Assalamualaikum semua.

Sekarang ni dah musim nak cari tempat praktikal/internship/latihan industri. Samalah juga seperti saya sendiri. Susah juga nak cari tempat nak praktikal ya. Okay di sini sesiapa yang dari jurusan kewangan atau perniagaan atau mana-mana yang berkaitan, boleh memohon untuk menjalankan praktikal di KWSP. 


https://www.kwsp.gov.my/ms/about-epf/related-links/careers

Anda boleh tekan link di atas untuk terus ke bahagian kerjaya. Nanti akan keluar seperti di bawah.


         



 

Seterusnya, tekan ja "Graduan Baru". Lepas tu anda tinggal pilih ja mana yang anda nak apply. Bila anda tekan "Mohon Sekarang" tu nanti akan terus keluar untuk hantar emel. 

Email KWSP: internship@epf.gov.my


Kalau nak hantar resume by hand pun boleh. Anda boleh hantar di KWSP Kota Kinabalu. Sebab sebelum ni sayaa ada try hantar resume saya dekat KWSP Beaufort. Mereka cakap mereka akan hantar permohonan saya tu ke KWSP Kota Kinabalu. Kemudian, mereka akan menghubungi saya jika permohonan saya diterima. 

Lepas dah hantar emel atau resume by hand di KWSP, jangan lupa untuk follow up. Anda boleh hubungi mereka terus untuk menanyakan mengenai permohonan anda. 

Telefon KWSP Kota Kinabalu: 088-520 100


Walaubagaimanapun, anda kena bersabar ya bila menghubungi mereka. Kerana kadang-kadang bahagian operator mereka sangat sibuk. Namun, saya nak nasihatkan anda agar cuba untuk hubungi mereka pada waktu pagi. Sejujurnya saya tak tahu pun bila operator mereka boleh dihubungi. Cuma, panggilan saya pernah dijawab oleh mereka pada waktu pagi sahaja. Hehehe. Jadi mungkin anda boleh cuba juga. 

Semoga berjaya. 

Have a nice day everyone.