Saturday, October 21, 2023

Apa itu Resume ATS?

buat resume ATS


Apa itu Resume ATS?

Adakah Resume ATS sama dengan Resume yang warna warni tu?

Pentingkah ada Resume ATS?

Macam mana nak buat Resume ATS?

Inilah beberapa contoh soalan yang ramai orang tanya berkenaan dengan ATS ni. Tapi tak lah susah nak dapatkan jawapan sebab memang mudah ja paham sebenarnya. Lagipun, banyak dah yang kongsi.


Jadi, apa itu Resume ATS?

ATS ialah software yang dapat scan dan kumpul resume-resume mengikut kelayakan yang syarikat nak. Contoh mudah lagi nak faham, katakanlah syarikat A nak cari 10 orang pekerja untuk bekerja sebagai Customer Success Executive. Kelayakan yang mereka cari ialah mesti yang ada pengalaman dalam telemarketing. Jadi, syarikat A tu akan set kan keyword telemarketing tu kat software ATS mereka. Bila lebih 100 orang pemohon memberikan resume melalui software mereka, software tu akan scan dah kumpul resume yang ada keyword telemarketing tu sahaja untuk memudahkan syarikat A tu pilih.

Resume ATS ialah resume yang boleh di scan oleh sistem ATS. Maknanya kena ada keyword penting mengikut pekerjaan yang hendak diapply dalam Resume tu. Dan kena ingat. Tak semua Resume tu boleh di scan oleh sistem ATS ni. 


Resume boleh letak warna-warni? 

Resume ATS tak boleh warna warni. Tak boleh letak banyak warna dalam Resume. Lebih baik just warna putih ja dengan font warna hitam. Sebab, nak mudahkan ATS tu dapat scan.

Nak letak banyak petak-petak pun tak boleh. Sebab nanti ATS susah scan. Yang nak letak ⭐ ni pun tak boleh tau. Jadi elakkan. 


Pentingkah Resume ATS ni ?

Actually, tak semua syarikat yang guna sistem ATS ni lagi. Kadang-kadang, bila nak apply kerja tu, akan masuk laman web syarikat dan diminta menghantar resume dalam website mereka tu, lebih baik pakai Resume ATS ni. Sebab berkemungkinan besar mereka menggunakan sistem ATS ni.

Kalau korang just nak apply kerja yang memerlukan korang hantar Resume tu by hand sendiri kepada syarikat tu, resume biasa yang warna warni tu pun boleh ja pakai. Sebab mereka pasti akan baca sendiri tu Resume. 


Macam mana nak buat Resume ATS ?

Pakai Microsoft Word atau WPS pun boleh. Please jangan buat kat CANVA. Resume kalau buat kat CANVA memang tak ATS. Sebabnya, Resume yang buat kat CANVA tu dapat disave dalam bentuk PDF ja. Kalau tukar pergi word, memang lari design dalam Resume tu. Sebab tu nantu ATS akan susah nak scan.




No comments:

Post a Comment