YouthAyuju Blog | Part-time Blogger

Hello ! It's me Ayu. Welcome to my blog. Wishing you good health and peace without end.

  • Home
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Sitemap


Review ~

The LUMA Hotel, Kota Kinabalu.

Hotel Review - The LUMA Hotel, Kota Kinabalu

Rasa nak jalan-jalan pula kan kat bandar KK. Jadi, kali ni The Luma Hotel menjadi pilihan kami untuk menginap selama 1 malam. Hotel ni hotel baru kat KK, baru tahun ni buka. 

Dalam website mereka kata, mereka baru buka 30 Januari 2022. Jadi betullah, hotel baru. Baru buka tahun ni ehehe. Saya ja yang lambat nak review sebab baru ada kesempatan nak update blog.

Macam biasa, saya akan buat booking kat Agoda. So far, saya cuma guna Agoda ja kalau nak buat booking hotel. Sebab Agoda ni paling senang nak guna. 

Harga bilik The LUMA Hotel tak mahal sangat pun. Ada ja bilik dia yang bawah RM300. Macam bilik yang saya ambil ni, cuma RM289. Dan dapat 5% OFF Coupon dari Agoda, jadi bayar RM275 ja termasuk taxes dan fees.

Bilik yang saya ambil ialah 1 X Fern Cosy Bedroom King  (City View | 23 m^2 | 248 ft^2 | 1 double bed), dapat free WiFi dan breakfast. Ni bilik paling murah lah saya ambil. Jadi dia tak berapa besar.

Saya pergi dengan adik saya hahaha. Jadi memang ngam sangatlah dapat katil masing-masing. 



JARAK KE SHOPPING MALL & DLL
Kalau nak ke Imago mall pun dekat. Btw, sebelah hotel The LUMA ni ialah Kopi Ping Cafe. Nak makan kat sana pun boleh. Sebelah ja. Dekat. Pastu, Awan Restobar pun dekat juga hahaha. 

Aiyok, menginaplah korang kat The LUMA hotel hahaha. Banyak tempat best-best yang berdekatan dengan The LUMA Hotel ni. 

MASA CHECK IN & CHECK OUT
Kami sampai jam 2 petang. Saya urus check in, ambil kad, dan kena suruh tunggu sekejap. Masa check in sepatutnya jam 3 petang. Tapi mereka bagi saya masuk bilik jam 2.40 p.m. 

Masa check out pula macam biasalah jam 12 tengahari. Saya tambah masa lagi nak check out. Check out sampai jam 6 petang. Saya diberitahu untuk tambah RM135, eh jap saya tak ingat. RM131 atau RM135 atau hmm tak ingat. 

Mereka kata boleh ja bayar selepas nak check out, tapi saya nak bayar terus time check in awal-awal tu. Jadi saya tambah duit ja sikit. Dapatlah check out jam 6 petang. Pekerja-pekerja kat sana sangat bagus yaa dan mesra.

BREAKFAST
Breakfast kat sini adalah American Breakfast punya set. Jadi, seperti yang korang tengok kat gambar di bawah ni, ni lah menu breakfast saya dan adik saya hehehe. Memangg sedappp !


Btw, kat Agoda sekarang Hotel ni ada bilik yang murah. Korang KLIK SINI. Hotel ni memang cantik, seriously. Kat lobby dia je pun dah cantik, apalagi bilik dia. 


 

Kasut untuk Konvokesyen

Kebanyakan universiti mewajibkan graduan mengenakan kasut berwarna hitam. Ia termasuk dalam etika berpakaian yang sesuai semasa majlis konvokesyen. Mengenai designnya pula, ada sesetengah yang mewajibkan graduan perempuan menggunakan kasut formal gelap bertutup penuh, dan sesetengah universiti yang lainnya masih membenarkan kasut yang bertutup separuh atau mule. Dan di sini saya tegaskan, anda tetap perlu mengikuti peraturan dan etika yang ditetapkan di universiti anda hehehe. 

Di bawah ini saya berikan idea untuk kasut yang anda boleh pakai semasa konvokesyen anda nanti. (Item semua adalah daripada Shopee dan mempunyai review yang sangat bagus dari kebanyakan pelanggan lain sebelum ini. Yup, trusted !).


HEELS/KASUT PEREMPUAN UNTUK KONVO

1. BATA COMFIT Black Formal Wedges from BATA. KLIK SINI

Sangat selesa dan tapaknya lembut. Inilah yang dikatakan kasut bertutup penuh.


2. XES Ladies Closed Toe Wedges with cute ribbon. KLIK SINI
Kasut ni memang selesa kerana tapaknya juga lembut. Harga pula murah. Review 5 bintang.


3. XES Ladies Closed Toe Wedges.  KLIK SINI
Another kasut from XES. Yang ni pun design nya masih bertutup penuh. Saya suka dengan line yang kat atas toe tu. Memang nampak cantik sangat design dia.


4. XES Ladies Strap Closed Toe Wedges. KLIK SINI
Bagi yang risau kasut tertanggal, boleh ambil kasut yang ada strap/tali macam ni. But still masih cantik dan formal juga.



5. CASUAL POINTED TOE SHOE. KLIK SINI
Ini untuk kasut yang bertutup separuh. Jika universiti anda membenarkan, anda boleh je pakai kasut design macam ni. Sangat cantik.


6. HAPPY2U Basic Bella Slingback Heels. KLIK SINI
Saya suka beli heels di HAPPY2Y. Heels dan sandals dia semua cantik-cantik dan selesa. Design yang ni sangat cantik. Actually, ni lah design kasut yang saya pakai semasa majlis konvokesyen ehehehe.



Semoga perkongsian saya ni dapat memberi idea untuk korang (perempuan only) yang tengah cari kasut untuk konvokesyen tak lama lagi :) Lagipun kasut yang saya share dekat atas ni harga dia tak memerlukan bajet yang besar. Apa-apa pun, have a nice day korang.




Perbezaan Face Oil dan Serum

Siapa lagi yang tak tahu perbezaan Face Oil dan Serum ni? Saya boleh teka memang masih ramai lagi yang tak tahu perbezaannya. Ada juga yang menganggap bahawa Face Oil dan Serum ni sama sahaja. Namun ia tidak benar sama sekali. 

Ada perbezaan Face Oil dan Serum ini dan ia sangat penting untuk anda ketahui lebih-lebih lagi yang ingin menjaga kulit wajahnya. Ini termasuklah cara penggunaan yang betul, masa untuk menggunakannya dan perlu atau tidak untuk menggunakannya.


Apa itu Face Oil dan Serum?

Untuk menghilangkan kekeliruan dan pertanyaan mengenai perbezaan Face Oil dan Serum, mula-mula kita perlu tahu apa itu Face Oil dan Serum. 

Face Oil adalah formulasi cecair berasaskan minyak yang mana konsistensinya lebih tebal berbanding Serum. Ini bermaksud ia lambat menyerap ke dalam kulit. Oleh sebab itu ia lebih efektif pada permukaan kulit. Face Oil dapat membantu melembapkan dan melembutkan kulit, berkhasiat untuk skin barrier, dan membantu menangani beberapa masalah kulit seperti kulit kering atau kulit kusam.

Serum pula adalah water-based yang mana konsistensinya adalah nipis dan juga dirumuskan dengan kepekatan bahan aktif yang tinggi. Jadi, ia boleh meresap jauh ke bawah permukaan kulit dengan cepat kerana teksturnya yang berair atau seperti gel. Serum sangat bagus untuk merawat kulit daripada jerawat, penuaan, dan kulit kusam.


Face Oil dahulu atau Serum?

Pakar kulit menyarankan mengikut urutan daripada yang paling ringan kemudian yang berat. Oleh itu, Serum yang akan digunakan terlebih dahulu kerana ia berasaskan air dan ia mudah menyerap ke bawah permukaan kulit. Selepas itu, barulah anda boleh menggunakan Face Oil, moisturizer, dan kemudian sunscreen. 

Anda juga boleh menggunakan Serum sahaja pada waktu siang, manakala pada waktu malam anda boleh menggunakan Face Oil sahaja jika anda tidak mahu menggunakannya secara serentak.

 

Buat Duit Tanpa Modal


Bagaimana caranya nak buat duit tanpa modal dengan jawab Survey online sahaja?


Website yang paling popular untuk jawab Survey online ialah Swagbucks. Korang kena tahu yang sehingga kini, Swagbucks ni masih ramai yang guna untuk dapatkan duit secara percuma.

Swagbucks bukan scam okay. Ramai orang dah yang buat review dan kongsikan mengenai website Swagbucks ni. 

Apa yang korang perlu lakukan ialah menjawab kaji selidik atau survey untuk mendapatkan ganjaran dalam bentuk SB. 

Jika dikumpul SB korang, nanti korang boleh tebus SB tu untuk dapat Cashout ke akaun Paypal. Korang boleh Cashout sehingga $250 ke akaun Paypal. 

$250 sama dengan RM1100+. Banyak kan ! Jadi bagaimana nak dapat Cashout banyak ni? Korang boleh set sendiri berapa banyak kaji selidik atau survey yang korang nak jawab dalam sehari. 

Yang bestnya lagi korang boleh ajak kawan-kawan, keluarga atau sesiapa sahaja untuk menyertai Swagbucks ni. Caranya dengan kongsikan link invitation korang pada mereka. 

Jadi, korang tunggu apa lagi? Daftar sekarang untuk menjana pendapatan secara percuma. Tak ada modal diperlukan. 

Daftar Sekarang Swagbucks untuk mula menjana pendapatan


Saya nak buat review untuk Has Hotel di Kingfisher, Kota Kinabalu hehehe. Sebab sebelum saya decide nak sewa tempat ni, saya cari dekat google langsung tak ada review untuk Has Hotel ni. Mungkin ada, tapi saya terlepas pandang kot. 

Dekat Facebook pun saya ada cari juga, tapi tidak banyak maklumat yang saya dapat. Jadi ini honest review dari saya mengenai Has Hotel di Kingfisher, Kota Kinabalu. Tak dibayar pun okay, cuma nak bagi maklumat buat sesiapa yang mencari maklumat mengenai Has Hotel ni.


NAMA TEMPAT : HAS HOTEL 

ALAMAT : Lorong Kingfisher 15, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

MAP : https://maps.app.goo.gl/VJgpC2Ubr5ZV9SFQ6

Saya sewa dari sini : (Tekan sini)


Sebenarnya saya nak cari homestay untuk saya dan keluarga saya bermalam untuk satu malam. Kami ada 9 orang. Pada 27 Jun 2022 tu saya konvo di UMS. Dan waktu sidang saya adalah pagi. Jadi nak cari homestay yang berdekatan dengan UMS lah. 

Memang ada hotel berdekatan dengan UMS sana, macam di 1Borneo tu. Tapi saya nak cari homestay ja. Yang tak perlu nak naik lif bagai. Cari punya cari, jumpa juga dekat Facebook ada orang sewa homestay berdekatan dengan UMS iaitu di Kingfisher.

Jarak Ke UMS mengambil masa lebih kurang 10-15 minit. Kalau jammed sangat, mungkin boleh sampai 20 minit juga lah. Tapi time tu saya ke UMS tak sampai pun 15 minit. Awal pagi pula tu. Time ramai orang nak pergi ke kerja. 

Ada 3 bilik. Bilik 1 ada satu tilam queen. Bilik 2 ada tiga tilam single. Bilik 3 ada satu tilam queen dan  satu tilam single. Ketiga-tiga bilik ada bathroom. Jadi memang baguslah tak perlu nak tunggu turn pakai bathroom lama-lama. Dan of course ada aircond. 

Ada Wifi juga. Time nak urus check in dekat kaunter tu nanti, staf dia akan bagi password wifi. 

Bila kami masuk, memang kemas dan bersih yaa. Memang berbaloi sangat bawa keluarga bermalam di sana. Staf dia yang di kaunter tu pun peramah. 

Yang tak tahu tempat dia dekat mana memang kena pakai google map lah cari atau waze. Tak sesak pun dekat sana. Parking pun senang dapat. Ada gerak makan juga berdekatan dengan tempat tu. Nak masak sendiri dalam tu pun boleh, tapi cuma dibenarkan masak masakan yang ringan ja katanya.

Overall, saya bagi 5/5. Yang nak cari homestay berdekatan dengan UMS, boleh pilih di Has Hotel ni. 


Thanks for reading. Have a nice day ~



. 

 Cara Buat Resume Kerja



Assalamualaikum semua. Kali ni saya nak kongsikan cara bagaimana nak buat resume kerja. Penting untuk anda tahu bagaimana cara buat resume kerja ni. 

Bagi yang pertama kali ingin memohon kerja memang akan mengalami kesukaran membuat Resume kerana tak tahu cara nak buat resume. Atau mungkin tidak tahu format apa yang betul, apa yang perlu diisi, dan buat di mana. 

Cara buat resume kerja sangat mudah sebenarnya. Tidak ada trik atau rahsia cara bagaimana untuk menghasilkan resume yang terbaik. Di sini, saya akan kongsikan cara buat Resume kerja untuk menjadi panduan anda selepas ini.


CARA BUAT RESUME KERJA

1. Anda perlukan laptop/komputer

Kenapa perlukan laptop atau komputer? Sebab cara nak buat Resume mesti menggunakan laptop/komputer. 

Memang benar boleh buat Resume dalam telefon, tapi ia agak leceh kerana skrin yang kecil. Kalau pakai laptop atau komputer lebih mudah buat Resume kerana skrin lebih besar. 

Bagaimana pula dengan tablet atau ipad? Pun sama juga agak leceh sedikit kerana skrin yang tak besar. 

Tapi tablet/ipad ni lebih okay berbanding menggunakan telefon untuk membuat Resume. 


2. Menggunakan Microsoft Word (kerana ia lebih mudah)

Saya perasan bila menggunakan Microsoft Word dalam telefon untuk kerja-kerja menaip, agak rumit sedikit. Sebab skrinnya yang kecil, dan banyak tools dia tak ada. 

Anda perasan tak? Begitu juga dengan tablet. Ada beberapa tools yang tak ada dalam Microsoft Word tu. 

Tapi kalau dalam laptop dan komputer, semua tools nya ada. Jadi senang kerja kita. 

Untuk menghasilkan Resume yang ATS-Friendly, Microsoft Word boleh hasilkannya. 

Ramai pakar bersetuju mengenainya. Bagaimana nak tahu Resume yang kita hasilkan tu format ATS-Friendly? 

Okay, macam ni. Save Resume anda dalam PDF. Kemudian cuba convert fail Resume yang dah dijadikan PDF tu ke Word semula. 

Jika tiada berlaku apa-apa perubahan pada tulisan dalam Resume anda itu dan tersusun seperti yang sepatutnya, maka ia adalah format yang betul untuk Resume ATS-Friendly.


3. Pilih, nak buat Resume jenis infografik (berwarna) atau yang biasa (hitam putih)

Tak tahu nak pilih? Okay saya tolong anda buat pilihan. Yang pertama, Resume jenis infografik. 

Resume jenis ni kebanyakan ramai orang guna. Sebab ada pelbagai design dan warna yang boleh dipilih. 

Manakala, Resume yang biasa lebih profesional yang tidak memerlukan apa-apa warna selain hitam dan putih dan design yang ada shape atau sebagainya. 

Resume biasa ni pun ramai juga yang guna. Resumi biasa inilah yang dipanggil Resume ATS-Friendly.

Jika kerja yang anda mohon itu memerlukan anda memuatnaik fail Resume ke dalam website syarikat tersebut, maka anda kena buat Resume biasa yang lebih profesional tu. 

Kerana, berkemungkinan besar Resume akan diperiksa oleh sistem atau teknologi yang dipanggil Applicant Tracking System (ATS). 

Sistem ini akan mengimbas kata kunci yang diperlukan dalam setiap Resume pemohon. Cuma Resume jenis ini sahaja yang paling mudah dibaca oleh sistem ini. 

Seterusnya, jika kerja yang anda mohon itu cuma memerlukan anda untuk menghantar secara walk-in ke syarikat atau melalui emel, anda boleh menggunakan Resume infografik ini. 

Tak ada masalah. Dan jika anda lebih suka menggunakan Resume yang ATS Friendly itu pun boleh ja pakai untuk hantar secara walk-in dan melalui emel. 

Jadi tak perlu keliru lagi lepas ni. Selagi tak ada keluar kenyataan apa-apa dari syarikat tu yang mengatakan, HR tak terima Resume jenis infografik, haaa boleh je pakai Resume jenis infografik. 

Tapi kalau anda masih was-was sebab yalah ramai yang berpendapat Resume infografik tak bagus, anda boleh pakai Resume yang ATS Friendly tu. 

Kalau saya, saya sediakan dua-dua jenis sekali. 


4. Isi Kandungan dalam Resume

a) Nama, nombor telefon, dan alamat

b) Objektif Kerjaya 

c) Pendidikan. Ambil tiga pendidikan anda yang latest. Kalau anda lepasan SPM, tak perlu letak maklumat UPSR. Cukup PMR dan SPM sahaja.

d) Pengalaman Kerja. Tambah huraian pada kerja anda dengan menjelaskan kerja yang anda lakukan. Buat dalam point-point lebih kemas.

e) Kemahiran Bahasa. Jika anda menggunakan Resume Infografik, anda boleh letak skala  grafik atau peratus. Jika anda menggunakan Resume Profesional, anda boleh letak skala seperti Mahir, Sederhana, Asas.

f) Kemahiran teknikal. Kalau anda mahir menggunakan komputer, boleh letak kemahiran komputer/perisian seperti Microsoft Word, Excel, dan PowerPoint. Kalau anda berkemahiran seperti kimpalan, anda boleh letak welding, SMAW, GTAW, dll. 

g) Anugerah atau Pencapaian di sekolah/universiti atau di tempat kerja.

h) Aktiviti Ko-kurikulum. Jika pernah jadi Pengerusi program atau Setiausaha sesuatu majlis, boleh letak.

i) Rujukan. Jangan letak keluarga atau kawan sebagai rujukan. Yang dibolehkan ialah seperti pensyarah dan majikan.


5. Letak Gambar anda. 

Elakkan meletakkan gambar selfie anda atau gambar dengan posisi badan anda tidak lurus. Untuk warna background gambar, anda boleh guna warna putih atau biru. 


Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

Hi! My name is Ayu. Do contact me at ayu.juayu@gmail.com for any collaboration and review

Total Pageviews

Followers

POPULAR POSTS

  • CARA HILANGKAN TINY BUMPS / JERAWAT PASIR
  • Best Quote of the Day #6
  • IDEA BISNES UNTUK PELAJAR
  • GOOGLE ADSENSE DAH LULUS
  • Pengalaman Internship Di Pejabat Pendidikan
  • 7 Perkara Penting Yang Perlu Ada Dalam Resume
  • Bagaimana Nak Mohon Internship Di Perkeso

♥ SERVIS BUAT RESUME ♥

Distributed By Gooyaabi | Designed by OddThemes