Ini Adalah Perbezaan Face Oil dan Serum



Perbezaan Face Oil dan Serum

Siapa lagi yang tak tahu perbezaan Face Oil dan Serum ni? Saya boleh teka memang masih ramai lagi yang tak tahu perbezaannya. Ada juga yang menganggap bahawa Face Oil dan Serum ni sama sahaja. Namun ia tidak benar sama sekali. 

Ada perbezaan Face Oil dan Serum ini dan ia sangat penting untuk anda ketahui lebih-lebih lagi yang ingin menjaga kulit wajahnya. Ini termasuklah cara penggunaan yang betul, masa untuk menggunakannya dan perlu atau tidak untuk menggunakannya.


Apa itu Face Oil dan Serum?

Untuk menghilangkan kekeliruan dan pertanyaan mengenai perbezaan Face Oil dan Serum, mula-mula kita perlu tahu apa itu Face Oil dan Serum. 

Face Oil adalah formulasi cecair berasaskan minyak yang mana konsistensinya lebih tebal berbanding Serum. Ini bermaksud ia lambat menyerap ke dalam kulit. Oleh sebab itu ia lebih efektif pada permukaan kulit. Face Oil dapat membantu melembapkan dan melembutkan kulit, berkhasiat untuk skin barrier, dan membantu menangani beberapa masalah kulit seperti kulit kering atau kulit kusam.

Serum pula adalah water-based yang mana konsistensinya adalah nipis dan juga dirumuskan dengan kepekatan bahan aktif yang tinggi. Jadi, ia boleh meresap jauh ke bawah permukaan kulit dengan cepat kerana teksturnya yang berair atau seperti gel. Serum sangat bagus untuk merawat kulit daripada jerawat, penuaan, dan kulit kusam.


Face Oil dahulu atau Serum?

Pakar kulit menyarankan mengikut urutan daripada yang paling ringan kemudian yang berat. Oleh itu, Serum yang akan digunakan terlebih dahulu kerana ia berasaskan air dan ia mudah menyerap ke bawah permukaan kulit. Selepas itu, barulah anda boleh menggunakan Face Oil, moisturizer, dan kemudian sunscreen. 

Anda juga boleh menggunakan Serum sahaja pada waktu siang, manakala pada waktu malam anda boleh menggunakan Face Oil sahaja jika anda tidak mahu menggunakannya secara serentak.

Post a Comment

0 Comments