10 KEBAIKAN MENGGUNAKAN AIS PADA WAJAH

 


Macam tak sangka kan? Ais ni boleh cantikkan wajah juga. Tepat sekali! Banyak sebenarnya kebaikan kalau kita gunakan ais pada wajah. Kalau selalu amalkan, pasti kulit wajah anda akan cantik dan flawless. Sini, saya akan kongsikan 10 kebaikan menggunakan ais pada wajah. Take note yaa !


Menggosokkan ais pada wajah: Bagus kah?

Sebenarnya, menggosokkan ais pada wajah sangat menyegarkan lebih-lebih lagi selepas seharian sibuk. Pernah dengar tak stress boleh jadi punca kepada pertumbuhan jerawat? Memang boleh terjadi benda ni. Kalau selalu sangat hadap dengan tekanan, ia boleh memberi kesan buruk kepada kulit wajah. Nanti muncul jerawat. Lepas tu muncul lagi jerawat. Makin bertambah-tambah jerawat. Tetapi jangan risau. Ais dapat membantu. Kerana ais dapat meningkatkan peredaran darah di wajah anda selepas itu kulit wajah anda yang bersih dan cantik.

Untuk pengetahuan anda semua, "Ice Facial" merupakan trend kecantikan di Korea. Ini telah menginspirasikan orang di seluruh dunia tentang kebaikan menggosokkan ais pada wajah untuk mendapatkan kulit wajah yang berseri dan bersih. Sememangnya trend ini sangat berguna dan banyak kebaikannya.


Kebaikan Menggosokkan Ais Pada Wajah

1. Mengurangkan kedutan

Walaupun anda tidak dapat membalikkan usia anda sekarang kepada usia yang lebih muda, namun dengan kebaikan ais, anda masih dapat mengawal tanda-tanda penuaan. Menggunakan ais pada muka anda dapat membantu mengawal kedutam dan tanda-tanda penuaan. Ia bukan sahaj mengurangkan kedutan yang sedia ada tetapi juga mencegah pembentukan garis kedutan baru. 

2. Dapat Glowing Skin

Siapa yang tak nak kulit yang cantik dan glowing? Semua orang nak.Urutan ais pada wajah dapat memberi anda itu. Ais dapat meningkatkan peredaran darah ke kulit anda dan menjadikannya cerah. Bagaimana? Badan anda akan mengedarkan lebih banyak darah ke wajah anda yang menjadikannya seimbang dan wajah anda akan berseri.

3. Menghilangkan lingkaran gelap

Menggosokkan ais pada wajah anda secara berkala atau setiap hari dapat menghilangkan lingkaran gelap di kawasan mata anda. Tetapi jangan mengharapkan hasilnya dalam semalam. Oleh kerana ia berfungsi dengan perlahan, anda perlu mengulangi langkah ini selama beberapa hari untuk melihat hasilnya.

4. Mengurangkan Eye Bags pada mata

Kecewakan dengan mata yang kelihatan letih? Pengumpulan cecair yang berlebihan di bawah mata dapat dirawat dengan ketulan ais. Gerakkannya di bahagian lingkaran eye bags bawah mata anda berulang kali. Ini dapat mebmbantu mengurangkan bengkak tersebut. 

5. Mengurangkan jerawat di muka

Jerawat ni bila da tumbuh, pandai dia merebak. Jangan risau, biarkan ais menjalankan tugasnya. Apabila anda menggunakan ais pada wajah anda, ia membantu meminimumkan pengeluaran minyak pada kulit anda. Ia juga berfungsi menyembuhkan pembengkakan bekas jerawat.

6. Mengecilkan liang pori

Wajah anda mempunyai pori-pori yang melepaskan minyak semula jadi dan juga keringat. Jika kekotoran terkumpul di liang-liang pori, ia akan menyebabkan jerawat. Menggosok ketulan ais pada wajah anda selepas anda membersihkannya dapat membantu mengecilkan liang-liang pori. Ini akan menjauhkan kekotoran daripada masuk ke liang pori dan wajah anda akan bersih.

7. Memberi anda tampilan tanpa minyak

Walaupun kulit yang berminyak adalah kelebihannya sendiri, namun terlalu banyak minyak juga mungkin menggangu. Kulit berminyak juga boleh menyebabkan masalah kulit. Menggunakan ketulan ais pada wajah anda dapat mengurangkan pengeluaran minyak berlebihan itu. Ini kerana, dengan menggosok ais pada wajah, ia dapat mengecilkan liang pori penghasil minyak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran minyak berlebihan. 

8. Menjadikan foundation anda nampak flawless

Untuk pengetahuan anda, ini adalah hack kecantikan yang tidak pernah gagal. Sebelum anda menggunakan foundation, gosok ketulan ais pada seluruh wajah anda. Kesannya ia akan menjadikan solekan anda sempurna dan tahan lama.

9. Melegakan Sunburn

Selepas anda menggunakan ais di kawasan yang terkena sunburn, anda dapat melihat penurunan keradangan dan kemerahan yang ketara. Walau bagaimanapun, sunburn mengambil masa yang lama untuk pudar. Anda perlu melakukannya dengan lebih berkala untuk mendapatkan kesan yang baik.

10. Melembutkan bibir

Anda mengalami bibir pecah? Sapukan ais pada bibir. Ia dapat memulihkannya. Jangan lupa minum banyak air! Untuk memastikan bibir dan kulit anda sentiasa terhidrat. 



πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡

Post a Comment

11 Comments

  1. Dapat bayangkan kesejukan ketulan ais menyentuh pipi.ouch.sejukkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejukk tuu betul sampai muka pun jadi sejuk hehehe tapi best

      Delete
  2. tak pernah try lagi, tak sangka byk betul kebaikannya tapi sejuk tu la..tak dpt nak menahan huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa hehehe banyak kebaikan tapi sejuk ja la 😝

      Delete
  3. best letak ais kat muka.. dah lama tak buat hihihi

    ReplyDelete
  4. Boleh try ni. Lagi lagi bila umur dah 30 an ni. Hihihi

    ReplyDelete
  5. singgah sini minum Ais Latte,jom ngeteh kat blog saya :D

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/09/aku-bagi-kotak-misteri-pada-blogger.html

    ReplyDelete