialah bila kita bekerja dengan mereka, mereka nak kita yang bayar mereka pulak. Padahal, sepatutnya mereka yang kena bayar kita. Sebab kita bekerja dengan mereka. 

Kenapa kita yang kena bayar mereka sedangkan kita bekerja dengan mereka. BIG NO ! Mana-mana kerja, kalau ada majikan atau ketua dia nak kita bayar dahulu untuk kita buat kerja, itu memang salah.

Pastu, kerja ni pula kononnya mereka akan refund kan balik duit yang saya guna untuk beli barang dari e-commerce merchant. 

Baru-baru ni, Facebook Page IPD Timur Laut, Pulau Pinang ada berkongsi mengenai penipuan tawaran kerja yang lebih kurang macam yang saya kongsikan sekarang ni. Perkongsian mereka adalah seperti berikut:-

Kerja online scammerPenipuan kerja kosong online


PENIPUAN TAWARAN KERJA TIDAK WUJUD
EJEN PEMBELIAN DALAM TALIAN (LAZADA/SHOPEE/GRAB & DLL)

Dalam tempoh kajian pada minggu pertama Mac 2022, menunjukkan peningkatan penipuan kes tawaran kerja yang tidak wujud di Daerah Timur Laut.
Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada dengan taktik scammer ini.
📌Mangsa melihat iklan tawaran kerja separuh masa bekerja sebagai 'online purchasing agents' bagi pihak shoppe dan dijanjikan akan menerima komisen (10%) bagi setiap pembelian yang dilakukan.
📌Mangsa diminta untuk menekan pada link yang diberikan, contoh: shoppers.live/auth
📌Mangsa kemudian diarahkan untuk menyelesaikan tugasan dengan memilih barangan untuk dibeli dari 'Chart' yang terdapat dalam link tersebut.
📌Mangsa kemudian diberikan akaun bank untuk membuat bayaran tersebut kononya 'merchant' kepada pihak shoppe.
📌Mangsa akan menerima komisen pada pembelian awal untuk memberi keyakinan dan bagi pembelian seterusnya scammer akan terus menghilangkan diri selepas bayaran dibuat oleh mangsa.
Mohon sebarkan kepada kenalan anda untuk mengelakkkan menjadi mangsa penipuan.

Sumber: Facebook Page IPD Timur Laut, Pulau Pinang

Apa pendapat korang? Korang rasa kerja macam ni legit atau scam ? 

Post a Comment

4 Comments

  1. Fiza pernah dapat WhatsApp seperti ni. Lepas deal Fiza terus block nombornya sebab Fiza sejenis tak suka buat kerja yang kita perlu keluarkan duit. Kita buat kerja kot. Kenapa perlu kita pulak yang nak kena bayar. Kan.

    Nice sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samaa , sy pun terus block bila dapat tahu yg kita pula yg kena bayar utk buat kerja . Tak patut btul mcm tu

      Delete
  2. betul sekarang x boleh percaya sgt dah.

    oh btw

    Congratulations!

    https://www.raydahalhabsyi.com/2022/04/congratulations-preloved-giveaway-lucky.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa betul tu, banyak keluar helah scammar2 ni nak tipu duit orang.

      and, thanks for the giveaway yeahhh <3 i'am so lucky :D

      Delete