Thursday, August 5, 2021

Pengambilan Internship di Tabung Haji




Saya nak praktikal / internship di Tabung Haji. Lagipun ada Tabung Haji dekat dengan tempat tinggal saya. Jadi senanglah nak datang intern. Dari pengalaman saya sendiri saya rasa mesti ramai lagi tak pasti dan tak tahu macam mana nak apply praktikal / internship di Tabung Haji. Sebab saya sendiri pun pada mulanya tak pasti dan tak tahu hehehe.

Kali ni saya nak kongsikan bagaimana nak tahu ada pengambilan pelajar praktikum, internship, atau latihan industri di Tabung Haji di Cawangan anda. Untuk makluman, saya pernah nak apply untuk latihan industri / internship di Tabung Haji di cawangan di daerah tempat tinggal saya. Tapi tak dapat nak apply.

Tak dapat apply bukan sebab tak layak atau ditolak hahaha. Tapi sebab tak ada pengambilan di cawangan yang saya nak. Yang ada semuanya jauh-jauh dari tempat tinggal saya. Dah lah musim pandemik ni, saya tak nak intern jauh-jauh. Jadi kalau boleh, saya nak intern di cawangan yang terdekat lah dengan tempat tinggal saya.

Pada mulanya, saya pergi walk-in ke Tabung Haji di cawangan di daerah tempat tinggal saya tu. Pertama kali kan nak cari tempat nak internship, jadi saya rasa gemuruh dan malu juga lah hehehe. Setiba ja saya di Tabung Haji tu, saya terus tanya dekat staf sana, ada atau tak pengambilan pelajar untuk latihan industri di situ.

Staf dia suruh saya tunggu kejap. Saya nampak lah dia masuk ke dalam pergi tanya staf yang lain. Bila dia keluar balik, dia tanya saya ada tak check di website Tabung Haji. Saya jawab iya ada. Tapi di "position applied for" tu tak ada list. Tak dapat tekan apa-apa. Lepas tu staf tu jawab, bila di "position applied for" tu tak ada list, maksudnya belum ada pengambilan lagi.

Saya pun jawab, ou macam tu hehehe. Saya baru tahu. Staf tu suruh saya check ja lagi sebab nanti akan ada pengambilan juga. Jadi kesimpulannya, jika nak apply internship di Tabung Haji, memang kena apply terus dari website mereka. 

Tekan DI SINI untuk terus ke website kerjaya Tabung Haji. Page akan nampak seperti gambar di bawah ni. 




Setelah tu, anda tekan ja Industrial Training tu. Nampak macam gambar di bawah. 




Selepas itu, tekan yang start your industrial training with us tu. Anda akan nampak macam gambar di bawah.




Kalau belum daftar atau pertama kali buka, kena daftar dulu lah. Isi yang kena minta. Bila anda nak daftar, anda kena tekan agree, lepas tu akan muncul macam gambar di bawah.







Lepas dah daftar, boleh login macam biasa. 




Jangan lupa, kena masukkan code yang diberi. Kalau tak taip balik code tu, tak dapat login. Selepas tu, bila dah login, baru lah boleh nampak bahagian permohonan nak apply internship. 



Nanti anda akan nampak macam gambar di atas ni. Bila di "position applied for" tu kosong, tak ada kena bagi list, atau tak dapat pilih apa-apa sebab tak ada pilihan, maksudnya tak ada pengambilan lagi lah tu. 

Kalau ada pengambilan, bahagian "position applied for" tu akan ada diberi pilihan untuk pilih nak apply unit apa dan di nak di mana. 

Hari tu ada buka pengambilan di website Tabung Haji selepas beberapa hari saya ke Tabung Haji di tempat saya tu.  Tapi tak ada pengambilan di tempat saya nak ni. Yang ada pun jauh sangat dari tempat tinggal saya. Jadi saya try apply dekat tempat lain pula. 

Kalau anda nak apply di Tabung Haji, kena selalu check lah website mereka tu. Mudah ja sekarang ni. Semuanya main online ja. 


Have a nice day 😊




25 comments:

  1. Semoga berguna untuk adik2 masa depan!. Besnytnya dapat intern dengan company besar macam TH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa semoga berguna untuk adik-adik yg nak try apply TH 🥰 best tu dpt intern dgn TH

      Delete
  2. Semoga berjaya dlm oencarian tmpt praktikal tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah 🥰 dah ada tempat baru hihihi walaupun mcm last minit dah

      Delete
  3. Tempat saya ramai juga pelajar buat praktikal.. Tapi musim covid ni takdelah.. Sebab nak kerja macam mana, pegawai lain pun bekerja dari rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa betul tu saya setuju, sebab musim covid sekarang ni dah limitkan banyak aktiviti dan kerja

      Delete
  4. senang aje boleh check kat website. tapi kena kerap check la kan takut terlepas

    ReplyDelete
  5. ada elaun ka kalau tabung haji?

    ReplyDelete
  6. hai, dekat website tabung haji ni, dia ada minta surat sokongan ipt tak? sebabnya uni saya tak keluarkan lagi suratnya.. takut lambat pula nak mohon kalau tunggu surat uni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai , rasanya tak ada . Saya dah check dekat website nya :))

      Delete
  7. salam, agaknya bulan berapa ye tabung haji nak buka utk internship sebab saya dah singup tapi position applied for tu tak keluar list lagi, dan saya intern bulan 2, tapi kan kata kene apply 3 months before kan? thank you in advance :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. berkenaan dengan position applied for u yang tak keluar list tu , pekerja di tabung haji di tempat saya kata saya kena check selalu website tu. mereka tak ada bagitahu bila ada pengambilannya :( tapi kalau awak ada tempat lain lgi yang awak nak intern, awak try dulu kat tempat lain tu. apa-apa pun, memang kena check selalu ja tu website tabung haji , nanti ada la tu pengambilannya cuma saya sendiri pun tak tahu bila

      Delete
  8. saya nak tanya, masa awak isi tuu 3 bulan sebelum intern atau dah lepas 3 bulan nak intern ? saya intern bulan 2, dah sign up tapi position applied for tu still tk boleh tekan :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 bulan sebelum intern. Kalau tak boleh tekan lgi maksudnya memang tak ada pengambilan lagi. Awak try apply di tempat lain kalau boleh, takut dekat tabung haji tu lambat lagi dia nak buka pengambilan nya

      Delete
  9. Hai, nak tanya TH ada letak syarat ke kos apa sahaja yang boleh mohon? Saya ambil degree islamic banking, agak-agak boleh ke untuk mohon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti ada syarat mcm tu atau tak. Tapi awak boleh cuba , lagipun islamic banking mmg sesuai nak mohon sana 😅

      Delete
  10. Assalamualaikum Nak tanya, dekat bahagian mana ye pergi ke bahagian intern sebab saya tak jumpa 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam. Tekan link ni untuk terus ke bahagian nak apply intern/practical

      https://practical.tabunghaji.gov.my/practical/hravenue_pclogin_eng.jsp

      Delete
  11. Assalamualaikum, saya nak tanya untuk placement letter, feedback letter, cover letter tu semua kita kena sertakan tak dalam permohonan kita tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam , ya sertakan ja sekali semua dalam permohonan awak.

      Delete
  12. Assalamualaikum, maaf ya. Berbalik dengan soalan placement letter, feedback letter tu, alamat dlm letter tu better Kepada HQ ka.. atau branch yang kita nak pilih?. (Saya isi melalui website)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam, better alamat tu letak alamat HQ. sebab selalunya, pengambilan pelajar intern ni memang HQ yang urus, then baru lah mereka akan bagitahu di branch2 mereka tu.

      Delete
  13. Assalamualaikum, saya nak tanya dia bagi email ke klau diterima?...lpstu ambil masa berapa lama ye untuk diterima drpd start apply?

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,nak tanya macam mana kita nak tahu tabung haji yang ambil intern di mana ya?

    ReplyDelete