Thursday, September 10, 2020

Best Quote Of The Day: #2

 


Semalam dapat result untuk semester ke-4, mula-mula tiada rasa apa-apa. Takut kah, gementar kah, langsung tiada. Sehari sebelum dapat result tu saya ada buat kira-kira untuk pointer. Saya dah biasa buat kira-kira pointer sejak dari form 6 lagi hahaha. Sebab nak tahu kalau saya dapat pointer tu, saya boleh tahu cgpa saya dapat tu. Kalau pointer saya dapat ni, cgpa saya nanti dapat ni. Haa macam tu hahaha :D 

Jadi saya tak adalah jangka pointer yang tinggi saya akan dapat untuk result semester 4 ni. Asalkan dapat naikkan cgpa saya dah cukup pun saya rasa. Alhamdulillah, semalam saya dapat 3.43 :) Tinggi juga lah bagi saya. First reaction dapat emel tu, saya cakap "wow!" hahahaha. Sikit lagi nak dekan, 3.5. 

Adalah saya nampak kursus english, saya rasa spoil sikit. Boleh-boleh pula dapat B ja. Padahal assignment semua buat dalam group. Hantar pun sekali satu satu group. Kawan ada yang dapat A-. Terus saya rasa nak buat semakan semula gred kursus. Tapi saya pikirkan cuma bayar RM50. Rupanya bayar RM100. Mahal betul nak bayar untuk buat semakan gred kursus.

Saya siap minta pendapat dari kawan lagi. Patut atau tidak buat semakan gred kursus. Lagipun, saya pikir mungkin lecturer tu ada nilai markah untuk individu juga. Kawan pun setuju dengan cakap saya. Lagipun bila dipikirkan balik RM100 tu, membazir ja kalau nak bayar untuk buat semakan gred kursus. 

Kawan cakap, 
tidak dekan tidak apa, yang penting input banyak yang akan datang.

walaupun dekan, tapi softskill dan input tiada, sama juga susah mau cari kerja.

 Semoga kawan saya ni dimurahkan rezeki :)


Jadi, saya tak lah jadi buat semakan gred kursus. Sebab still ada lagi 2 semester. Jadi, saya perlu usaha lagi kalau nak merasa dekan semester hihihi. 

full-width

Semoga hari anda baik dan luar biasa! Terima kasih kerana suda baca post saya.

6 comments:

  1. Salam perkenalann. Tahniah ayu! Goodluck untuk yang akan datang. Saya pun tengah tunggu result sekarang. Harapnya dapat la result yang baik-baik je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan juga :) terimakasih yaaa . harap result awak nanti terbaik :D

      Delete