Sunday, June 20, 2021

Huawei MatePad T10s dari Shopee




HUAWEI MATEPAD T10S DARI SHOPEE MEMANG TERBAIK

 
Ini bukan sponsor okay. Saya cuma nak bagi tahu yang beli dekat Shopee pun berbaloi juga. Lebih-lebih lagi musim tak boleh nak keluar berjalan sangat ni, kena lah biasakan diri dengan pembelian secara online.

Punca saya beli tablet ni sebab laptop saya tu selalu sangat hang. Time nak buat assignment, nak hantar, due date pun nak dekat, sana lah laptop buat hal. Hang lah pula. Saya ada juga try juga okay yang orange buat video cara nak buat laptop tak hang. Saya ada jumpa dekat Facebook dan Twitter. Saya dah buat. Bagus juga cara tu. Smooth balik. Tapi mungkin saya banyak sangat kerja nak kena buat dekat laptop ni sampai dari pagi hingga tengah malam tak off sebab asyik buat kerja ja. Pastu file pun banyak.  Download tu download ni. Buat bisnes pun pakai laptop juga.  Jadi memang berbalik lah penyakit hang dia. 
 
Jadi balik-balik juga lah saya cakap saya nak beli laptop baru. Tapi kalau nak beli laptop baru, nak kena buang seribu lebih lagi. Jadi saya survey ja la tablet yang bagus dah murah. Saya survey dekat YouTube hahaha. Nak tahu mana tablet yang paling bagus. Last-last saya terjumpa lah ada beberapa YouTube yang review Huawei MatePad T10s ni. Diorang kata tablet tu bagus, memang cun lah. Kamera pun bagus juga. Harganya pula tak lah sampai seribu. Jadi saya buat keputusan nak beli Huawei MatePad T10s ni juga. 

Memandangkan daerah tempat tinggal saya tak  boleh sembarangan pergi jauh-jauh, dan tak ada kedai yang jual tablet tu, jadi saya cuba tengok dekat Shopee. Saya nak elak kedai yang jual tablet tak ada warranty atau tablet second hand. Jadi saya terus cari kedai Huawei Di Shopee tu. Alhamdulillah, ada juga kedai Huawei Di Shopee. Saya jumpa Huawei MatePad T10s dan Huawei MatePad T10s. Saya ni kalau nak beli apa-apa barang dekat Shopee, memang kena tengok dulu review-review tu. Alhamdulillah, review di kedai Huawei tu meyakinkan saya sangat lah. 

Huawei MatePad T10 lagi murah dan kecik sikit dari Huawei MatePad T10s. Sebelum saya beli tu saya ada chat juga penjual. Saya tanya mereka kalau barang yang sampai dekat saya rosak macam mana. Mereka jawab, mereka akan pastikan parcel tu dalam keadaan selamat semasa proses pengeposan. Pastu, kalau ada kerosakan juga bila dah sampai dekat saya, kena bagi tahu mereka. Jadi saya beli ja lah terus. Tapi lambat betul mereka nak  pos tablet saya tu ya. Nak seminggu juga lah mereka tak pos lagi. Jadi lambat lah nak tunggu tablet tu sampai. Bila mereka dah pos, ambil 5 hari juga dari Shah Alam ke Beaufort, Sabah.


Tadaaa. Barang yang saya terima adalah seperti gambar di atas. 
Ada free gift juga. Setakat ni semua nya okay ja. Tak ada apa-apa masalah pun semasa saya pakai tablet ni. Kamera pun cun juga. Ada yang kata Google Service tak support untuk Huawei punya device. Tapi tablet yang ni boleh ja Google macam biasa. Tak ada masalah. Google Meet pun boleh pakai dalam Huawei MatePad T10s ni . 

Lupa pula nak bagi tahu harga saya beli berapa. Okay harga saya beli ialah RM899 tetapi harga asal ialah RM999. Kira untung lah saya sebab dapat beli dengan harga ada diskaun hari tu. Kurang dari seribu. Berbaloi juga lah.  Cantik lagi tu. Jadi kepada sesiapa yang plan nak beli juga, beli ja. Hihihihi. So far, dengan Huawei MatePad T10s ni saya dapat buat kerja saya yang lain. Tengok Netflix pun best. Design cantik.

HUAWEI MATEPAD T10S (Shopee): https://invol.co/cl4keid
 
~~~~
 
Have a nice day

4 comments:

  1. Replies
    1. Ya betul tu, mudah dah sekarang ni dihujung jari ja ☺️☺️☺️

      Delete
  2. Gadget lah sy paling takot mau beli on9 nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa kak saya pun cuba-cuba juga tu mula-mula hihihi ^^ tawakal betul suda tu, kalau rosak ni time sampai, mmg pasrah ja la. Nasib barang tu alhamdulillah selamat dan tidak rosak <3 hihihihi

      Delete