YouthAyuju Blog | Part-time Blogger

Hello ! It's me Ayu. Welcome to my blog. Wishing you good health and peace without end.

  • Home
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Sitemap
 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Saya harap semuanya dalam keadaan yang baik dan sihat. Okay, hari ini saya nak kongsikan tips yang berguna buat pelajar-pelajar yang sedang menjalani internship atau praktikal, dan perlu menjalani Bekerja Dari Rumah (BDR) atau Praktikal Dari Rumah (PDR). Tips ni saya ada buat juga hahaha.

Mesti sukar kan nak fikir apa nak diisi laporan dalam logbook bila dah bekerja dari rumah atau praktikal dari rumah. Lebih-lebih lagi yang kena buat laporan harian seperti saya. Pening nak kelentong apa dalam laporan. Apa?! Kelentong ?! Hahahaha. 

Tipu lah kalau saya sendiri pun tak terfikir nak kelentong buku log saya. Tapi saya rasa tak sesuai nak panggil "kelentong". Bunyinya macam jahat betul pula.

Buat apa nak kelentong. Kita kena pandai lah nak isi laporan dalam buku log tu ikut mana yang sesuai. Penyusunan ayat dan huraian kerja tu kena pandai buatlah. 

Saya sendiri, dah ada dua minggu terkumpul di mana saya menjalani praktikal dari rumah sahaja. Dekat office saya, pelatih yang tak perlu datang office pada hari tertentu tu dipanggil praktikal dari rumah. 

Dengan kehadiran 60% sahaja bagi kehadiran ke pejabat, jadi kami yang pelatih ni kena bergilir lah datang office. Tapi saya dah dua kali, seminggu terus menjalani praktikal dari rumah. Jadi dua minggu lah tu. 

Memang pening betullah saya nak isi apa dalam logbook sebab cuma sehari dua ja yang ada tugas boleh dibuat semasa praktikal dari rumah dan selebihnya tak ada buat apa-apa. Langsung tak ada tugas diberi. 

Dah lah saya kena buat laporan harian. Dan minggu ini saya praktikal dari rumah seminggu terus. Lima hari tak ada tugas nak dibuat hahaha.

Sebelum tu saya nak bagitahu awal-awal, kalau boleh tanya ya supervisor korang atau staf yang korang kenal dan biasa, kot ada tugas yang boleh dibuat. Kalau ada, sangat bagus tu. 

Tapi kalau tak ada, jangan risau. Jangan pening. Saya dah nak kongsikan dah ni tips macam mana nak isi logbook bila terpaksa menjalani bekerja dari rumah atau praktikal dari rumah. Lebih-lebih lagi bila tak ada tugas langsung nak dibuat semasa di rumah tu.



Tips Isi Buku Log Semasa Saya Menjalani Praktikal Dari Rumah

Okay macam ni cara saya. Actually, saya dapat tips ni pun dari kawan juga hahaha. Nak tahu tak apa saya buat? Okay teruskan membaca.

1. Bahagikan tugas-tugas yang dibuat dalam sehari tu untuk beberapa hari punya laporan

Semasa saya datang office, saya ada beberapa tugas berbeza yang saya buat dalam sehari tu. Bila ada pegawai yang nak minta tolong lakukan sesuatu, saya pun tolong. Kadang-kadang saya offerkan diri juga lah nak tolong buat.

Memandangkan tugas-tugas yang saya buat dalam sehari tu berbeza, jadi saya cuba untuk bahagikan tugas-tugas tu dalam laporan harian saya. 


CONTOH

Semasa bekerja di pejabat: Saya buat tugas 1. Tiba-tiba ada kakak (pegawai) nak minta tolong, jadi saya tolonglah kakak tu buat tugas 2. Memandangkan tugas 1 saya boleh disambung pada bila-bila masa, jadi saya offer diri nak tolong pelatih lain buat tugas 3 yang sedang mereka buat tu. Jadi kesimpulannya, dalam sehari saya ada buat 3 tugasan.

Jadi apa yang saya buat bila ada 3 tugasan dalam masa sehari di pejabat tu. Ini yang saya buat. Teruskan membaca.

Laporan Harian 
Isnin/selasa/rabu/khamis/jumaat: Tugas 1
Isnin/selasa/rabu/khamis/jumaat: Tugas 2
Isnin/selasa/rabu/khamis/jumaat: Tugas 3

Saya percaya ramai juga yang tahu buat macam ni. Especially yang sekarang tengah ambil ijazah selepas ambil diploma sebab sebelum ni mereka pernah juga menjalani internship/praktikal. 

Tapi macam saya, yang tak pernah pun internship/praktikal, jadi memang gugup dan tak tahulah benda ni hahaha. Yang ni pun saya dapat tips dari kawan saya yang pernah internship/praktikal semasa mereka ambil diploma dulu.

2. Rajin bertanya lah, tak payah nak malu-malu pula

Tips yang paling penting yang kawan saya ada bagitahu saya ialah kena rajin bertanya dengan penyelia atau pekerja-pekerja di tempat intern/praktikal. 

Kalau boleh, bergaul rapat dengan mereka dan minta nombor telefon mereka. Minta nombor telefon untuk bertanyakan tugas-tugas yang boleh dibuat semasa praktikal di rumah. 

Saya pun semasa first day lapor diri di tempat intern tu pun malu sangat nak buka mulut bertanya dekat pekerja-pekerja di tempat saya intern tu kot ada apa-apa yang boleh saya buat atau tolong huhuhu.

Jadi sebagai peringatan buat diri dan untuk anda semua, bergaul lah dengan pekerja-pekerja tu. Jangan malu nak bertanya. Memang kena rajin bertanya.

3. Extra Tugasan

Lepas tu, saya nak bagi contoh lah apa yang boleh korang isi dalam sehari dua bila bekerja dari rumah atau praktikal dari rumah. 

Di bawah ni ialah contoh yang saya ada letak dalam dua hari di mana laporan saya masih kosong tak terisi sebab praktikal dari rumah. 

Korang boleh letak dalam laporan semasa menjalani bekerja dari rumah atau praktikal dari rumah jika tak ada apa-apa tugasan untuk dibuat.

  1. ...mempelajari/mencari maklumat mengenai latar belakang organisasi (nama tempat intern/praktikal)...
  2. ...mempelajari/mencari maklumat mengenai fungsi utama bagi setiap sektor/unit di (nama tempat intern/praktikal)...
Ada titik-titik tu pandai-pandai lah huraikan ayat atau tambah huraian yang berkaitan dengan point nombor 1 dan 2 tu ya hahahaha. 

Kalau ada tambahan tips lagi, nanti saya update hehehe.

Have a nice day everyone 😊


 


Dengan musim pandemik sekarang ni, banyak syarikat dan organisasi yang mengarahkan pekerjanya bekerja dari rumah (BDR). Tidak ketinggalan juga pelajar-pelajar yang diterima menjalani praktikal / internship / latihan industri di syarikat dan organisasi tersebut.

Ramai pelajar yang menjalani praktikal / internship / latihan industri secara BDR sekarang ini. Saya sendiri pun menjalani praktikal secara BDR juga. Dalam seminggu tu, saya masuk office cuma dua hari sahaja. Selebihnya, saya BDR sahaja.

Bekerja Dari Rumah (BDR) atau dalam bahasa Inggeris nya iaitu Work From Home (WFH), adalah arahan yang diberi dan dikeluarkan oleh kerajaan kita, di mana BDR atau WFH ini dijadikan alternatif untuk terus bekerja walaupun bekerja cuma dari rumah sahaja. 

Dasar ini dianggap sangat sesuai untuk mengurangkan risiko Covid-19, jangkitan di tempat kerja, dan juga dapat mengurangkan pergerakan rakyat untuk keluar rumah. 

Ramai orang yang merasa alternatif baharu ini sangat bagus. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah orang yang merasakan bahawa alternatif ini kurang sesuai atas sebab tertentu.

Jadi, memang tidak dapat dinafikanlah BDR / WFH ini ada kelebihan dan kekurangannya. Yang menjalani BDR / WFH lebih faham akan situasi yang mereka sedang hadapi. Jadi ada kelebihan dan kekurangan yang akan mereka rasa.


Pengalaman Praktikal Secara BDR

Seperti saya sendiri, saya merupakan pelajar tahun akhir dari universiti yang sedang menjalani praktikum sekarang ini. Praktikum adalah wajib bagi saya untuk melengkapkan atau memenuhi syarat tamat pengajian secara keseluruhan.

Jadi, kalau saya tak habiskan praktikal saya ni, saya tak dapatlah sijil degree huhuhu. Nasib baik juga lah bidang pengajian saya tidak mewajibkan untuk membuat kedua-dua sekali iaitu latihan ilmiah (thesis) dan praktikum. 

Saya dengar-dengar pelajar dari fakulti lain wajib buat kedua-duanya sekali. Tapi fakulti kami tak. Kami diberi pilihan sama ada nak buat latihan ilmiah (thesis) atau nak buat praktikum. Jadi saya pun dengan berbesar hati pilih nak buat praktikum hehehe. 

Bukan apa, saya nak sangat ada pengalaman bekerja di sebuah syarikat dan bekerjasama dengan mereka. Walaupun cuma 12 minggu sahaja. Tapi tak apa, saya akan pastikan yang saya dapat belajar benda baharu sepanjang saya praktikal ni dan dapat banyak pengalaman.

Pengalaman tu penting ya. Penting sangat kalau nak resume nampak cantik. Jadi tak ada lah kosong ja kan. Lepas tu, nanti bila dah masuk kerja yang sebenar, tak ada lah rasa kekok sangat sampai tak tahu langsung nak kena buat apa kan. 

Pengalaman saya selama saya praktikal secara BDR / WFH ni, saya rasa sulit juga lah. Huhuhu. Sebab apa? Sebab susah nak dapat apa-apa tugasan. Untuk pengetahuan korang, saya praktikal di Pejabat Pendidikan Daerah. 

Related post: Praktikal / Internship Di Pejabat Pendidikan

Tapi sebenarnya sebelum saya dapat di Pejabat Pendidikan, saya dapat tawaran praktikal di PERKESO. Hampir 2 bulan dah bulan persediaan nak praktikal di PERKESO, tapi jodoh tak lama huhuhu. Boleh baca related post di bawah kalau nak tahu kenapa saya tak jadi praktikal di PERKESO.

Related post: Latihan Industri Di PERKESO
Related post: Terpaksa Tolak Tawaran Latihan Industri Di PERKESO

Minggu lalu (02/08/2021 sehingga 06/08/2021), saya dapat masuk office cuma dua hari iaitu hari Rabu dan hari Khamis. Isnin, Selasa dan Jumaat saya BDR /WFH sahaja. Sedih jugalah susah nak dapat tugasan time BDR / WFH ni. 

Jadi macam mana dengan laporan? Hehehe, macam mana saya buat. Semasa hari Rabu dan Khamis tu, saya ada buat beberapa tugasan yang berbeza. Jadi, ada beberapa tugasan pada dua hari tu saya letak di hari di mana saya menjalani praktikal BDR / WFH sahaja hehehe.

Jadi terisi juga la laporan harian saya. Minggu ni (09/08/2021 sehingga 13/08/2021) pula, saya langsung tak masuk office sebab dalam jadual dah ditetapkan. Lagipun kehadiran kami pelajar praktikal yang berpraktikal di Pejabat Pendidikan Daerah tu adalah bergilir-gilir. Jadi saya masuk minggu depannya lagi ja.

Satu minggu BDR / WFH fuhh! Nasib baik ada lebihan tugasan dari hari Rabu dan Khamis tu hahaha. Saya bahagi-bahagi sikit tugasan dalam laporan minggu ni. Dan Alhamdulillah, di tempat praktikal kami ada program nak dijalankan nanti.

Program secara virtual yaa, bukan program berkumpul ramai-ramai. Nanti kitaorang kena tangkap hahaha. Jadi, saya dilantik jadi AJK Sijil dan Cenderahati. Ada tugasan diberi kepada saya dan dua orang kawan praktikal saya. 

Kami diminta buat slide dan video. Dapat juga tulis laporan hehehe. Ada tugasan diberi. Lepas tu, kena minta buat satu design sijil yang bertemakan emas, wah! hahaha. Okay tambah lagi tugasan yeahh hahaha. Tak juga kosong laporan harian hehehe.

Yang paling penting, kita kena tanya dan minta tugasan dengan penyelia. Kalau diam-diam ja memang lah tak ada nak buat apa-apa. Saya pun mula-mula tak ada tanya-tanya ni huhuhu, silap saya juga. Tak patut saya buat macam tu. 

Jadi ini peringatan buat diri saya juga lah. Penting ya benda ni. Sebagai pelajar praktikal, kena tanya staf-staf kot ada tugasan yang boleh kita tolong. Lagipun, kita boleh belajar nak buat macam mana. Boleh juga tambah pengalaman baru kan. 

Lepas tu, bila dah praktikal secara BDR / WFH, boleh lah rajin bertanya penyelia ada kah apa-apa tugasan yang boleh dibuat time BDR / WFH ni. Kalau ada, bagus lah tu. 

Tapi, macam saya sendiri kan, ada kakak yang bekerja di tempat praktikal saya tu bagitahu, susah juga lah nak bagi tugasan untuk saya yang praktikal secara BDR ni. Sebab kebanyakan tugasan tu failnya cuma berada di pejabat dan tak boleh nak bagi pelajar praktikal bawa balik rumah. Saya rasa kalau saya jadi kakak tu pun mesti saya risau juga kot nanti hilang pula fail yang dibawa balik tu atau rosak huhuhu.

Tugasan nak dibuat secara online pun susah juga nak bagi pelajar praktikal macam mana, tapi saya faham sangat. Kakak tu ada cakap dekat saya, kalau ada tugasan nanti dia akan maklumkan juga. 

Jadi itu la kesulitan yang saya alami selama saya praktikal secara BDR / WFH ni huhuhu. Terima kasih kerana sudi baca pengalaman saya yang tak seberapa nak hebat ni hehehe.

Have a nice day everyone 😍



Praktikal / Internship di Pejabat Pendidikan. Sebelum ni saya ada tolak tawaran internship di PERKESO. Disebabkan oleh dua kali diminta untuk tangguh/tukar tarikh lapor diri. Yang pertama, sepatutnya masuk bulan Julai, tapi pelajar praktikum tak diterima lapor diri pada bulan Julai di PERKESO. Dah urus dengan universiti nak tukar tarikh lapor diri pada bulan Ogos pula. Tiba-tiba, tak boleh lapor diri juga pada bulan Ogos. Nak tukar tarikh lagi pergi September memang tak boleh dah. Memang tak boleh sebab nanti lambat habis, lagipun fakulti kena ikut timeline yang ditetapkan. Tak boleh suka hati nak tukar tarikh.

Related post: Latihan Industri di Perkeso
Related post: Terpaksa Tolak Tawaran Latihan Industri di PERKESO

Sepatutnya, saya dan kawan-kawan yang lain yang sama-sama dapat tawaran menjalani latihan industri di Perkeso tu, kena buat thesis dah. Tapi, syukur Alhamdulillah kami diberi masa seminggu untuk cari tempat internship yang baru. 

Kawan-kawan saya cadangkan saya pergi walk-in di Pejabat Pendidikan di daerah tempat tinggal saya. Mereka cakap, Pejabat Pendidikan selalunya terima ja mana-mana pelajar yang nak buat praktikal di sana. Saya pun pergi jugalah ke Pejabat Pendidikan keesokan harinya. 

Saya dah print siap-siap semua dokumen yang saya nak bagi. Termasuklah resume saya, permohonan praktikum dari universiti, cover letter, keputusan semester 1-5 (terkini), dan borang jawapan organisasi untuk Pejabat Pendidikan. Saya masukkan semua dalam sampul surat besar warna coklat tu. Saya tulis nama, nombor telefon, emel, dan bidang pengajian saya.

Saya pakai pakaian formal semasa nak walk-in tu. Tak nak lah pakai jeans dan baju tshirt. Semasa saya bagi resume tu dekat staf di Pejabat Pendidikan tu, akak tu ada tanya bidang pengajian saya apa. Jadi saya bagitahu lah saya ambil Pengurusan Kewangan dan Perbankan. 

Selepas tu, akak tu tanya saya kenapa saya tak apply dekat bank. Hehehe saya memang awal-awal dah survey bank dan dah tanya banyak bank. Tapi kebanyakan nya tak ambil pelajar praktikal musim sekarang ni. 

Memang ada juga bank yang ambil, tapi mungkin di tempat lain. Yang pastinya, di tempat saya tak ada yang nak ambil. Saya ada try call bank di Labuan, pun sama tak nak ambil juga walaupun saya belum bagitahu lagi yang saya dari Sabah huhuhu. 

Di bahagian HQ selalunya banyak ambil, di semenanjung. Memang nak sangat pun saya praktikal di bank. Tapi tak ada rezeki, nak buat macam juga kan huhuhu. Jadi saya jawab lah soalan akak tu, saya cakap yang bank tak nak ambil pelajar praktikal musim sekarang ni. 

Akak tu bagitahu nanti mereka call ja kalau ada apa-apa. Saya pun balik lah. Menunggu ja panggilan dari mereka. Saya ada apply dekat Pejabat Daerah juga. Jadi saya tunggu lah antara dua tempat tu mana satu yang terima saya.

Tunggu punya tunggu, tak ada yang nak call saya. Saya pun decide nak buat thesis. Dah bagitahu kawan dah, dan lecturer juga. Dah confirm kan tajuk thesis dah hahaha. Tinggal nak buat ja tu. Namun, dapat rezeki hari Jumaat (30 Julai 2021), pagi-pagi tu bila saya check telefon saya , tiba-tiba ada orang invite saya dalam group Whatsapp, " Praktikal Bulan Ogos". 

Saya pikirkan saya dapat di Pejabat Daerah hahaha, rupanya dapat dekat Pejabat Pendidikan. Alhamdulillah. Saya terkejut juga lah. Sebab tak kena call pun. Emel pun tak ada. Tiba-tiba ada kena invite dalam group Whatsapp. Happy juga lah, rezeki. 

Tak jadi lah saya buat thesis hahaha. Dapat praktikal di Pejabat Pendidikan. Tapi kehadiran kami bergilir-gilir. Tak boleh hadir setiap hari waktu bekerja. Saya pun risau dah, risau sebab takut tak dapat nak buat laporan penuh dalam seminggu tu sebab masuk office pun dua hari seminggu ja. 

Sebenarnya saya dah masuk office dah minggu ni. Hari Rabu dan Khamis. Best dapat praktikal di Pejabat Pendidikan ni. Serius. Pengalaman first day saya dekat Pejabat Pendidikan tu, wah semua staf nya baik-baik. 

Ada juga bekas cikgu-cikgu saya dulu yang sekarang ni dah naik pangkat jadi pegawai di Pejabat Pendidikan tu, dan ada yang kenal saya masih. Jadi saya tak ada lah rasa janggal dan kekok sangat. Time first day tu, saya ada bawa bekal untuk lunch hahaha, tapi bekal saya tu langsung tak terusik sebab stafnya dah panggil makan dekat pantri. 

Kalau nak makan atau nak minum, mereka suruh pergi pantri ja. Bagus kannnn. Hari kedua pun sama. Mereka baik sangat layan kami semua. 


Macam mana nak apply praktikal di Pejabat Pendidikan? Okay, ada dua cara. Korang boleh hantar melalui emel atau terus walk-in ja ke office mereka macam yang saya buat. 

Saya galakkan korang emel ja terus resume atau walk-in ke Pejabat Pendidikan. Tidak payah nak tunggu mereka angkat panggilan dahulu untuk pastikan ada pengambilan praktikal atau tidak. Sebab, dari pengalaman saya sendiri, saya call pun tak kena angkat hehehe. Tapi saya walk-in ja terus.

Tak semua tempat Pejabat Pendidikan tu tak angkat call ya, mungkin tempat saya tu ja. Tempat lain mungkin korang boleh try call, mana lah tahu kena angkat. Boleh tanya terus apa-apa yang korang nak tahu.

Bila dah hantar resume, korang follow up balik. Tapi saya ada juga call balik nak follow up tapi call banyak kali tak juga kena angkat. Mungkin mereka sibuk kot time tu. Sebab tu saya terkejut habis tiba-tiba ja ada kena invite dalam group Whatsapp " Praktikal Bulan Ogos" dari Pejabat Pendidikan hehehe. 

Padahal tak ada pun kena call apa-apa dan tak ada kena emel langsung. Surprise gitu hahaha. Tapi saya gembira dan bersyukur sangat, dapat juga tempat praktikal last-last minute ni. 


Macam mana nak dapat emel dan nombor telefon Pejabat Pendidikan? Okay yang ni korang boleh dapatkan di google ja. Google ja macam biasa. Atau, korang tekan ja di bawah ni.

Alamat & Lokasi Pejabat Pendidikan Daerah (Nombor telefon, emel, nombor faks)


Yang best nya praktikal di Pejabat Pendidikan ni, mudah sangat nak dapat. Di tempat praktikal saya, kami yang pelajar praktikal ni semua tak sama bidang pengajian. Ada yang ambil bidang pengajian komunikasi, seni, TESL, bahasa, ekonomi kewangan, dan saya pula ambil bidang pengajian pengurusan kewangan dan perbankan. 

Korang cuba lah apply praktikal / internship di Pejabat Pendidikan kalau nak. Kalau ada sebarang pertanyaan jangan malu-malu nak tanya ya. 


Have a nice day everyone 😊

Related post: Pengambilan Internship di Tabung Haji





Saya nak praktikal / internship di Tabung Haji. Lagipun ada Tabung Haji dekat dengan tempat tinggal saya. Jadi senanglah nak datang intern. Dari pengalaman saya sendiri saya rasa mesti ramai lagi tak pasti dan tak tahu macam mana nak apply praktikal / internship di Tabung Haji. Sebab saya sendiri pun pada mulanya tak pasti dan tak tahu hehehe.

Kali ni saya nak kongsikan bagaimana nak tahu ada pengambilan pelajar praktikum, internship, atau latihan industri di Tabung Haji di Cawangan anda. Untuk makluman, saya pernah nak apply untuk latihan industri / internship di Tabung Haji di cawangan di daerah tempat tinggal saya. Tapi tak dapat nak apply.

Tak dapat apply bukan sebab tak layak atau ditolak hahaha. Tapi sebab tak ada pengambilan di cawangan yang saya nak. Yang ada semuanya jauh-jauh dari tempat tinggal saya. Dah lah musim pandemik ni, saya tak nak intern jauh-jauh. Jadi kalau boleh, saya nak intern di cawangan yang terdekat lah dengan tempat tinggal saya.

Pada mulanya, saya pergi walk-in ke Tabung Haji di cawangan di daerah tempat tinggal saya tu. Pertama kali kan nak cari tempat nak internship, jadi saya rasa gemuruh dan malu juga lah hehehe. Setiba ja saya di Tabung Haji tu, saya terus tanya dekat staf sana, ada atau tak pengambilan pelajar untuk latihan industri di situ.

Staf dia suruh saya tunggu kejap. Saya nampak lah dia masuk ke dalam pergi tanya staf yang lain. Bila dia keluar balik, dia tanya saya ada tak check di website Tabung Haji. Saya jawab iya ada. Tapi di "position applied for" tu tak ada list. Tak dapat tekan apa-apa. Lepas tu staf tu jawab, bila di "position applied for" tu tak ada list, maksudnya belum ada pengambilan lagi.

Saya pun jawab, ou macam tu hehehe. Saya baru tahu. Staf tu suruh saya check ja lagi sebab nanti akan ada pengambilan juga. Jadi kesimpulannya, jika nak apply internship di Tabung Haji, memang kena apply terus dari website mereka. 

Tekan DI SINI untuk terus ke website kerjaya Tabung Haji. Page akan nampak seperti gambar di bawah ni. 




Setelah tu, anda tekan ja Industrial Training tu. Nampak macam gambar di bawah. 




Selepas itu, tekan yang start your industrial training with us tu. Anda akan nampak macam gambar di bawah.




Kalau belum daftar atau pertama kali buka, kena daftar dulu lah. Isi yang kena minta. Bila anda nak daftar, anda kena tekan agree, lepas tu akan muncul macam gambar di bawah.







Lepas dah daftar, boleh login macam biasa. 




Jangan lupa, kena masukkan code yang diberi. Kalau tak taip balik code tu, tak dapat login. Selepas tu, bila dah login, baru lah boleh nampak bahagian permohonan nak apply internship. 



Nanti anda akan nampak macam gambar di atas ni. Bila di "position applied for" tu kosong, tak ada kena bagi list, atau tak dapat pilih apa-apa sebab tak ada pilihan, maksudnya tak ada pengambilan lagi lah tu. 

Kalau ada pengambilan, bahagian "position applied for" tu akan ada diberi pilihan untuk pilih nak apply unit apa dan di nak di mana. 

Hari tu ada buka pengambilan di website Tabung Haji selepas beberapa hari saya ke Tabung Haji di tempat saya tu.  Tapi tak ada pengambilan di tempat saya nak ni. Yang ada pun jauh sangat dari tempat tinggal saya. Jadi saya try apply dekat tempat lain pula. 

Kalau anda nak apply di Tabung Haji, kena selalu check lah website mereka tu. Mudah ja sekarang ni. Semuanya main online ja. 


Have a nice day 😊

Related post: Latihan Industri di PERKESO
Related post: Tips Nak Isi Buku Log Bila Terpaksa Menjalani Praktikal Dari Rumah (PDR)





Mana satu cara yang lagi bagus? Buat nota di kertas atau buat nota digital? Jawapan saya, dua-dua bagus. Dari diri kita sendiri ja nak buat nota dengan cara apa pun. Sebab masing-masing ada kebiasaan masing-masing. 

Maksud saya ialah ada sesetengah orang yang memang suka nak buat nota di kertas sebab dah biasa, ada juga sesetengah orang yang tak suka buat nota di kertas sebab rasa tulisan tak cantik dan sebagainya, dan ada juga sesetengah orang yang lebih suka buat nota digital sebab boleh pakai font yang cantik-cantik dan nampak lebih kemas.

Jadi saya sokong kedua-dua cara tu. Hehehe. Nak buat kedua-dua cara tu pun sangat bagus. Buat nota sendiri ni memang digalakkan sebab dapat membantu kita ulang kaji dengan mudah. Buat nota sendiri dapat membantu ingatan kita terhadap sesuatu pelajaran yang kita ulang kaji itu.

Best kan?! Bila kita nak belajar atau ulang kaji, jangan skip untuk buat nota sendiri. Galakkan diri sendiri untuk membuat nota. Kalau guru atau pensyarah tengah mengajar, ambil buku atau kertas, tulis nota berdasarkan apa yang guru atau pensyarah sedang terangkan. 

Jadi saya akan terangkan perbezaan antara dua cara membuat nota (menulis di kertas vs buat nota digital). Teruskan membaca.


BUAT NOTA DI KERTAS VS NOTA DIGITAL

Di bawah ni saya kongsikan kebaikan atau kelebihan atau kenapa kedua-dua cara buat nota (kertas vs digital) ni best. 


1. BUAT NOTA DI KERTAS

Pelajar sekolah memang ramai yang buat nota di kertas. Seperti dalam kelas, guru tengah mengajar, pelajar akan buat nota di buku mereka. Seperti yang kita semua tahu, kebanyakan sekolah melarang pelajar-pelajarnya membawa telefon, laptop, tablet, dan ipad ke sekolah. 

Jadi memang kena tulis nota di kertas ja lah. Namun masih ramai juga yang tak nak buat nota sendiri. Sebab malas, mengantuk dan sebagainya. Tapi jika anda nak dapat keputusan yang terbaik dalam peperiksaan, anda kena elak sikap tu. 

a. Boleh Bantu Hilangkan Rasa Mengantuk Di Kelas

Kalau anda mengantuk semasa guru tengah mengajar, cuba untuk tulis nota. Anda akan rasa lebih mengantuk kalau anda cuma duduk dan dengar apa yang guru anda ajar di depan. 

Jadi apa yang anda boleh buat untuk kurangkan rasa mengantuk? Catat point penting yang guru anda ada sebut. Ia boleh bantu anda hilang mengantuk sikit. Sebab anda menggunakan tenaga untuk menulis nota tu. 

b. Bagus Untuk Mengingat Dengan Mudah

Ada banyak kajian dan artikel mengatakan yang menulis nota di kertas sangat membantu meningkatkan kemampuan otak manusia. Hal ini sangat benar ya.

Bila kita menulis nota di kertas, pemahaman kita pada sesuatu yang kita tulis itu akan lebih baik. Proses penulisan di kertas menggunakan tangan mampu membuatkan otak kita aktif, berfikir, dan menumpukan perhatian pada apa yang kita tulis itu. 

Jadi, bila otak kita aktif, berfikir, dan mampu menumpukan perhatian pada apa yang kita tulis, kita akan lebih mudah untuk ingat. 

c. Membantu Untuk Fokus

Seperti yang kita semua tahu, menulis nota di kertas akan menggunakan tenaga kita, jadi ia membuat kita lebih fokus. Fokus untuk tidak membuat kesalahan seperti salah ejaan dan sebagainya. 

Bila kita mula menulis, kita dapat limitkan gangguan yang ada. Belum pernah lagi saya dengar ada orang yang sedang ulang kaji menulis nota sambil tengok Netflix hahaha. Itu contoh ja ya hehehe. Jadi sebab tu lah membuat nota di kertas ni bagus, kerana sangat membantu kita untuk fokus.

d. Meningkatkan Kreativiti

Bila kita menulis nota tu, perasan tak, kadang-kadang nak tulisan tu kecik, nak besar, nak yang berangkai, nak yang jarak-jarak, dan sebagainya. Ia menimbulkan minat kita nak belajar cara buat tulisan yang cantik-cantik macam tulisan berangkai tu.

Jadi ia merangsang kepada kreativiti diri kita. Nak letak warna-warna, buat petak-petak, bulat-bulat, semua bentuk lah hehehe. Jadi anda dah tahukan sekarang kelebihan membuat nota di kertas. It's great!



2. BUAT NOTA DIGITAL

Untuk pelajar tingkatan 6 dan pelajar di universiti/kampus/kolej/politeknik mesti tak ada masalah nak buat nota dalam kelas dengan laptop, tablet, ipad, atau telefon. 

Tingkatan 6 boleh bawa laptop ke sekolah sebab ada kena buat kerja kursus kan. Jadi boleh ja buat nota di laptop. Best sebenarnya buat nota digital ni.

a. Elak Pembaziran Kertas

Dah namanya nota digital, memang tak pakai kertas langsung. Anda cuma perlukan laptop, tablet, ipad, atau telefon. Pilih antara satu tu yang mana mudah. Kalau anda ada ipad, boleh pakai ipad untuk buat nota digital, atau pun pakai tablet.

Selalunya, kalau pakai tablet atau ipad, kena guna pencil yang stylus tu. Yang boleh drawing di tablet dan ipad. Sebab lagi mudah berbanding dengan menaip macam biasa.

Boleh menulis di tablet/ipad. Boleh edit pakai font yang cantik-cantik, boleh juga cipta font sendiri. Jadi nota tu akan nampak cantik lah.

b. Meningkatkan Kreativiti

Buat nota digital juga dapat meningkatkan kreativiti ya. Kenapa? Sebab buat nota digital ni, anda boleh senang edit, susun, dan atur cantik-cantik dengan kemas nak buat nota macam mana. Boleh letak warna-warna juga. 

Selain warna-warna, boleh letak sticker, gambar, graf, dan sebagainya, dengan mudah sekali. Lagipun dah banyak dah tu video macam mana nak buat nota digital yang cantik di media sosial termasuk facebook, instagram, youtube, pinterest, dan banyak lagi.

Yang belum nampak lagi kekreatifan dalam diri tu, kalau selalu buat nota digital, memang akan nampak lah ada kekreatifan tu hehehe. Kena belajar macam mana nak buat nota digital dengan kreatif, nanti kekreatifan dalam diri tu akan meningkat juga.

c. Mudah Untuk Faham 

Seperti yang saya cakap di atas, bila kita buat nota digital, kita boleh edit nota yang kita buat tu cantik-cantik dan kemas mengikut kreativiti kita. Kalau saya sendiripun memang suka baca nota yang cantik dan kemas. 

Jadi bila nota kita tu nampak cantik dan kemas, kita akan baca dan mudah untuk faham apa yang kita nak belajar. Bila ulang kaji, nak cari topik tertentu tu mudah sangat sebab dah highlight cantik-cantik dah. Ada letak warna-warna lagi.

Tak susah nak cari kalau buat nota digital ni. Senang untuk faham, boleh selalu baca, dan senang cari topik tertentu. Boleh save dalam file (dalam tablet, ipad, laptop, atau telefon), letak nama pada file tu.

d. Nota Tak Akan Hilang

Kadang-kadang yang buat nota di kertas ni mudah hilangkan nota tu. Baru ja semalam buat, tiba-tiba paginya dah tak ada. Tiba-tiba nampak kertas tu dah basah terkena kencing kucing kita. Hahaha. Itu contoh ja ya.

Nampaknya kertas kita tu tak ada jaminan nak selamat. Boleh berlaku kemalangan bila-bila masa, misalnya boleh hilang, boleh basah, boleh terbang ditiup angin, boleh dicuri oleh adik, dan sebagainya, Hahaha itu contoh ja ya hahaha.

Dengan nota digital ni, anda tak perlu risau. Nota yang anda buat dekat tablet atau ipad atau laptop tu, akan selamat selagi anda tak padam hehehe. So, jangan risau kerana nota yang anda buat tu tak akan hilang lagi.



Have a nice day everyone 😊


 
Tips Dapat Pointer Tinggi Untuk Ulangan STPM


Assalamualaikum semua. Jadi hari ni saya nak kongsikan tips bagaimana nak score dan dapatkan pointer yang tinggi untuk ulangan STPM. Ni saya nak kongsikan tips yang saya guna semasa saya masih belajar  di tingkatan 6. 

Untuk pengetahuan anda semua, pointer saya cuma 3.50 ke atas, bukan 4 flat. Kalau dekat universiti, kolej atau politeknik, pointer 3.50 dan ke atas tu dah dekan. Alhamdulillah. Tak nak kah dapat pointer 3.50 dan ke atas? Mesti lah nak kan. Saya yakin semua orang boleh capai kalau benar-benar berusaha.

Tak jadi masalah pun ambil ulangan ni. Tak nampak buruk pun kalau nak ulang subjek peperiksaan. Lagi bagus sebenarnya. Sebab apa? Sebab dapat perbaiki result yang sedia ada. Tapi ramai juga yang tak nak mengulang.

Kenapa? Ada yang tak nak ambil ulangan sebab malas nak belajar lagi benda yang sama di semester seterusnya. Ada juga yang beri alasan tak nak ambil ulangan sebab dah bersyukur sangat dengan result yang sedia ada. Tak dinafikan juga ada yang tak nak ambil ulangan sebab ada masalah kewangan. 

Ya betul memang tak dapat paksa pelajar tu ambil ulangan. Tak baik paksa kalau pelajar tu tak nak. Tetapi selagi boleh dipujuk dan diberikan inisiatif untuk membantu pelajar tu agar mendapat peluang untuk perbaiki keputusan STPM yang sedia ada, memang bagus lah ambil ulangan. 

Saya nasihatkan kalau dapat B, B- dan ke bawah tu, boleh lah ambil ulangan. Kalau ambil ulangan, Insyallah boleh dapat A dalam subjek tu. Dapat C? Haa kena ambil ulangan. Sangat-sangat disyorkan. Kalau C tu dapat diperbaiki pergi ke B/B+/A-/A , sangat bagus macam tu. C- dan ke bawah pun sangat disyorkan ambil ulangan.

Jadi di bawah ni saya senaraikan Tips yang anda boleh pakai untuk dapatkan pointer tinggi pada ulangan STPM. Teruskan membaca.


Tips Dapat Pointer Tinggi Untuk Ulangan STPM

1. Rajin Bertanya

Masih lagi malu nak bertanya? Kenapa nak malu dalam menuntut ilmu? Saya percaya anda tentu masih ada yang kurang paham dan ada yang tak tahu dengan sesetengah bab atau pembelajaran yang diajar oleh guru. 

Bila dah buat keputusan nak ambil ulangan, anda pasti dah tahu bab atau bahagian mana yang anda ada masalah atau kurang paham. Guru-guru pun sangat mengalu-alukan pelajarnya bertanya jika tak paham. Jadi bertanya lah untuk mudah paham dan tahu. 

Kalau anda masih takut atau malu nak bertanya dengan guru, anda boleh bertanya dan minta tunjuk ajar dengan kawan-kawan yang tahu dan pandai bab tu. Boleh belajar bersama-sama. Jadi, anda kena tanya kawan kalau malu nak tanya dekat guru. 

Kalau malu juga nak tanya dekat kawan macam mana? Jangan lah macam tu. Mesti pernah dengarkan peribahasa "malu bertanya, sesat jalan". Buang malu tu. Pada pendapat saya, antara guru dan kawan, saya sangat syorkan anda bertanya lah dekat guru. Sebab guru anda tahu nak mula dari mana dan tahu macam mana nak buatkan anda paham. Guru tak akan biarkan pelajar nya tak pandai. 


2. Buat Nota Sendiri

Kalau saya sendiri, saya selalu buat nota bila belajar. Saya menulis ya, tak buat nota secara digital. Sekarang kan dah canggih, ramai yang dah ada laptop sendiri dan tablet atau ipad sendiri. Apps untuk buat nota digital pun dah banyak. 


Related Post: Buat Nota Di Kertas VS Nota Digital


Anda boleh ja buat nota digital kalau nak semasa belajar. Tapi saya sangat syorkan kalau boleh buat nota tu dengan menulis. Sebab menulis selalunya boleh membantu kita mudah mengingat akan sesuatu yang kita nak ingat dan tahu. 

Saya, bila belajar sendiri dekat rumah, saya suka buat nota dengan menulis walaupun saya memang ada laptop dan tablet sendiri. Sangat membantu saya mengingat ya. Dan saya juga selalu tulis nota yang sama sampai 2-3 kali. 

Sejujurnya, saya tak pandai buat nota cantik-cantik. Saya pernah nak buat satu buku nota yang cantik dengan tulisan saya sendiri, tapi tulisan dan mood saya tak membantu hehehe. Tulisan saya tu bersambung-sambung jadi kalau nak baca balik apa saya tulis tu pun kadang-kadang saya tak baca balik sebab tulisan tak cantik ehehehe. 

Sebab tu saya selalu tulis nota sampai 2-3 kali. Kadang-kadang saya baca, dan kadang-kadang tak baca balik. Tapi buku nota yang saya beli dekat kedai dan dari cikgu saya akan baca lah.  Sebab tak pakai tulisan saya hehehe. 

Saya ingat sampai sekarang cikgu ekonomi saya pernah cakap dekat saya dan kawan-kawan dalam kelas ekonomi, selalunya orang yang pandai, bukunya tak akan dibiarkan bersih tanpa contengan nota-nota. 

Buku nota yang kita beli mahal-mahal di kedai buku sampai ada yang nak dekat rm50 tu, tak salah pun kalau kita buat nota-nota sikit dalam tu. Buku kita kan. Sambil guru menerangkan, sambil tu boleh tulis nota penting dari penerangan guru anda yang mungkin tak ada dalam buku nota tu. 

Pakai pensel kalau nak senang padam. Jadi nanti bila kita nak ulang kaji, kita dapat info banyak dan mudah nak faham apa yang guru terangkan dalam kelas dengan apa yang ada dalam buku nota/teks kita tu. 


3. Hafal Fakta dan Huraian

Saya selalu buat benda ni. Saya percaya anda pun sama. Hafal fakta dan huraian untuk senang jawab dalam kertas peperiksaan. Setahu saya, jawapan yang diperiksa oleh pemeriksa peperiksaan, jawapan nya mesti hampir atau tepat dengan kertas jawapan sebenar. 

Saya ada ambil ulangan kertas geografi semester 1. Semester satu saya memang tak berapa nak paham apa yang nak kena jawab dalam kertas soalan dan ada yang saya tak ingat langsung apa gambar rajah dalam kertas soalan tu padahal dah belajar dalam kelas.

Nak atasi masalah lupa tu, saya mula dengan menghafal banyak proses-proses, nama-nama, dan sebagainya. Contoh, mula-mula saya tak tahu nak jawab berkaitan peredaran bumi dan kesan-kesannya. 

Kan ada tarikh yang berbeza untuk empat musim tu. Jadi saya kena hafal juga fakta dan info nya. Setelah itu, baru saya akan mudah faham dan boleh terangkan apa jadi dengan kesan peredaran bumi, misalnya perbezaan siang dan malam, kejadian gerhana, dan banyak lagi.

Fakta kena hafal dan ingat. Selepas tu baru lah mudah nak paham apa yang jadi pada sesuatu kejadian itu. Saya rasa semua subjek kena pakai "hafal dan ingat" ni. Macam subjek ekonomi, kena hafal formula dan rumusnya walaupun memang ada kena beri semasa peperiksaan, sebab kita kena tahu di soalan apa yang sesuai kita guna formula atau rumus tu. Sejarah lagi lah nak kena hafal tokoh-tokoh penting tu.

Hafal pelan-pelan. Anda kena percaya dengan kemampuan anda. Anda boleh target bahagian mana atau bab apa yang anda nak kuasai terlebih dahulu. Saya nasihatkan agar anda jangan terlalu bergantung dengan soalan ramalan, tapi cubalah untuk bersedia semampu yang boleh untuk pastikan tiada jawapan kosong dalam kertas peperiksaan anda nanti. 


4. Jawab Soalan Dari Tahun-Tahun Lepas Dan Soalan Ramalan

Yang ni sangat-sangat membantu nak dapatkan pointer tinggi untuk ulangan STPM. Jawab soalan-soalan tahun lepas boleh buat anda ingat nak letak jawapan apa. Soalannya pun anda sendiri boleh nampak macam mana soalan yang diberi dan apa jawapan yang sepatutnya untuk soalan tersebut. 

Soalan ramalan pun banyak. Boleh jawab. Apa yang paling penting ialah anda kena tahu struktur soalan tu semua. Soalan banyak yang tricky. Kena paham soalan dahulu baru dapat jawab dengan betul.

Saya nak kongsikan cara yang cikgu geografi saya pernah ajar. Tapi saya rasa sekolah lain pun pakai juga cara ni hehehe. Mula-mula kami diberi satu set soalan untuk dijawab ikut masa yang diberi. Sebelum nak jawab tu, cikgu kami bagi kami set jawapan untuk set soalan tu. 

Bukan nak suruh kami meniru ya hehehe. Cikgu geografi kami suruh kami hafal semua jawapan dalam set jawapan tu untuk 10-15 minit macam tu. Kan banyak soalan dalam satu set tu. Jadi saya kena lah hafal keyword dan point penting dalam set jawapan tu. Kena ingat juga urutan huraiannya. 

Memang tak dapat hafal kesemua jawapan tu. Dapat hafal keyword dan point penting tu pun dah cukup. Bila dah habis masa hafal jawapan. Set jawapan kena ambil balik. Tapi semestinyalah cikgu kami akan pastikan tak ada yang salin jawapan tu di mana-mana. 

Jadi cara tu lah yang kami guna dari semester 1 sampai semester akhir. Memang membantu sangat. Dalam kelas ekonomi pun cikgu saya buat cara macam tu juga. Jadi itu lah apa yang saya dan kawan-kawan saya buat kalau nak ulang kaji. Hafal jawapan pastu jawab soalan. 

Ia sangat membantu kita mengingat jawapan dengan mudah, Lebih-lebih lagi bila kita balik-balik dapat struktur soalan yang berbeza tapi jawapan yang sama, kita mudah nak jawab soalan tu dengan betul dan tepat. 



Saya harap tips di atas dapat membantu adik-adik yang sedang belajar di tingkatan 6 agar memperolehi pointer tinggi untuk ulangan STPM. 


Have a nice day everyone 😊
Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

Hi! My name is Ayu. Do contact me at ayu.juayu@gmail.com for any collaboration and review

Total Pageviews

Followers

POPULAR POSTS

  • CARA HILANGKAN TINY BUMPS / JERAWAT PASIR
  • Best Quote of the Day #6
  • IDEA BISNES UNTUK PELAJAR
  • GOOGLE ADSENSE DAH LULUS
  • Pengalaman Internship Di Pejabat Pendidikan
  • 7 Perkara Penting Yang Perlu Ada Dalam Resume
  • Bagaimana Nak Mohon Internship Di Perkeso

♥ SERVIS BUAT RESUME ♥

Distributed By Gooyaabi | Designed by OddThemes