Assalamualaikum. 

Alhamdulillah akhirnya lulus juga Google Adsense. Saya dapat emel pada 9 Mac 2021. Dah lama saya apply sebenarnya. Dari mula nak buat blog ni pun memang nak dapat pendapatan dari Google Adsense. Saya tak tahu lagi time tu yang berblog ni perlu berusia lama sebelum nak dapat Google Adsense ni. Lepas tu ada syaratnya supaya Google Adsense nak luluskan perletakan iklan di blog. 

Saya buat research sendiri pasal macam mana nak lulus Google Adsense ni. Dari blog ke blog saya baca. Saya ada baca yang blog mesti berusia lebih 2-6 bulan dan mesti ada banyak artikel. Ya memang betul tu.Saya siap beli domain sendiri lagi sebab nak senang dapatkan kelulusan Google Adsense. Saya beli domain dari NetKL, cuma RM 45. 


Baca di sini:



Blog saya ni berusia 7 bulan rasanya. Jadi di sini saya nak beri semangat kepada mana-mana blogger baru mahupun blogger lama yang belum lulus lagi Google Adsense tu. Saya yakin, korang boleh dapat kelulusan juga tu nanti.

Template pun jadi sebab juga Google Adsense tak lulus. Bulan lalu balik-balik saya tukar template. Terima kasih kak Nurul (Blogger SiiNurul) sebab beritahu pasal benda ni. Saya betul-betul tak tahu yang pemilihan template pun kena yang sesuai juga. Alhamdulillah, bila saya dah bertukar template kepada template blog saya yang sekarang, Google Adsense dah lulus hihihi.

Itu sahaja dari saya. Terima kasih kerana sudi baca !