Cara hilangkan tiny bumps


TINI BUMPS ON FACE ? 


Apa itu tiny bumps?

tiny bumps
Kredit: google.com


Tiny bumps tu sebenarnya apa? 

Tiny bumps sebenarnya adalah jerawat pasir iaitu liang pori yang tersumbat.

Tiny bumps atau jerawat pasir ini akan membuatkan seseorang itu tidak selesa dan kadang kala akan merasa gatal di kawasan tersebut.

Kawasan tersebut apabila disentuh menggunakan tangan akan terasa kasar dan berbiji-biji halus yang timbul.


Baca Juga : Ini Adalah Perbezaan Face Oil dan Serum


Apa puncanya?

1. Kulit muka tidak bersih

Punca tiny bumps atau jerawat pasir ni disebabkan oleh bila sisa kulit mati tidak dibersihkan

Bila tidak dibersihkan, akan berlakunya pengumpulan minyak pada pori-pori kulit.

Pori-pori kulit yang berminyak akan mudah dijangkiti oleh bakteria.


2. Makan makanan yang tidak sihat

Selain itu, cara pemakanan yang tidak sihat juga menjadi punca pertumbuhan tiny bumps atau jerawat pasir ini.

Bagaimana? Pemakanan yang tidak sihat seperti jenis pemakanan berlemak dan bergula tinggi akan meningkatkan penghasilan minyak pada kulit.

Bila penghasilan minyak pada kulit semakin bertambah, liang pori nanti akan mudah tersumbat.

Kemudiannya akan menghasilkan tiny bumps atau jerawat pasir ini.


3. Memicit blackhead dan whitehead

Sebenarnya, tabiat memicit blackhead dan whitehead ni juga akan menggalakkan pertumbuhan tiny bumps atau jerawat pasir ini.

Jadi elakkan tabiat memicit blachead dan whitehead.


4. Cuaca panas

Bila kita terdedah dengan cuaca yang panas, kita akan mudah untuk berpeluh.

Peluh yang banyak di muka akan menggalakkan bakteria-bakteria untuk membiak.

Kemudiannya akan terhasillah tiny bumps atau jerawat pasir ini.


Jadi, apa cara penyelesaian untuk hilangkan tiny bumps atau jerawat pasir ini?


Tips hilangkan tiny bumps

1. Elakkan daripada menggunakan produk penjagaan kulit yang berasaskan minyak. 

Tindakan ini boleh meningkatkan jumlah minyak pada kulit wajah korang yang membawa kepada penyumbatan pada pori wajah. 

Untuk kulit berminyak sila elakkan.


2. Tidak skip dan konsisten melakukan exfoliation.

Korang perlu exfoliate kulit 2-3 kali seminggu untuk buang segala jenis sel kulit mati dan kotoran-kotoran di permukaan kulit.


3. Pilih mask atau scrub yang lembut dan sesuai dengan masalah kulit korang. 


4. Elakkan daripada membiarkan kulit muka terdedah dengan cahaya matahari yang berlebihan.

Cahaya matahari yang berlebihan akan menyebabkan DNA sel kulit kita rosak kerana sinaran UV dari cahaya matahari itu.

Dan ia akan merencatkan struktur kulit kita.

Disebabkan itulah kita perlu pakai sunscreen bila nak keluar. 

Pilihlah sunscreen yang sesuai dengan muka korang.


5. Elakkan tabiat memicit blackhead dan whitehead.

Memicit blackhead dan whitehead seperti di hidung is big no! 

Begitu juga dengan memicit bintik-bintik pada wajah. 

Merisaukan jika ianya menjadi luka, dan bila ia luka, ia akan mudah dijangkiti bakteria.

Jadi korang boleh guna alatan yang sesuai seperti steril atau pun pergi ke dermatologis.


6. Bersihkan solekan

Bila dah habis acara, pastikan korang bersihkan solekan korang sebelum tidur.

Kalau korang tak bersihkan solekan, nanti pori wajah tersumbat.

Ia akan menyebabkan kulit wajah anda mudah berminyak.




Skincare yang saya pakai sekarang:

1. Pencuci muka - Bio-essence Bio-Treasure Korea Bamboo Acne Control Gel Cleanser

So far, ini pencuci muka yang paling terbaik saya pakai. Jenis muka saya berminyak dahulu, selepas pakai pencuci muka bio essence ni, minyak kat muka berkurang. Jerawat pun cepat kecut. 

LINK OFFICIAL BIOESSENCEMY : KLIK SINI

2. Scrub - Bio-essence Bio-Treasure Japanese Apricot Seed Smoothing Face Scrub

Scrub saya pakai yang bio-essence punya juga. Saya akan pakai sekali dalam seminggu. Seriously, whitehead pun hilang bila saya skrub dengan produk ni. Kulit muka saya jadi lembut dan fresh. 

LINK OFFICIAL BIOESSENCEMY : KLIK SINI
3. Axis Y Dark Sport Correcting Glow Serum

Yang ni memang magic produck bagi saya. Bekas jerawat saya yang berbulan tak hilang-hilang, akhirnya hilang juga lepas pakai serum axis-y ni. Memang power lah serum ni bagi saya. Saya selalu beli kat kedai e'ace. 

Boleh beli kat sini kalau nak beli online: KLIK SINI
Kedai ni jual produk axis-y yang authentic.