Bagaimana Nak Mohon Internship Di Perkeso

 

Sebelum ini saya ada ceritakan bagaimana saya dapat tawaran di PERKESO. Ramai juga yang tanya saya bagaimana nak mohon dan apa yang kena nyatakan semasa nak mohon. 

Jadi di perkongsian saya kali ini saya nak share macam mana saya mohon internship di Perkeso.

Ini adalah pengalaman saya sendiri ya. Saya akan gembira dan bersyukur sangat kalau pengalaman saya ni dapat membantu korang semua.

Okay, pada awalnya kawan saya yang suggest saya untuk apply dekat perkeso ni. Jadi saya pun apply lah. Saya tanya kawan, macam mana dia apply. 

Selepas tu, saya pun try lah. Saya emel ja terus. Saya tak contact mereka dahulu. Saya terus ja send emel permohonan saya pada perkeso. 

Saya hantar emel dalam Bahasa Melayu ja macam kawan saya. Perkeso pun balas emel saya dalam Bahasa Melayu juga.

Sebelum tu, korang tahu tak emel perkeso apa? Kalau belum, okay saya bagitahu dekat sini. Ni ialah emel perkeso.

Emel: praktikum@perkeso.gov.my


1. Isi Subjek
Nak buat apa mula-mula? Isi lah subjek tu. Macam saya, saya letak subjek PERMOHONAN PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI.

2. Bagi salam
Selepas tu, saya bagi salam. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

3. Taip Tuan/Puan
Tekan "Enter" dekat keyboard tu dua kali. Taip lah nama panggilan untuk penerima. Macam saya, saya letak "Tuan/Puan,".

4. Bagitahu tujuan, tarikh, dan nak di cawangan mana
Perenggan baru nak taip apa? Tak tahu nak bagitahu apa dulu. Okay, boleh mulakan dengan bagitahu nama, pelajar dari universiti/tempat belajar mana, dan ijazah/diploma apa yang diambil.

Masuk lagi perenggan baru. Bagitahu lah tujuan korang hantar emel tu. Tujuan nya apa. Contoh, untuk makluman Tuan/Puan, saya ... . 

Haa ada tiga titik tu korang bagitahau tujuan korang. Tak tahu juga nak buat tujuan apa? Okay, bagitahu yang korang nak menjalankan latihan industri selama 12 minggu/4 bulan/6 bulan pada 26 Julai 2021 sehingga 15 Oktober 2021. Itu contoh lah kan. 

Ikut korang lah bila sebenarnya tarikh korang akan mula internship atau praktikal tu. Selepas itu, korang boleh bagitahu terus nak intern di cawangan mana.

Kalau macam saya, saya nak intern di perkeso cawangan yang berdekatan dengan saya. Jadi saya taip dekat emel tu, saya bagitahu yang saya nak menjalankan latihan industri di perkeso cawangan Beaufort.

5. Lampirkan dokumen
Yang paling penting sekali, perenggan seterusnya, taip yang korang ada lampirkan dokumen yang berkaitan dengan permohonan korang tu. Apa yang korang lampirkan. Bagitahu ja. Ha jangan lupa nak lampirkan dokumen pula.
 
6. Letak nombor telefon yang boleh dihubungi dan emel
Selepas tu, jangan lupa, bagitahu nombor telefon korang yang boleh dihubungi dan juga alamat emel korang. 

Ya, tahu lah hantar emel pun pakai emel, nak lagi bagitau alamat emel dalam tu hahaha, tapi terpulang dengan korang. Kalau saya, saya bagi ja nombor telefon dan emel hehehehe. 

7. Ucap terima kasih
Last sekali, cakap terima kasih. Kenapa nak letak terima kasih? Mestilah, nampak formal gitu. Tapi banyak boleh rujuk macam mana nak buat emel secara formal ni. Lagi senang boleh cari di internet ja.


Apa dokumen yang penting nak dilampirkan dalam emel untuk perkeso?

1. Resume
2. Transkrip (jika ada) atau keputusan semasa
3. Surat sokongan dari Universiti yang korang boleh dapat dari lecturer korang
4. Borang jawapan organisasi atau company reply form. Yang ni pun korang boleh dapatkan dari lecturer korang. Yang ni kena ada ya. Isi siap-siap maklumat korang dalam borang tu, jadi perkeso tinggal sign dan cop ja di borang tu dan mereka akan isi mana yang patut.

 
Ramai yang tanya, nak letak nama dan alamat apa dekat surat application yang dari universiti punya.

Saya buat macam ni :

Unit Pengambilan dan Perkhidmatan
Bahagian Sumber Manusia,
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),
Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang,
50538, Kuala Lumpur.

Related post: Latihan Industri Di PERKESO



Post a Comment

22 Comments

  1. wah, bagus panduan ni. Semoga bermanfaat untuk junior akan datang. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah , saya pun berharap sngat begitu 🥰

      Delete
  2. Nice sharing. Boleh dijadikan panduan untuk pelajar yang ingin menjalani latihan industri.

    ReplyDelete
  3. hai nak tanya berapa allowance?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam borang jawapan saya yg perkeso isi , rm45 sehari

      Delete
  4. Hye sis. Boleh tanya ambil course apa ye? Sebab saya pun nk apply perkeso tapi course computer science

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ambil course financial management and banking. Awak boleh ja try mohon ☺️

      Delete
  5. hi sis, nak tanya. Semua cawangan perkeso ke available for intern?

    ReplyDelete
  6. kalau email sent dalam bahasa melayu, resume boleh dalam English ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kot sebab saya pun mcm tu hahahaha , emel saya buat dalam bm , tapi dokumen semua dalam English 😅 actually saya terlupa nak tukar dokumen semua pegi bm 😅 lepas send baru perasan

      Delete
  7. company reply form tu kalau university tak provide mcm mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu saya tak sure mcm mana. tapi cuba awak bincang dengan academic supervisor awak hehehe

      Delete
  8. Hi, boleh sy tahu, biasanya berapa lama masa dia ambil utk reply email kita and accept permohonan Internship kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu saya tak sure 😅 ada yang cepat ja kena reply , dan ada yang lambat. Kalau lambat betul nak sampai sebulan tu , memang kena emel lagi follow up. Sebab mungkin mereka terlepas emel permohonan tu. Better emel lagi sekali ,

      Delete
  9. Hi saya nak tanya, Borang jawapan organisasi atau company reply form tu macam mana ye ? sebab saya rasa uni saya macam tak provide this form but i'm not sure. Takut saya terlepas pandang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, borang jawapan organisasi atau company reply form tu memang uni yang provide kan. Saya tak sure boleh buat sendiri atau tak. Tapi yang pasti memang form tu uni yang sediakan la =) . Awak kena tanya lecturer awak mengenai hal ni. Sebab perkeso memang nak borang jawapan tu kalau apply intern di tempat mereka.

      Delete