Tuesday, August 1, 2023

Review Hotel Raia Kota Kinabalu

 

Hotel Raia Kota Kinabalu

Alkisahnya, saya mencari hotel yang berdekatan dengan Hospital Queen Elizabeth 1, jadi paling dekat saya rasa Hotel Raia Kota Kinabalu ni.

Jadi saya pun book lah terus untuk saya, mama, dan adik lelaki saya (budak). Kami nak tidur satu malam kat situ sebab awal pagi esoknya kena pergi hospital. 


Review Hotel Raia Kota Kinabalu

Hotel Raia ni dahulu dikenali sebagai Hotel Tabung Haji, tapi dah tukar nama jadi Hotel Raia. Lagipun memang betul sebelah hotel ni ada bangunan Tabung Haji. 

Seperti biasa kalau saya nak cari hotel untuk menginap, saya akan cari di Agoda. Di Agoda, Hotel Raia ni 3 bintang ja. Tapi harga dia murah. Saya dapat harga RM220.25 termasuk taxes & fees dan ada breakfast sekali. Hari lain boleh dapat harga lagi murah dari ni.

Yang saya suka dengan hotel ni of course lah sebab hotel ni dekat dengan Hospital Queen Elizabeth 1. Ada banyak parking kosong. Pastu interior dalam hotel dia cantik. Bilik dia pun ada luas sikit. 






Cuma, ada benda yang saya tak berapa selesa mengenai bilik yang saya dapat. Dia punya mangkuk tandas ada warna kuning. Pastu tak ada berus gigi & ubat gigi. 

Nak saterika tudung pun tak boleh sebab tak ada iron and iron board disediakan. Saya perlu call dulu dorang dan tanya ada atau tak. Okay ada, baru dorang hantar. 

Lepas tu, pada waktu pagi bila kami nak breakfast pula, hmmm spoil my mood betul. Pekerja dia kata breakfast untuk dua orang sahaja. Padahal saya bayar bilik tu sekali dengan breakfast untuk 3 orang. 

Baru ja nak ambil makanan, pekerja dia suruh saya turun bawah untuk settle pasal breakfast tu. Kot saya perlu bayar untuk sorang lagi kah apa kah.

Mama saya pun jadi tidak selesa bila nak ambil makanan. Jadi saya pun terpaksa lah turun ke bawah. Mereka explain lah, breakfast untuk 2 orang tu ikut bilik yang saya ambil. 

Sebab bilik saya ambil tu ada dua katil single. Jadi kalau ada 2 katil single maksudnya cuma dua orang sahaja yang boleh dapat breakfast. Lol 




Mana boleh macam tu, saya tak tahu pasal policy & rules macam tu. Sebab saya dah bayar RM 220.25 untuk 3 guests. Kat Agoda sendiri bagi option bilik tu. 

Pekerja tu tengok balik salinan tempahan yang saya buat kat Agoda, saya nampak "3 guests", saya sendiri tunjuk kat dia yang saya bayar untuk 3 guests. 

Pastu dia call pekerja yang tadi suruh saya turun bawah tu, dia kata "kasih lepas ja lah yang untuk budak tu". Macam tu tau. 

Lepas settle, baru saya naik atas balik ambil makanan. Hmmm. Nasib makanan dorang sana sedap-sedap. Tak jadi mood nak spoil lama-lama. 

Tapi overall, dorang punya customer service kat lobby memang terbaik lah. Pandai handle masalah guests. Kebersihan pula hmmmm yang kat bilik tu ja yang tandas tu, tu ja yang hmm. Yang lain okay terbaik.

Makanan pula sedap yang time breakfast tu. Kat lobby ada restoran. Time kami baru lepas check in, kami turun makan sana. Makanan yang saya dan mama order, Nasi Goreng Kampung, agak masin. Saya tak habis, tapi mama punya habis, sebab dia lapar katanya hahaha. 

Tapi kali kedua kami makan kat restoran tu, di keesokan harinya, sedap pula makanan yang kami order. 

Kat situ yang saya perasan kan, memang tak ramai guests. Time kami sampai kat hotel tu, saya agak hairan sikit, sebab tak ada guests lain yang saya nampak selain kami bertiga. 

Kat restoran time kami makan tu pun tak ada orang, kami ja yang makan. Keesokan harinya yang kami makan sana tu, baru ada beberapa orang juga yang makan situ. Tak ramai kot yang menginap kat situ. 

Tapi for those yang nak mencari hotel yang berdekatan dengan Hospital Queen Elizabeth 1, bolehlah menginap di Hotel Raia ni. 

Adakah saya akan menginap lagi di hotel ni? Kalau saya tak ada bajet lebih, saya mungkin akan menginap lagi kat hotel ni sebab murah. Tapi kalau ada bajet lebih, saya akan cari hotel lain. But still, ni ja hotel yang lagi dekat dengan Hospital QE1 huhuhu. Jadi maybe akan menginap lagi kat sini la nampak gayanya.

No comments:

Post a Comment