Thursday, May 6, 2021

TIPS PANJANGKAN KARANGAN BM SPM: PENANDA WACANA

 


Assalamualaikum semua..

Bagaimana nak panjangkan karangan untuk subjek BM SPM? Mudah ja. Penggunaan Penanda Wacana memang wajib dalam mana-mana karangan. Jadi apa yang anda boleh buat ialah gantikan Penanda Wacana yang pendek dengan Penanda Wacana yang panjang, atau menambah Penanda Wacana yang lain untuk menghubungkan poin anda. Teruskan membaca.

Jadi apa yang boleh anda buat? Okay, saya akan jelaskan. Di bawah ini ialah Penanda Wacana yang sering digunakan mana-mana pelajar. 

1. Di samping itu,

2. Seterusnya,

3. Selain itu,


Ada banyak lagi Penanda Wacana yang lagi baik dan panjang. Di bawah ini ialah antaranya:

1. Dalam nada yang lain/sama,

2. Dari sudut kodifikasi yang berbeza,

3. Sementalahan itu,

4. Seperkara lagi,

5. Menelusuri dari segi/sudut yang seterusnya

6. Lontaran idea yang seterusnya

7. Memetik wasitah nirmala seterusnya

8. Bertitik tolak daripada itu

9. Meninjau dari skop yang lain

10. Tambahan pula


Contoh penggunaannya ialah seperti di bawah. Harap dapat membantu memperbaiki karangan anda selepas ini.

1. Selain itu, langkah kedua dalam menangani masalah ialah...

(Boleh ganti dengan Penanda Wacana seperti di bawah)

Bertitik tolak daripada itu, langkah kedua dalam menangani masalah ialah...

Lantaran idea yang seterusnya ialah ibu bapa seharusnya...



cc: Tiktok @Faiz Yah



4 comments:

  1. ok...nanti nak bagi anak baca ni... karangan dia teruk. guna bahasa pasar. pening mak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah 🥰 lepas ne dah tak payah pening dah hehe

      Delete
  2. Wah bagus cara ni, boleh memanjangkan lagi patah perkataan karangan dan memberikan impak yang lebih baik dalam hasil penulisan

    ReplyDelete