Praktikal Secara Bekerja Dari Rumah (BDR)

 


Dengan musim pandemik sekarang ni, banyak syarikat dan organisasi yang mengarahkan pekerjanya bekerja dari rumah (BDR). Tidak ketinggalan juga pelajar-pelajar yang diterima menjalani praktikal / internship / latihan industri di syarikat dan organisasi tersebut.

Ramai pelajar yang menjalani praktikal / internship / latihan industri secara BDR sekarang ini. Saya sendiri pun menjalani praktikal secara BDR juga. Dalam seminggu tu, saya masuk office cuma dua hari sahaja. Selebihnya, saya BDR sahaja.

Bekerja Dari Rumah (BDR) atau dalam bahasa Inggeris nya iaitu Work From Home (WFH), adalah arahan yang diberi dan dikeluarkan oleh kerajaan kita, di mana BDR atau WFH ini dijadikan alternatif untuk terus bekerja walaupun bekerja cuma dari rumah sahaja. 

Dasar ini dianggap sangat sesuai untuk mengurangkan risiko Covid-19, jangkitan di tempat kerja, dan juga dapat mengurangkan pergerakan rakyat untuk keluar rumah. 

Ramai orang yang merasa alternatif baharu ini sangat bagus. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah orang yang merasakan bahawa alternatif ini kurang sesuai atas sebab tertentu.

Jadi, memang tidak dapat dinafikanlah BDR / WFH ini ada kelebihan dan kekurangannya. Yang menjalani BDR / WFH lebih faham akan situasi yang mereka sedang hadapi. Jadi ada kelebihan dan kekurangan yang akan mereka rasa.


Pengalaman Praktikal Secara BDR

Seperti saya sendiri, saya merupakan pelajar tahun akhir dari universiti yang sedang menjalani praktikum sekarang ini. Praktikum adalah wajib bagi saya untuk melengkapkan atau memenuhi syarat tamat pengajian secara keseluruhan.

Jadi, kalau saya tak habiskan praktikal saya ni, saya tak dapatlah sijil degree huhuhu. Nasib baik juga lah bidang pengajian saya tidak mewajibkan untuk membuat kedua-dua sekali iaitu latihan ilmiah (thesis) dan praktikum. 

Saya dengar-dengar pelajar dari fakulti lain wajib buat kedua-duanya sekali. Tapi fakulti kami tak. Kami diberi pilihan sama ada nak buat latihan ilmiah (thesis) atau nak buat praktikum. Jadi saya pun dengan berbesar hati pilih nak buat praktikum hehehe. 

Bukan apa, saya nak sangat ada pengalaman bekerja di sebuah syarikat dan bekerjasama dengan mereka. Walaupun cuma 12 minggu sahaja. Tapi tak apa, saya akan pastikan yang saya dapat belajar benda baharu sepanjang saya praktikal ni dan dapat banyak pengalaman.

Pengalaman tu penting ya. Penting sangat kalau nak resume nampak cantik. Jadi tak ada lah kosong ja kan. Lepas tu, nanti bila dah masuk kerja yang sebenar, tak ada lah rasa kekok sangat sampai tak tahu langsung nak kena buat apa kan. 

Pengalaman saya selama saya praktikal secara BDR / WFH ni, saya rasa sulit juga lah. Huhuhu. Sebab apa? Sebab susah nak dapat apa-apa tugasan. Untuk pengetahuan korang, saya praktikal di Pejabat Pendidikan Daerah. 


Tapi sebenarnya sebelum saya dapat di Pejabat Pendidikan, saya dapat tawaran praktikal di PERKESO. Hampir 2 bulan dah bulan persediaan nak praktikal di PERKESO, tapi jodoh tak lama huhuhu. Boleh baca related post di bawah kalau nak tahu kenapa saya tak jadi praktikal di PERKESO.


Minggu lalu (02/08/2021 sehingga 06/08/2021), saya dapat masuk office cuma dua hari iaitu hari Rabu dan hari Khamis. Isnin, Selasa dan Jumaat saya BDR /WFH sahaja. Sedih jugalah susah nak dapat tugasan time BDR / WFH ni. 

Jadi macam mana dengan laporan? Hehehe, macam mana saya buat. Semasa hari Rabu dan Khamis tu, saya ada buat beberapa tugasan yang berbeza. Jadi, ada beberapa tugasan pada dua hari tu saya letak di hari di mana saya menjalani praktikal BDR / WFH sahaja hehehe.

Jadi terisi juga la laporan harian saya. Minggu ni (09/08/2021 sehingga 13/08/2021) pula, saya langsung tak masuk office sebab dalam jadual dah ditetapkan. Lagipun kehadiran kami pelajar praktikal yang berpraktikal di Pejabat Pendidikan Daerah tu adalah bergilir-gilir. Jadi saya masuk minggu depannya lagi ja.

Satu minggu BDR / WFH fuhh! Nasib baik ada lebihan tugasan dari hari Rabu dan Khamis tu hahaha. Saya bahagi-bahagi sikit tugasan dalam laporan minggu ni. Dan Alhamdulillah, di tempat praktikal kami ada program nak dijalankan nanti.

Program secara virtual yaa, bukan program berkumpul ramai-ramai. Nanti kitaorang kena tangkap hahaha. Jadi, saya dilantik jadi AJK Sijil dan Cenderahati. Ada tugasan diberi kepada saya dan dua orang kawan praktikal saya. 

Kami diminta buat slide dan video. Dapat juga tulis laporan hehehe. Ada tugasan diberi. Lepas tu, kena minta buat satu design sijil yang bertemakan emas, wah! hahaha. Okay tambah lagi tugasan yeahh hahaha. Tak juga kosong laporan harian hehehe.

Yang paling penting, kita kena tanya dan minta tugasan dengan penyelia. Kalau diam-diam ja memang lah tak ada nak buat apa-apa. Saya pun mula-mula tak ada tanya-tanya ni huhuhu, silap saya juga. Tak patut saya buat macam tu. 

Jadi ini peringatan buat diri saya juga lah. Penting ya benda ni. Sebagai pelajar praktikal, kena tanya staf-staf kot ada tugasan yang boleh kita tolong. Lagipun, kita boleh belajar nak buat macam mana. Boleh juga tambah pengalaman baru kan. 

Lepas tu, bila dah praktikal secara BDR / WFH, boleh lah rajin bertanya penyelia ada kah apa-apa tugasan yang boleh dibuat time BDR / WFH ni. Kalau ada, bagus lah tu. 

Tapi, macam saya sendiri kan, ada kakak yang bekerja di tempat praktikal saya tu bagitahu, susah juga lah nak bagi tugasan untuk saya yang praktikal secara BDR ni. Sebab kebanyakan tugasan tu failnya cuma berada di pejabat dan tak boleh nak bagi pelajar praktikal bawa balik rumah. Saya rasa kalau saya jadi kakak tu pun mesti saya risau juga kot nanti hilang pula fail yang dibawa balik tu atau rosak huhuhu.

Tugasan nak dibuat secara online pun susah juga nak bagi pelajar praktikal macam mana, tapi saya faham sangat. Kakak tu ada cakap dekat saya, kalau ada tugasan nanti dia akan maklumkan juga. 

Jadi itu la kesulitan yang saya alami selama saya praktikal secara BDR / WFH ni huhuhu. Terima kasih kerana sudi baca pengalaman saya yang tak seberapa nak hebat ni hehehe.

Have a nice day everyone 😍

Post a Comment

10 Comments

  1. Saya haritu pun wfh jugak. Selang seli. Harini wfh, esok masuk office. Kalau wfh memang tak ada kerja langsung hahaha. Kalau masuk office, boleh ikut pergi site construction. Boleh isi dalam logbook. Tapi kalau wfh, garu kepala fikir nak kelentong apa dalam logbook hahaha. Apa apapun, goodluck intern! Fighting! Stay safe! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann ;(( saya pun nak tak nak kena kelentong juga laa nak tulis apa dalam logbook hahaha .. Terima kasih Atiqah , stay safe jugaa <3

      Delete
  2. kalo akk ni lg susah nk BDR..
    keje pembantu makmal.. tp nk BDR ape je?
    stakat kursus / taklimat online boleh la.. haha

    mencabar jgk la pratikal tp kena BDR ni..
    nasib baik boleh buat report jgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita sama-sama bertabah ja lah kak ;(( nak hadap BDR ni tak banyak kita dapat buat huhuhu T.T

      Delete
  3. Dugaan praktikal berepan dengan wfh ni berbeza. saya yakin awak boleh buat.

    tak apa janji ada pengalaman dan ilmu tu. Tapi tu lah harap2 yang monitor awak tu bagi full mark dekat awak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah saya boleh buat walaupun banyak sangat dugaan ;(( yaa saya pun harap monitor saya bagi full mark , dah lah susah nak kerja time sekarang ni T.T

      Delete
  4. semua skrg dalam new norm.. mmg rare bdr praktikal ni

    ReplyDelete
  5. Mencabar betul intern BDR ni kalau banyak tugasan lebih banyak hands on. Nak tak nak kena habiskan juga. Semoga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  6. mencabarnya intern masa-masa ne effect besar kepada laporan ke universiti. Adik Eca pun sepatutnya praktikal, tp xdpt tmpt so praktikal kena tangguh

    ReplyDelete
  7. Waktu saya praktikal dulu saya pun wfh dan wfo juga. Tapi sebab bidang saya memang okay je wfh. Saya lebih prefer wfh sebab best sikit nak coding dekat rumah kita boleh buat apa apa gaya untuk dptkan ilham tu. hahaha.

    wah bestnya boleh pilih salah satu. Saya memang kena buat dua dua praktikal. dan kemudian research dan menghasilkan system juga,. Barai betul

    ReplyDelete