YouthAyuju Blog | Part-time Blogger

Hello ! It's me Ayu. Welcome to my blog. Wishing you good health and peace without end.

  • Home
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Sitemap
 

Assalamualaikum semua. 

Sebelum ini saya ada kongsikan bagaimana saya boleh dapat intern di Pejabat Pendidikan Daerah di tempat saya, sekarang saya nak kongsikan pengalaman sepanjang saya menjalani internship di Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort.

Related post: Praktikal / Internship Di Pejabat Pendidikan

Cerita pasal pengalaman ni, memang ada pahit dan manisnya huhuhu. Pada bulan pertama intern, saya banyak kali dijadualkan untuk Praktikum Dari Rumah atau Bekerja Dari Rumah (BDR) atau Work From Home (WFH). Banyak "atau" nya hahaha.

Saya ada tiga kali dapat "seminggu (5 hari) menjalani Praktikum Dari Rumah". Berturut-turut yaa harinya seminggu terus saya tak dapat ke pejabat. Haa time ni yang memang buat saya pening sebab tak tahu nak letak apa dalam logbook hahaha.

Tapikan ada trik dia hahaha. Saya kumpul tugas-tugas yang saya buat time saya dijadualkan kerja di pejabat, jadi bila saya diberikan Praktikum Dari Rumah, saya letak tugas-tugas yang saya buat semasa di pejabat untuk laporan pada hari-hari saya WFH tu.

Related post: Tips Nak Isi Buku Log Bila Terpaksa Menjalani Praktikal Dari Rumah (PDR) 

Jujur saya cakap, work environment di tempat intern saya tu sangat bagus. Okay done promote PPD Beaufort hahaha tidak bah. Tapi betul lah, staf di PPD Beaufort tu pun ramai sangat yang baik dan ramah. 

Kami yang pelajar praktikum ni dah dilayan macam anak akak (staf-staf) yang di sektor pengurusan tu hehehe. Awal-awal tu dah dibagitahu, tak ada kantin musim sekarang ni jadi kalau nak makan kena bawa bekal sendiri atau order makanan dari food panda. 

Saya time first day tu bawa bekal tapi langsung tak terusik hahaha. Akak di sektor pengurusan tu bawa saya dan pelajar praktikum lain makan sekali di pantri. Baiknya mereka. Saya doakan semoga akak-akan di sektor pengurusan di PPD Beaufort tu dimurahkan rezeki selalu 💝

Start dari tu, saya tak nak bawa bekal hahaha. Kadang-kadang order food panda juga lah. Pernah juga saya dan pelajar praktikum lain dibawa makan ke restoran. Aduhh sedapnya makanan di restoran tu. 

Cerita pasal job scope pula, saya punya job scope adalah pelbagai hahaha. Kenapa pelbagai? Sebab saya diberikan pusingan kerja, di mana saya akan masuk di setiap unit di Pejabat Pendidikan Daerah tu dan akan bekerja dengan semua sektor.

Kenapa pilih job scope tu? Actually, saya tak pilih. Itu adalah keputusan dari organisasi tu sendiri. Kita kena terima apa job scope yang diberikan oleh organisasi tu sebab itu keputusan yang dibuat oleh mereka. Saya rasa kalau nak minta tolong lecturer untuk ubah job scope tu pun rasanya tak dapat kot. 

Semua keputusan yang dibuat oleh organisasi kenalah diterima dengan hati yang terbuka. Haa cenggitu hehehe. Tak boleh langsung nak paksa organisasi tu untuk ikut dengan pilihan dari kita. Kita yang kena ikut pilihan mereka. Itu yang saya tahu lah.

Di PPD Beaufort, tugasan yang paling lama dan sukar sedikit  yang saya buat ialah di mana saya membantu pegawai dari sektor pembangunan murid mengurus pertandingan sukan kemahiran MSSD, dan  MSS Sabah. 

Kena minta buatkan dashboard untuk sukan tu, kena berurusan dengan cikgu-cikgu yang menjadi PT setiap sukan, kumpul data peserta, dan banyak lagi. Semasa berurusan dengan cikgu-cikgu PT tu, saya sampai dipanggil Puan oleh mereka hahaha. Tapi tak apa, mereka pun tak berapa kenal saya, lagipun itu kan memang panggilan formal hehehehe.

Ada yang tanya saya, ada elaun tak intern di Pejabat Pendidikan Daerah? Tak ada huhuhu. Tapi saya dengar, sepatutnya organisasi kerajaan kena bagi dah sekarang ni. Macam MARA di tempat saya sini, dah start bagi elaun. MUIS pun dah ada bagi. 

Tapi saya tak tahu lah kenapa tempat saya tak ada. Saya rasa sebab pengurusan di setiap organisasi kan memang tak sama. Jadi tak boleh lah nak samakan dengan organisasi lain. Lagipun, saya tak dapat elaun pun tak apa, yang penting banyak benda yang saya belajar dan pengalaman yang saya dapat.

Lebih-lebih lagi dilayan dengan sangat baik sekali oleh staf-staf di sini. Rasa bersyukur sangat dah. Alhamdulillah. Dapat good work environment pun rezeki dah tu buat saya. Sebab saya tahu, ada orang yang tak dapat macam yang saya dapat. Jadi saya bersyukur lah.

Di hari perpisahan kami pelajar praktikum, kami dibuatkan majlis dengan makanan yang banyak wahhh hahahaha. Pelbagai betul jenis makanan kena hidang. Kami juga kena bagi hadiah tau setiap seorang. Kami pelajar praktikum yang perempuan ni semua dapat bag. 

Saya dapat bagpack yang cantik. Yang lain ada yang dapat handbag, wallet, dan tudung. Yang lelaki pula dapat belt. Selain tu, kami juga dapat mask, sanitizer, wet tissue hehehe. 

Saya sangat berterima kasih kepada semua kakitangan di PPD Beaufort tu atas penerimaan, tunjuk ajar, dan layanan yang baik buat saya sepanjang saya intern di sana. Terima kasih juga kepada kawan-kawan baru saya kenal yang sama-sama juga intern dengan saya di sana. Wahh pengalaman internship ni akan saya ingat sampai bila-bila 😍😍.

Pada pendapat saya, intern di Pejabat Pendidikan Daerah ni senang sangat nak dapat hahaha. Just in case korang tak dapat tempat intern lagi, cuba lah di Pejabat Pendidikan. Done promote Pejabat Pendidikan lagi hahahahaha. 



 

Sebelum ini saya ada ceritakan bagaimana saya dapat tawaran di PERKESO. Ramai juga yang tanya saya bagaimana nak mohon dan apa yang kena nyatakan semasa nak mohon. 

Jadi di perkongsian saya kali ini saya nak share macam mana saya mohon internship di Perkeso.

Ini adalah pengalaman saya sendiri ya. Saya akan gembira dan bersyukur sangat kalau pengalaman saya ni dapat membantu korang semua.

Okay, pada awalnya kawan saya yang suggest saya untuk apply dekat perkeso ni. Jadi saya pun apply lah. Saya tanya kawan, macam mana dia apply. 

Selepas tu, saya pun try lah. Saya emel ja terus. Saya tak contact mereka dahulu. Saya terus ja send emel permohonan saya pada perkeso. 

Saya hantar emel dalam Bahasa Melayu ja macam kawan saya. Perkeso pun balas emel saya dalam Bahasa Melayu juga.

Sebelum tu, korang tahu tak emel perkeso apa? Kalau belum, okay saya bagitahu dekat sini. Ni ialah emel perkeso.

Emel: praktikum@perkeso.gov.my


1. Isi Subjek
Nak buat apa mula-mula? Isi lah subjek tu. Macam saya, saya letak subjek PERMOHONAN PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI.

2. Bagi salam
Selepas tu, saya bagi salam. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

3. Taip Tuan/Puan
Tekan "Enter" dekat keyboard tu dua kali. Taip lah nama panggilan untuk penerima. Macam saya, saya letak "Tuan/Puan,".

4. Bagitahu tujuan, tarikh, dan nak di cawangan mana
Perenggan baru nak taip apa? Tak tahu nak bagitahu apa dulu. Okay, boleh mulakan dengan bagitahu nama, pelajar dari universiti/tempat belajar mana, dan ijazah/diploma apa yang diambil.

Masuk lagi perenggan baru. Bagitahu lah tujuan korang hantar emel tu. Tujuan nya apa. Contoh, untuk makluman Tuan/Puan, saya ... . 

Haa ada tiga titik tu korang bagitahau tujuan korang. Tak tahu juga nak buat tujuan apa? Okay, bagitahu yang korang nak menjalankan latihan industri selama 12 minggu/4 bulan/6 bulan pada 26 Julai 2021 sehingga 15 Oktober 2021. Itu contoh lah kan. 

Ikut korang lah bila sebenarnya tarikh korang akan mula internship atau praktikal tu. Selepas itu, korang boleh bagitahu terus nak intern di cawangan mana.

Kalau macam saya, saya nak intern di perkeso cawangan yang berdekatan dengan saya. Jadi saya taip dekat emel tu, saya bagitahu yang saya nak menjalankan latihan industri di perkeso cawangan Beaufort.

5. Lampirkan dokumen
Yang paling penting sekali, perenggan seterusnya, taip yang korang ada lampirkan dokumen yang berkaitan dengan permohonan korang tu. Apa yang korang lampirkan. Bagitahu ja. Ha jangan lupa nak lampirkan dokumen pula.
 
6. Letak nombor telefon yang boleh dihubungi dan emel
Selepas tu, jangan lupa, bagitahu nombor telefon korang yang boleh dihubungi dan juga alamat emel korang. 

Ya, tahu lah hantar emel pun pakai emel, nak lagi bagitau alamat emel dalam tu hahaha, tapi terpulang dengan korang. Kalau saya, saya bagi ja nombor telefon dan emel hehehehe. 

7. Ucap terima kasih
Last sekali, cakap terima kasih. Kenapa nak letak terima kasih? Mestilah, nampak formal gitu. Tapi banyak boleh rujuk macam mana nak buat emel secara formal ni. Lagi senang boleh cari di internet ja.


Apa dokumen yang penting nak dilampirkan dalam emel untuk perkeso?

1. Resume
2. Transkrip (jika ada) atau keputusan semasa
3. Surat sokongan dari Universiti yang korang boleh dapat dari lecturer korang
4. Borang jawapan organisasi atau company reply form. Yang ni pun korang boleh dapatkan dari lecturer korang. Yang ni kena ada ya. Isi siap-siap maklumat korang dalam borang tu, jadi perkeso tinggal sign dan cop ja di borang tu dan mereka akan isi mana yang patut.

 
Ramai yang tanya, nak letak nama dan alamat apa dekat surat application yang dari universiti punya.

Saya buat macam ni :

Unit Pengambilan dan Perkhidmatan
Bahagian Sumber Manusia,
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),
Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang,
50538, Kuala Lumpur.

Related post: Latihan Industri Di PERKESO



Cara nak mohon sijil spm hilang


Sijil keputusan peperiksaan yang hilang, kita boleh dapatkan balik. Sijil SPM original saya hilang, jadi saya mohon salinan sijil SPM melalui online. Dan saya akan dapat salinan sijil SPM tu melalui pos. 

Sijil SPM ni penting tau. Kalau nak apply kerja SPA9, sijil SPM penting ya untuk lengkapkan resume kita. 

Cara nak dapatkan balik sijil SPM yang hilang ni mudah sebenarnya. Ramai ja yang tahu lagi. Boleh mohon secara online ja pun. Mudah sangat. Walaupun pada mulanya saya sendiri pun tak tahu hihihi.

Pengalaman saya sendiri membuat permohonan melalui pos.

Saya membuat permohonan salinan sijil SPM yang hilang di laman web https://elp.moe.gov.my/

Tekan ja link tu. Lepas tu isi maklumat korang yang berkaitan. Saya ada kongsikan cara nak isi di post yang sebelum ini. Boleh tekan related post di bawah.

Related post: Cara Nak Dapatkan Salinan Sijil SPM Yang Hilang

Saya mohon pada 31 Ogos 2021. Penghantaran salinan sijil dibuat melalui Poslaju. Saya dapat pada 13 September 2021. Memandangkan saya mohon tu pada cuti umum iaitu Hari Kemerdekaan, haa mungkin sebab tu lah lambat sampai. 

Kiranya  nak dekat 2 minggu juga saya tunggu salinan sijil SPM tu sampai di tempat saya. Lama juga lah. Tapi jangan risau ia terlipat atau apa. 

Di bawah ni korang boleh tengok, ni sampul surat yang saya terima. Dalam nya ada salinan sijil SPM saya dan ada kertas kadbod (macam kotak tapi keras). Jadi memang tak akan terlipat lah sijil dekat dalam. 


Cara nak mohon sijil spm hilang


Jadi, kepada sesiapa yang pakai sijil SPM tu dalam masa yang terdekat, kena mohon awal-awal lah. Jangan lagi nak pikir bila nak mohon. Mohon sekarang kalau dah tahu sijil SPM hilang atau tak ambil dekat sekolah. 

Semuanya di hujung jari ja. Sangat memudahkan kepada orang ramai ya. Kalau dulu nak kena naik ke pejabat dan berurusan, sekarang dah tak payah. Mohon dan isi borang melalui online ja. 


Sijil SPM hilang? Macam mana nak dapatkan balik sijil SPM yang hilang? Apa perlu dibuat jika sijil SPM hilang? Aduh susah juga macam ni kan, sudahlah sijil SPM tu penting. Lebih-lebih lagi untuk lengkapkan resume kalau ada interview nanti. 

Saya pada mulanya tak tahu sijil SPM yang hilang boleh dapat balik dengan cara memohon salinan keputusan peperiksaan SPM secara online. Senang sebenarnya proses nak memohon sijil SPM secara onlline tu.

Sijil SPM original saya hilang. Jadi saya pun mohon lah salinan sijil SPM secara online. Malas nak keluar jadi saya pilih penghantaran sijil melalui pos iaitu POSLAJU ja. Senang betul.  Berikut adalah cara mendapatkan sijil SPM secara online dengan mudah.



Cara mendapatkan sijil SPM yang hilang :

1. Klik Sini untuk ke portal e-Lembaga Peperiksaaan. Korang akan nampak paparannya seperti gambar Nombor 1 di bawah. Awak kena daftar dahulu. Tekan Daftar Akaun. Anda akan nampak paparan seperti gambar Nombor 2di bawah. Isi maklumat anda di dalam borang tersebut.

Mohon salinan sijil spm yang hilang



2. Bila dah siap daftar, sila login semula. Masukkan emel dan password yang anda daftarkan. Kemudian, tekan Salinan Keputusan seperti gambar Nombor 2 di bawah ni.

Mohon salinan sijil spm yang hilang


3. Klik butang tambah di atas sebelah kanan tu.

Mohon salinan sijil spm yang hilang


4. Selepas itu, pilih Jenis Peperiksaan. Memandangkan sijil SPM yang hilang, jadi boleh tekan SPM. Kalau sijil-sijil lain juga hilang, boleh pilih juga mana-mana yang korang nak. 

Mohon salinan sijil spm yang hilang




5. Tekan Tahun Peperiksaan. 

Mohon salinan sijil spm yang hilang



6. Lepas tu isi borang permohonan yang perlu diisi iaitu No Telefon, Emel, Alamat, Poskod, Bandar, dan Negeri. Pastikan semua maklumat ada betul ya. Buat double check.

Mohon salinan sijil spm yang hilang


7. Lepas tu, korang pilih lah nak berapa salinan korang nak minta. Satu salinan dicaj RM30. Jadi kalau korang nak 2 salinan, akan dicaj RM60 lah. Korang pilih pula nak macam mana penghantaran salinan sijil tu dibuat. Nak Ambil Sendiri atau POSLAJU ja. Kalau pilih POSLAJU, akan ada caj tambahan lagi iaitu RM10.

Mohon salinan sijil spm yang hilang



9. Selepas tu, korang jangan lupa tick pengesahan dan perakuan pemohon tu. Okay, dah tick, boleh tekan MOHON.




10. Tekan Salinan Keputusan SPM. Anda akan nampak paparan baru seperti di bawah. Klik Bayaran Sekarang untuk membuat pembayaran segera.

Mohon salinan sijil spm yang hilang



11. Buat pembayaran melalui online banking. Ada caj tambahan lagi 50 sen. Korang pilih lah nak pakai bank apa. Selepas dah bayar, korang tinggal tunggu ja salinan sijil keputusan peperiksaan korang sampai dekat korang.

Mohon salinan sijil spm yang hilang



INFO TAMBAHAN

Menurut e-Lembaga Peperiksaan, tempoh pengeluaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan bagi permohonan di kaunter LP adalah seperti berikut.

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 – satu (1) jam.
  2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 – tujuh (7) hari bekerja.
  3. Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 – satu (1) jam.
  4. Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 – tujuh (7) hari bekerja.
  5. Lain-lain peperiksaan (STAM, SPMU, MPV, SPMV, SPVM, SVM, MCE, SPDM, SRP, LCE, MPAV, DLL) – tujuh (7) hari bekerja.

Related post: Penghantaran Salinan Sijil SPM Melalui Pos

 


Assalamualaikum semua.

Giveaway kedua saya join untuk bulan September ni 😍 Tengah free sebab tu lah saya nak join sangat giveaway-giveaway ni. Di mana at the same time, boleh lah saya blogwalking blogger-blogger lain ehehehe. 

Salah satu syarat untuk join giveaway ni ialah ceritakan pasal best surprise yang saya pernah dapat sebelum ni.

Here we go. Actually saya tak tahu nak pilih personal story yang mana untuk saya kongsikan hahaha sebab yang lain tu buat saya segan nak cerita hahaha. Tapi ada satu ni saya nak bagitahu yang saya rasa paling best surprise lah walaupun bunyinya macam agak sendu, boring dan clishe.

Di usia saya sekarang, saya rasa macam dah ada beberapa yang saya dah achieve, tapi ada banyak lagi belum lah. Saya jenis yang selalu ikut apa pilihan kawan. Kalau kawan pilih itu, saya pun ikut. Macam tak ada pendirian sendiri hahahaha. 

Tapi start ja form 6, saya cuba untuk ikut kehendak diri saya sendiri. Saya jadi satu-satunya pelajar perempuan yang ambil subjek ekonomi dalam  tingkatan 6 tu, ada selebih nya pelajar lelaki. Bayangkan, saya dah hampir terpujuk dah oleh kawan lain yang cakap subjek ekonomi tu susah. Tapi saya cakap dekat diri saya yang saya pasti boleh, tak susah pun lah, saya mesti boleh.

Guess what. My final result of stpm gave me a best surprise. Not only that, I managed to survive until my degree and was able to achieve what I have now. Dan yang paling best surprise nya lagi ialah bila saya dah dapat self-spend with my own money, tanpa pakai duit mama dan baba dah. 

Pada pendapat saya, best surprise ni bukan sahaja seperti dapat hadiah dari someone, tapi pencapaian diri kita di mana kita sendiri pun tak sangka yang kita akan dapat benda tu. Happy nya tu macam kita pun tak percaya; Eh betul kah ni apa yang berlaku?; Ini semua usaha aku kah?

Jadi hehehe, ini lah cerita saya. Best surprise saya. Hehehehe. Saya tak pasti lagi lepas ni apa lagi pencapaian yang saya akan dapat. Jadi saya harap saya tak berhenti belajar dan berusaha. Saya dah cuba kerja freelance, dah cuba berblog, dah cuba jalankan bisnes, dah cuba buat pelaburan, dan sekarang tengah usaha nak buat simpanan duit hahahaha. Saya ni kalau dah ada duit beratus di bank, haa memang balik-balik lah buka shopee dan scroll-scroll shop di ig , aduhhhhhh. Harap-harap lah saya dapat kurangkannya hahaha.

Tak sabar nak tunggu best surprise yang seterusnya hehehehe. Itu sahaja perkongsian best surprise saya untuk memenuhi syarat giveaway ni hehehe. Panjang juga saya taip. Tapi bagus jugalah, bila banyak perkataan untuk entri blog ni lagi bagus kan hehehehe.

Aduu segannya mau publish hahaha, lucu pula cerita saya ni macam saya mintapuji betul hahaha. 

*mintapuji maksudnya macam mengada-ngada gitu, bahasa sabah hahaha

Have a nice day 😍


Assalamualaikum semua.

Haa yang ni ialah first Giveaway yang saya join untuk bulan September ini 😊 Masih sempat lagi saya join Alhamdulillah. Dan korang pun masih sempat juga join ya sebab Giveaway ni berlangsung sehingga 21 September 2021

Apa-apapun, saya nak ucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat blogger Sheilainspire dan juga baby 😍 Saya doakan agar Allah SWT limpahkan rezeki dan kasih sayang buat seisi keluarga 💗

Tekan gambar di atas ya kalau korang nak join. Have a nice day everyone.
Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

Hi! My name is Ayu. Do contact me at ayu.juayu@gmail.com for any collaboration and review

Total Pageviews

Followers

POPULAR POSTS

  • CARA HILANGKAN TINY BUMPS / JERAWAT PASIR
  • Best Quote of the Day #6
  • IDEA BISNES UNTUK PELAJAR
  • GOOGLE ADSENSE DAH LULUS
  • Pengalaman Internship Di Pejabat Pendidikan
  • 7 Perkara Penting Yang Perlu Ada Dalam Resume
  • Bagaimana Nak Mohon Internship Di Perkeso

♥ SERVIS BUAT RESUME ♥

Distributed By Gooyaabi | Designed by OddThemes