Sunday, April 10, 2022

Cara Buat Resume Lepasan SPM





Ramai lagi yang tak tahu bagaimana nak buat Resume untuk lepasan SPM walaupun banyak dah contoh Resume untuk Lepasan SPM. Di sini saya akan kongsikan cara nak buat Resume lepasan SPM yang dapat menarik perhatian bakal majikan.


Baca Juga: Cara Buat Resume Kerja


CARA BUAT RESUME LEPASAN SPM

Kebanyakan kerja sekarang ni memang minta Resume. Untuk yang lepasan SPM pun tidak terkecuali. Jadi, di sini saya akan bagitahu caranya macam mana nak buat Resume lepasan SPM untuk korang yang memerlukannya. 



1. MAKLUMAT PERIBADI

Maklumat peribadi yang wajib ada dalam Resume lepasan SPM ialah Nama, Alamat tempat tinggal, Emel dan Nombor Telefon yang boleh dihubungi

Perlukah nak letak Umur, Nombor IC, Tarikh/Tempat Lahir, Berat, Tinggi, Agama dan Kewarganegaraan? Jawapannya, mengikut kesesuaian jawatan yang dipohon. 

Anda perlu tahu bahawa ada sesetengah tempat yang menawarkan pekerjaan yang memerlukan kita untuk letak maklumat umur, nombor IC, tarikh/tempat lahir, berat, tinggi, agama dan kewarganegaraan. 

Macam mana nak tahu? Kena tengok iklan kerja yang mereka keluarkan. Ada yang cuma perlukan pekerja yang berumur lebih dari 18 tahun. Ada juga yang perlukan pekerja yang beragama non-muslim. Ada juga yang memerlukan pekerjanya tinggi sekian-sekian dan berat sekian-sekian. 

Yang penting kena tengok iklan yang mereka keluarkan tu ja. Kalau tak ada, tak perlu letak maklumat tu pun tak apa. Tak ada masalah.


2. Pendidikan

Letak Nama Sekolah, Jenis Pendidikan (iaitu SPM), dan Tempoh belajar (contoh, 2021-2022). Di bahagian Pendidikan ni, anda tak nak letak keputusan SPM pun boleh. Nak letak Lulus sahaja pada keputusan SPM pun boleh. Tak ada masalah.

Perlukah nak letak PMR/PT3 juga? Ya. Perlu letak. Sebab, sijil PMR/PT3 masih diterima atau relevan untuk mendapatkan pekerjaan. 

Bagaimana dengan UPSR? Saya sarankan, tak perlu letak kalau anda dah letak SPM sebagai pendidikan tertinggi yang anda ada. 


3. Kemahiran Bahasa

Dua bahasa yang wajib ada dalam bahagian Kemahiran Bahasa adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jika anda tahu bahasa selain daripada dua bahasa ini, seperti Bahasa Mandarin, anda sangat dialu-alukan untuk letak.

Anda boleh 'rate' kan kemahiran bahasa anda dengan menggunakan tahap mahir atau dengan carta atau simbol.

Contoh tahap mahir : Asas / Sederhana / Mahir / Sangat Mahir

Contoh carta atau simbol : (gambar di bawah)

Contoh Buat Resume
Contoh Buat Resume
Contoh Buat Resume
Contoh Buat Resume


4. Kemahiran Komputer

Anda boleh tambah Kemahiran Komputer dalam resume anda. Dalam Kemahiran komputer, anda boleh letak Microsoft Word, Microsoft Excel, atau Microsoft PowerPoint, dll.

Nak 'rate' kemahiran komputer ni pun sama sahaja sepert kemahiran bahasa di atas. 


5. Kemahiran Lain 

Kemahiran lain seperti Kemahiran Komunikasi, Kemahiran Interpersonal, Pengurusan Masa, Penyelesaian Masalah, Kerja Berpasukan, dll. 

Kemahiran yang saya nyatakan di atas ni tak perlu di 'rate'. Anda boleh buat dalam bentuk point-point atau gunakan "bullet".


*6. Pengalaman Kerja

Bagi yang baru habis SPM, pengalaman kerja tu memang belum ada. Tapi jika anda dah bekerja sebelum ni, dan sijil pendidikan tertinggi anda adalah SPM, anda boleh tambah bahagian Pengalaman Kerja dalam resume anda.

Perlukah letak deskripsi kerja atau huraian kerja? Ya perlu. Sebab, selalunya majikan nak tahu apa kerja yang anda dah buat di tempat kerja lama. Dan apa yang anda dah sumbangkan di tempat kerja yang lama.

Buat dalam bentuk point-point atau gunakan "bullet" untuk deskripsi kerja tu. Mulakan dengan kata kerja seperti "Memeriksa", "Mengawal", "Menjawab", "Memasak", dll.


2 comments:

  1. Nice sharing. Semoga bermanfaat untuk yang sedang mencari kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah <3 ya saya pun berharap semoga bermanfaat utk mereka yang nak cari kerja :))

      Delete