SKIM 1PELAJAR 1PENDAFTARAN PERNIAGAAN HANYA UNTUK WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN DAN SEMENANJUNG

By Ayu.ju - January 21, 2021

 



"Berita baik untuk pelajar IPT". Ya memang berita baik. Tapi bila tahu Sabah tak dapat mohon Pendaftaran Perniagaan Percuma tu hmm kecewa sikit. Saya dan kawan-kawan baru ja plan nak daftar perniagaan. Nampak ramai share "usahawan pelajar ipt disaran rebut peluang daftar ssm secara percuma", kami betul-betul nak buat tu. Saya rasa itupun jadi silap saya juga sebab tak buat research betul-betul pasal skim 1pelajar 1pendaftaran perniagaan ni. Sebab ada ja dekat portal SSM beritahu untuk wilayah persekutuan Labuan dan Semenanjung. 


Bagi melaksanakan skim ini, proses pendaftaran perniagaan adalah seperti berikut: 

Permohonan boleh dikemukakan melalui kaunter perkhidmatan pendaftaran perniagaan SSM di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan atau secara dalam talian di ezbiz.ssm.com.my dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut;

  1. Kad Pengenalan;
  2. Dua (2) salinan kad pelajar yang masih dalam tempoh sahlaku; dan
  3. Salinan asal surat perakuan pelajar IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran.


Tu haa saya dah bold kan. Kecewa betul lah tidak dapat mohon pendaftaran perniagaan percuma tu. Nasib baik lah saya ada telefon pejabat SSM Sabah kemarin, kalau tak, mesti saya dah memandai pegi daftar online tu hahaha. Tapi tidak apa juga. Sebab pekerja dari pejabat SSM Sabah tu cakap kami boleh memohon lesen perniagaan dari pejabat daerah juga. Tapi saya tak pasti lah perlu bayar atau tidak. Saya lupa tanya hehehe. Tapi kalau skim 1Pelajar 1Pendaftaran Perniagaan tu ada untuk Sabah kan bagus. 


~~~~~~~~~~~


  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. Replies
    1. tak lah ^^ untuk bukan pelajar pun ada juga daftar ssm secara percuma . cuma yang untuk skim 1pelajar 1pendaftaran perniagaan ni mmg untuk pelajar ja hehehe

      Delete
  2. Wah. Percuma ni. Memang nak daftar sebab tengah buat bisnes ni. Bisnes adik-beradik. Kebetulan adik-adik pun pelajar

    ReplyDelete
  3. Bagus betul sekarang ni. Macam2 inisiatif untuk bantu pelajar... :)

    Jemput join segmen bloglist 2021 saya .. Mane button nk follow. X jumpa

    www.naniey.com/2021/02/segmen-pencarian-bloglist-2021-by.html

    ReplyDelete