YouthAyuju Blog | Part-time Blogger

Hello ! It's me Ayu. Welcome to my blog. Wishing you good health and peace without end.

  • Home
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Sitemap
 
Tips Dapat Pointer Tinggi Untuk Ulangan STPM


Assalamualaikum semua. Jadi hari ni saya nak kongsikan tips bagaimana nak score dan dapatkan pointer yang tinggi untuk ulangan STPM. Ni saya nak kongsikan tips yang saya guna semasa saya masih belajar  di tingkatan 6. 

Untuk pengetahuan anda semua, pointer saya cuma 3.50 ke atas, bukan 4 flat. Kalau dekat universiti, kolej atau politeknik, pointer 3.50 dan ke atas tu dah dekan. Alhamdulillah. Tak nak kah dapat pointer 3.50 dan ke atas? Mesti lah nak kan. Saya yakin semua orang boleh capai kalau benar-benar berusaha.

Tak jadi masalah pun ambil ulangan ni. Tak nampak buruk pun kalau nak ulang subjek peperiksaan. Lagi bagus sebenarnya. Sebab apa? Sebab dapat perbaiki result yang sedia ada. Tapi ramai juga yang tak nak mengulang.

Kenapa? Ada yang tak nak ambil ulangan sebab malas nak belajar lagi benda yang sama di semester seterusnya. Ada juga yang beri alasan tak nak ambil ulangan sebab dah bersyukur sangat dengan result yang sedia ada. Tak dinafikan juga ada yang tak nak ambil ulangan sebab ada masalah kewangan. 

Ya betul memang tak dapat paksa pelajar tu ambil ulangan. Tak baik paksa kalau pelajar tu tak nak. Tetapi selagi boleh dipujuk dan diberikan inisiatif untuk membantu pelajar tu agar mendapat peluang untuk perbaiki keputusan STPM yang sedia ada, memang bagus lah ambil ulangan. 

Saya nasihatkan kalau dapat B, B- dan ke bawah tu, boleh lah ambil ulangan. Kalau ambil ulangan, Insyallah boleh dapat A dalam subjek tu. Dapat C? Haa kena ambil ulangan. Sangat-sangat disyorkan. Kalau C tu dapat diperbaiki pergi ke B/B+/A-/A , sangat bagus macam tu. C- dan ke bawah pun sangat disyorkan ambil ulangan.

Jadi di bawah ni saya senaraikan Tips yang anda boleh pakai untuk dapatkan pointer tinggi pada ulangan STPM. Teruskan membaca.


Tips Dapat Pointer Tinggi Untuk Ulangan STPM

1. Rajin Bertanya

Masih lagi malu nak bertanya? Kenapa nak malu dalam menuntut ilmu? Saya percaya anda tentu masih ada yang kurang paham dan ada yang tak tahu dengan sesetengah bab atau pembelajaran yang diajar oleh guru. 

Bila dah buat keputusan nak ambil ulangan, anda pasti dah tahu bab atau bahagian mana yang anda ada masalah atau kurang paham. Guru-guru pun sangat mengalu-alukan pelajarnya bertanya jika tak paham. Jadi bertanya lah untuk mudah paham dan tahu. 

Kalau anda masih takut atau malu nak bertanya dengan guru, anda boleh bertanya dan minta tunjuk ajar dengan kawan-kawan yang tahu dan pandai bab tu. Boleh belajar bersama-sama. Jadi, anda kena tanya kawan kalau malu nak tanya dekat guru. 

Kalau malu juga nak tanya dekat kawan macam mana? Jangan lah macam tu. Mesti pernah dengarkan peribahasa "malu bertanya, sesat jalan". Buang malu tu. Pada pendapat saya, antara guru dan kawan, saya sangat syorkan anda bertanya lah dekat guru. Sebab guru anda tahu nak mula dari mana dan tahu macam mana nak buatkan anda paham. Guru tak akan biarkan pelajar nya tak pandai. 


2. Buat Nota Sendiri

Kalau saya sendiri, saya selalu buat nota bila belajar. Saya menulis ya, tak buat nota secara digital. Sekarang kan dah canggih, ramai yang dah ada laptop sendiri dan tablet atau ipad sendiri. Apps untuk buat nota digital pun dah banyak. 


Related Post: Buat Nota Di Kertas VS Nota Digital


Anda boleh ja buat nota digital kalau nak semasa belajar. Tapi saya sangat syorkan kalau boleh buat nota tu dengan menulis. Sebab menulis selalunya boleh membantu kita mudah mengingat akan sesuatu yang kita nak ingat dan tahu. 

Saya, bila belajar sendiri dekat rumah, saya suka buat nota dengan menulis walaupun saya memang ada laptop dan tablet sendiri. Sangat membantu saya mengingat ya. Dan saya juga selalu tulis nota yang sama sampai 2-3 kali. 

Sejujurnya, saya tak pandai buat nota cantik-cantik. Saya pernah nak buat satu buku nota yang cantik dengan tulisan saya sendiri, tapi tulisan dan mood saya tak membantu hehehe. Tulisan saya tu bersambung-sambung jadi kalau nak baca balik apa saya tulis tu pun kadang-kadang saya tak baca balik sebab tulisan tak cantik ehehehe. 

Sebab tu saya selalu tulis nota sampai 2-3 kali. Kadang-kadang saya baca, dan kadang-kadang tak baca balik. Tapi buku nota yang saya beli dekat kedai dan dari cikgu saya akan baca lah.  Sebab tak pakai tulisan saya hehehe. 

Saya ingat sampai sekarang cikgu ekonomi saya pernah cakap dekat saya dan kawan-kawan dalam kelas ekonomi, selalunya orang yang pandai, bukunya tak akan dibiarkan bersih tanpa contengan nota-nota. 

Buku nota yang kita beli mahal-mahal di kedai buku sampai ada yang nak dekat rm50 tu, tak salah pun kalau kita buat nota-nota sikit dalam tu. Buku kita kan. Sambil guru menerangkan, sambil tu boleh tulis nota penting dari penerangan guru anda yang mungkin tak ada dalam buku nota tu. 

Pakai pensel kalau nak senang padam. Jadi nanti bila kita nak ulang kaji, kita dapat info banyak dan mudah nak faham apa yang guru terangkan dalam kelas dengan apa yang ada dalam buku nota/teks kita tu. 


3. Hafal Fakta dan Huraian

Saya selalu buat benda ni. Saya percaya anda pun sama. Hafal fakta dan huraian untuk senang jawab dalam kertas peperiksaan. Setahu saya, jawapan yang diperiksa oleh pemeriksa peperiksaan, jawapan nya mesti hampir atau tepat dengan kertas jawapan sebenar. 

Saya ada ambil ulangan kertas geografi semester 1. Semester satu saya memang tak berapa nak paham apa yang nak kena jawab dalam kertas soalan dan ada yang saya tak ingat langsung apa gambar rajah dalam kertas soalan tu padahal dah belajar dalam kelas.

Nak atasi masalah lupa tu, saya mula dengan menghafal banyak proses-proses, nama-nama, dan sebagainya. Contoh, mula-mula saya tak tahu nak jawab berkaitan peredaran bumi dan kesan-kesannya. 

Kan ada tarikh yang berbeza untuk empat musim tu. Jadi saya kena hafal juga fakta dan info nya. Setelah itu, baru saya akan mudah faham dan boleh terangkan apa jadi dengan kesan peredaran bumi, misalnya perbezaan siang dan malam, kejadian gerhana, dan banyak lagi.

Fakta kena hafal dan ingat. Selepas tu baru lah mudah nak paham apa yang jadi pada sesuatu kejadian itu. Saya rasa semua subjek kena pakai "hafal dan ingat" ni. Macam subjek ekonomi, kena hafal formula dan rumusnya walaupun memang ada kena beri semasa peperiksaan, sebab kita kena tahu di soalan apa yang sesuai kita guna formula atau rumus tu. Sejarah lagi lah nak kena hafal tokoh-tokoh penting tu.

Hafal pelan-pelan. Anda kena percaya dengan kemampuan anda. Anda boleh target bahagian mana atau bab apa yang anda nak kuasai terlebih dahulu. Saya nasihatkan agar anda jangan terlalu bergantung dengan soalan ramalan, tapi cubalah untuk bersedia semampu yang boleh untuk pastikan tiada jawapan kosong dalam kertas peperiksaan anda nanti. 


4. Jawab Soalan Dari Tahun-Tahun Lepas Dan Soalan Ramalan

Yang ni sangat-sangat membantu nak dapatkan pointer tinggi untuk ulangan STPM. Jawab soalan-soalan tahun lepas boleh buat anda ingat nak letak jawapan apa. Soalannya pun anda sendiri boleh nampak macam mana soalan yang diberi dan apa jawapan yang sepatutnya untuk soalan tersebut. 

Soalan ramalan pun banyak. Boleh jawab. Apa yang paling penting ialah anda kena tahu struktur soalan tu semua. Soalan banyak yang tricky. Kena paham soalan dahulu baru dapat jawab dengan betul.

Saya nak kongsikan cara yang cikgu geografi saya pernah ajar. Tapi saya rasa sekolah lain pun pakai juga cara ni hehehe. Mula-mula kami diberi satu set soalan untuk dijawab ikut masa yang diberi. Sebelum nak jawab tu, cikgu kami bagi kami set jawapan untuk set soalan tu. 

Bukan nak suruh kami meniru ya hehehe. Cikgu geografi kami suruh kami hafal semua jawapan dalam set jawapan tu untuk 10-15 minit macam tu. Kan banyak soalan dalam satu set tu. Jadi saya kena lah hafal keyword dan point penting dalam set jawapan tu. Kena ingat juga urutan huraiannya. 

Memang tak dapat hafal kesemua jawapan tu. Dapat hafal keyword dan point penting tu pun dah cukup. Bila dah habis masa hafal jawapan. Set jawapan kena ambil balik. Tapi semestinyalah cikgu kami akan pastikan tak ada yang salin jawapan tu di mana-mana. 

Jadi cara tu lah yang kami guna dari semester 1 sampai semester akhir. Memang membantu sangat. Dalam kelas ekonomi pun cikgu saya buat cara macam tu juga. Jadi itu lah apa yang saya dan kawan-kawan saya buat kalau nak ulang kaji. Hafal jawapan pastu jawab soalan. 

Ia sangat membantu kita mengingat jawapan dengan mudah, Lebih-lebih lagi bila kita balik-balik dapat struktur soalan yang berbeza tapi jawapan yang sama, kita mudah nak jawab soalan tu dengan betul dan tepat. 



Saya harap tips di atas dapat membantu adik-adik yang sedang belajar di tingkatan 6 agar memperolehi pointer tinggi untuk ulangan STPM. 


Have a nice day everyone 😊
 

Tukar template blog lagi. Dah lama dah rancang nak tukar selepas dah ada iklan dekat blog ni, tapi ragu-ragu hahaha sebab takut nanti tersalah tukar sampai iklan hilang. Tapi saya cuba juga. Nasib baik iklan masih berlegar-legar dekat blog ni.

Kalau boleh tak nak tukar dah, sebab susah sangat nak edit balik layout tu semua. Tapi tengok dulu lah macam mana nanti hahaha. Sebelum ni pun dah plan tak nak tukar template blog lagi. Tapi tengok sekarang ni hahaha dah tukar template blog lagi. 

Template blog saya kali ni saya download dari Gooyabitemplate. Rasanya semua template dalam Gooyabitemplate ni memang best dan bagus untuk blog sebab template nya yang responsive, seo friendly, dan sebagainya. 


seo friendly template blog


Gambar di atas ni adalah template blog yang saya pakai sekarang. Memang cantik. Saya pilih template ni sebab warna putih dan nampak kemas. Cuma nak letak gambar dekat About Me tu ja yang hemm rumit betul. 

Saya tak tahulah saiz yang sesuai. Balik-balik saya upload gambar saya tu sebab gambar tu tiba-tiba memanjang. Muka saya pun jadi panjang hahaha. Lama juga lah nak adjust. Saya rasa gambar saya yang sekarang tu dah okay dah saiz nya kot. Saya pun tak tahu lah hahaha.

Saya harap saya tak tukar template blog ni lagi lah sampai tahun depan. Huhuhu. Susah juga nak setia  pakai satu jenis template ja. Sikit-sikit rasa ada ja yang tak kena. 

Saya berhati-hati juga nak pilih template blog ni. Bukan apa, template blog ni pun main peranan juga kalau nak Google Adsense berkenan dengan blog kita. 

Related post: Google Adsense Dah Lulus
Related post: Nombor Pin Google Adsense Dah Sampai 

Sebelum saya dapat iklan dari Google Adsense pun template blog saya ada masalah. Google Adsense tak suka kot. Terpaksa saya tukar. Tapi lepas saya tukar, Alhamdulillah ada pula iklan dari Google Adsense dalam blog ni. 

Just in case, kalau ada yang nak cuba template blog ni, boleh tekan DI SINI. Okay ni kira saya nak tolong bagi cadangan lah ni kepada sesiapa yang nak template warna putih dah nampak kemas macam ni. Kemas kan? Saya rasa kemas ni hahaha. 


Have a nice day everyone 😊

 


Apa itu self-care? 

Self-care ni adalah salah satu topik yang sangat popular. Asyik cakap self-care tapi tak tahu apa itu self-care. Self-care, dalam bahasa melayunya ialah penjagaan diri. Atau dengan lebih tepatnya, kita menjaga diri kita dari segi fizikal dan mental. Self-care tidak sesuai untuk dimaksudkan dengan memanjakan diri atau mementingkan diri.


Maksud self-care ini adalah lebih kepada:

  • Menjadi sihat dan cergas
  • Menyedari apa yang melemahkan diri kita dan mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan kesihatan mental dan fizikal kita
  • Memperlakukan diri sendiri dengan baik 
  • Mampu mengawal emosi diri

Mesti selalu dengarkan, "jaga diri sendiri dahulu baru nak jaga diri orang lain". Maksudnya ialah kita perlu pastikan yang diri kita mencapai kesejahteraan dalam hidup dan cukup untuk membuat kita sihat dari segi fizikal dan mental serta mudah mendapatkan kebahagiaan dalam hidup. 

Pastinya, hidup kita akan lebih rasa tenang dan mudah terhindar dari anxiety atau kegelisahan, dan kemurungan. Selain itu, self-care juga terbukti dapat mengatasi masalah stress. Jadi semua orang kena ada self-care ni. 

Kena tahu macam mana nak self-care. Tak susah pun. Susahkah nak sayang diri sendiri? Mesti lah tak kan. Bila kita sayang diri kita sendiri, kita dapat menghargai semua yang kita buat atau kita usahakan. 

Kita boleh bezakan apa yang tak bagus atau memudaratkan untuk diri dan mana yang sangat bagus atau tak memudaratkan untuk diri kita.


Kenapa self-care sangat penting? 


Adakah anda merasa bersalah kerana mendahulukan diri atau menjaga diri anda sebelum orang lain seperti keluarga anda misalnya? 

Saya ada jawapan yang tepat untuk persoalan di atas.

"Jika anda tidak menjaga diri sendiri, bagaimana anda akan menjaga orang lain." Secara logiknya ia memang masuk akal! Cuba untuk puaskan hati diri anda dahulu sebelum puaskan hati orang lain. 

Jika anda pentingkan nak puaskan hati orang lain dahulu, anda mungkin tak dapat keluarkan kemampuan anda kerana terlalu berjaga-jaga sebab nak orang lain puas dahulu, padahal anda mempunyai kemampuan yang luar biasa yang mungkin boleh membuat orang lain kagum dengan anda. 

Anda tidak akan tahu kalau tidak cuba. Oleh sebab itu pentingnya self-care atau menjaga diri untuk mencapai kesihatan dan kesejahteraan fizikal dan mental. Sayangi diri kita dahulu. Saya pasti kita akan mudah mencapai sesuatu yang kita impikan. 


Walaubagaimanapun, satu hal yang sangat penting untuk anda tahu ialah, self-care bukan

  • Pentingkan diri sendiri
  • Memanjakan diri, kerana sifat memanjakan diri boleh membawa kepada sikap malas, boros dan sebagainya
  • Tidak peduli akan keperluan atau pertolongan dari orang lain

Penjagaan diri tidak semestinya mengambil masa yang lama. Sebenarnya banyak aktiviti penjagaan diri yang cuma mengambil masa hanya beberapa minit.

Tidak rumitpun. Sememangnya terdapat banyak aktiviti mudah yang boleh anda lakukan.


Have a nice day everyone 😊

 


Giveaway Aku dan Kamu dari 1 Julai sehingga 31 Julai 2021. Sempat lagi saya join ni. Terima kasih As sebab jemput join giveaway ni. Hadiahnya pun menarik hihihihi.  Yang belum join tu jom join, masih sempat lagi ni 😄 Tekan gambar di atas kalau nak join ya. 

Kepada As dan Aliff, 
Happy anniversary to both of you 💕 Wishing more happiness and more love for both of you in the years come 💕 May the both of you be blessed with many more years of wonderful moments and beautiful memories. Saya doakan As dan Aliff sentiasa diberkati dan bahagia selalu hingga ke jannah 💗
#asaliff
Sedihnya sebab terpaksa tolak tawaran nak berpraktikum di Perkeso. Sepatutnya hari ni dah jadi first day intern saya. Tapi tak ada rezeki. Mungkin ada hikmahnya. Saya dan kawan-kawan lain yang dapat tawaran dari Perkeso, dah tolak tawaran Perkeso. Last minutes punya penolakan tawaran.

Kenapa kami terpaksa tolak tawaran Perkeso terus? Sebab Perkeso tak terima pelajar praktikum lapor diri pada bulan Julai dan Ogos. Terkilan juga lah. 2 bulan dah rasa macam confirm akan lapor diri di Perkeso, tapi tiba-tiba ja tak boleh nak lapor diri. 

Persiapan pun dah buat. Saya dah beli baju kurung baru, untuk pakai pada hari intern. Memang bahagia sangat dah nak intern di Perkeso. Tapi kena terima juga hakikat yang kerajaan dah umumkan Pelan Pemulihan Negara pada 5 Julai 2021 untuk sektor perkhidmatan perlu (essential services) cuma ditetapkan dengan kehadiran ke pejabat 20% sahaja seperti yang dimaklumkan oleh pihak Perkeso.

Tapi saya dan kawan-kawan memang ada rasa kecewa sedikit lah. Sebab dapat emel yang Perkeso tak terima pelajar praktikum lapor diri pada last minutes. Bayangkan, 4 hari yang lalu saya dapat emel tu dari perkeso, macam mana lagi nak dapat tempat yang baru sebelum bulan Ogos kan. 

Saya tak nak salahkan Perkeso, sebab saya percaya pihak mereka mungkin sedang menghadapi kesukaran dengan keadaaan sekarang ni. Lagipun membuat keputusan begitu adalah hak mereka. Jadi saya anggap memang saya sendiri yang tak ada rezeki nak dapat intern di Perkeso. 

Ada dua kali Perkeso emel kami. Emel pertama pada 7hb Julai. Perkeso beri kami pilihan sama ada nak tangguh/tukar/tolak tawaran dan kalau nak tangguh atau tukar tarikh lapor diri, kena berurusan dengan universiti. Pada mulanya macam susah fakulti kami nak bagi kelulusan penukaran tarikh, tapi last-last bagi kelulusan juga. Jadi kami akan lapor diri pada 2hb Ogos.

Dan emel kedua, iaitu emel yang baru-baru ni kami dapat. Saya sendiri yang follow up emel balasan saya yang sebelum ni untuk penukaran tarikh pergi 2hb Ogos. Tiba-tiba dapat balasan yang Perkeso tak terima pelajar praktikum juga bulan Ogos ni. Dan diberi pilihan yang sama juga sama ada nak tangguh/tukar/tolak tawaran tu. Sedih juga lah.


     

Lecturer pun kata, fakulti memang tak dapat bagi kelulusan nak tangguh lagi. Sebab fakulti kena ikut timeline. Nanti bila tangguh lagi, kami pelajar yang kesian sebab lambat habis. Kami merayu juga nak minta peluang bagi masa untuk cari tempat baru. 

Kami diberi masa seminggu bermula khamis minggu lalu, sehingga hari rabu pada minggu ni. Lecturer pun ada cakap, tidak apa kalau tak dapat intern, boleh buat thesis juga. Semua ni pasti ada hikmah. Ya, semuanya pasti ada hikmah. Saya pun okay ja kalau buat thesis. Mana tahu Dia nak bagi rezeki yang lebih baik selepas ni 😍

Okay, saya nak cari tajuk thesis. Memang sibuk lagi lah ni. It's okay Ayu. Ni tidak lama pun 💪 

Have a nice day everyone 😄

~~~~~

Update! (02/08/2021)
Rupanya PERKESO panggil balik pelajar yang dapat tawaran internship di PERKESO tu. Dah tukar dah peratus kehadiran mereka. Dah jadi 60% dah hm. Kawan-kawan saya pun ramai yang tak terima nak internship di sana sebab dah dapat tempat baru. Saya sendiri pun dah dapat tempat baru juga huhuhu. Tak sampai hati nak tolak tempat baru tu. Jadi kepada sesiapa yang nak apply internship atau praktikal di PERKESO, anda berpeluang besar 😍 Sebab kehadiran 60% dah, jadi boleh hadir ke office. All the best ! 😊

 



Lama dah tidak join giveaway 😄 Sebenarnya dah beberapa hari yang lalu nampak giveaway Mamapp, tapi tak sempat nak buat entri. Jadi sekarang ni dah ada masa, terus buat entri ni 😘

First of all, tahniah kepada Mamapp sebab pv nak dekat 3M dah wahh 😍 sikit lagi tu nak sampai 3M. Menginspirasi betul lah wahh. Best rasanya kalau ramai yang dapat baca apa yang kita tulis/taip. 

Jom join giveaway Mamapp ni, hadiahnya pun menarik ! Syarat pun senang. Tekan ja gambar atas tu kalau nak join.

Have a nice day everyone 😍

Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

Hi! My name is Ayu. Do contact me at ayu.juayu@gmail.com for any collaboration and review

Total Pageviews

Followers

POPULAR POSTS

  • CARA HILANGKAN TINY BUMPS / JERAWAT PASIR
  • Best Quote of the Day #6
  • IDEA BISNES UNTUK PELAJAR
  • GOOGLE ADSENSE DAH LULUS
  • Pengalaman Internship Di Pejabat Pendidikan
  • 7 Perkara Penting Yang Perlu Ada Dalam Resume
  • Bagaimana Nak Mohon Internship Di Perkeso

♥ SERVIS BUAT RESUME ♥

Distributed By Gooyaabi | Designed by OddThemes