Saturday, August 7, 2021

Praktikal / Internship Di Pejabat Pendidikan



Praktikal / Internship di Pejabat Pendidikan. Sebelum ni saya ada tolak tawaran internship di PERKESO. Disebabkan oleh dua kali diminta untuk tangguh/tukar tarikh lapor diri. Yang pertama, sepatutnya masuk bulan Julai, tapi pelajar praktikum tak diterima lapor diri pada bulan Julai di PERKESO. Dah urus dengan universiti nak tukar tarikh lapor diri pada bulan Ogos pula. Tiba-tiba, tak boleh lapor diri juga pada bulan Ogos. Nak tukar tarikh lagi pergi September memang tak boleh dah. Memang tak boleh sebab nanti lambat habis, lagipun fakulti kena ikut timeline yang ditetapkan. Tak boleh suka hati nak tukar tarikh.





Sepatutnya, saya dan kawan-kawan yang lain yang sama-sama dapat tawaran menjalani latihan industri di Perkeso tu, kena buat thesis dah. Tapi, syukur Alhamdulillah kami diberi masa seminggu untuk cari tempat internship yang baru. 

Kawan-kawan saya cadangkan saya pergi walk-in di Pejabat Pendidikan di daerah tempat tinggal saya. Mereka cakap, Pejabat Pendidikan selalunya terima ja mana-mana pelajar yang nak buat praktikal di sana. Saya pun pergi jugalah ke Pejabat Pendidikan keesokan harinya. 

Saya dah print siap-siap semua dokumen yang saya nak bagi. Termasuklah resume saya, permohonan praktikum dari universiti, cover letter, keputusan semester 1-5 (terkini), dan borang jawapan organisasi untuk Pejabat Pendidikan. Saya masukkan semua dalam sampul surat besar warna coklat tu. Saya tulis nama, nombor telefon, emel, dan bidang pengajian saya.

Saya pakai pakaian formal semasa nak walk-in tu. Tak nak lah pakai jeans dan baju tshirt. Semasa saya bagi resume tu dekat staf di Pejabat Pendidikan tu, akak tu ada tanya bidang pengajian saya apa. Jadi saya bagitahu lah saya ambil Pengurusan Kewangan dan Perbankan. 

Selepas tu, akak tu tanya saya kenapa saya tak apply dekat bank. Hehehe saya memang awal-awal dah survey bank dan dah tanya banyak bank. Tapi kebanyakan nya tak ambil pelajar praktikal musim sekarang ni. 

Memang ada juga bank yang ambil, tapi mungkin di tempat lain. Yang pastinya, di tempat saya tak ada yang nak ambil. Saya ada try call bank di Labuan, pun sama tak nak ambil juga walaupun saya belum bagitahu lagi yang saya dari Sabah huhuhu. 

Di bahagian HQ selalunya banyak ambil, di semenanjung. Memang nak sangat pun saya praktikal di bank. Tapi tak ada rezeki, nak buat macam juga kan huhuhu. Jadi saya jawab lah soalan akak tu, saya cakap yang bank tak nak ambil pelajar praktikal musim sekarang ni. 

Akak tu bagitahu nanti mereka call ja kalau ada apa-apa. Saya pun balik lah. Menunggu ja panggilan dari mereka. Saya ada apply dekat Pejabat Daerah juga. Jadi saya tunggu lah antara dua tempat tu mana satu yang terima saya.

Tunggu punya tunggu, tak ada yang nak call saya. Saya pun decide nak buat thesis. Dah bagitahu kawan dah, dan lecturer juga. Dah confirm kan tajuk thesis dah hahaha. Tinggal nak buat ja tu. Namun, dapat rezeki hari Jumaat (30 Julai 2021), pagi-pagi tu bila saya check telefon saya , tiba-tiba ada orang invite saya dalam group Whatsapp, " Praktikal Bulan Ogos". 

Saya pikirkan saya dapat di Pejabat Daerah hahaha, rupanya dapat dekat Pejabat Pendidikan. Alhamdulillah. Saya terkejut juga lah. Sebab tak kena call pun. Emel pun tak ada. Tiba-tiba ada kena invite dalam group Whatsapp. Happy juga lah, rezeki. 

Tak jadi lah saya buat thesis hahaha. Dapat praktikal di Pejabat Pendidikan. Tapi kehadiran kami bergilir-gilir. Tak boleh hadir setiap hari waktu bekerja. Saya pun risau dah, risau sebab takut tak dapat nak buat laporan penuh dalam seminggu tu sebab masuk office pun dua hari seminggu ja. 

Sebenarnya saya dah masuk office dah minggu ni. Hari Rabu dan Khamis. Best dapat praktikal di Pejabat Pendidikan ni. Serius. Pengalaman first day saya dekat Pejabat Pendidikan tu, wah semua staf nya baik-baik. 

Ada juga bekas cikgu-cikgu saya dulu yang sekarang ni dah naik pangkat jadi pegawai di Pejabat Pendidikan tu, dan ada yang kenal saya masih. Jadi saya tak ada lah rasa janggal dan kekok sangat. Time first day tu, saya ada bawa bekal untuk lunch hahaha, tapi bekal saya tu langsung tak terusik sebab stafnya dah panggil makan dekat pantri. 

Kalau nak makan atau nak minum, mereka suruh pergi pantri ja. Bagus kannnn. Hari kedua pun sama. Mereka baik sangat layan kami semua. 


Macam mana nak apply praktikal di Pejabat Pendidikan? Okay, ada dua cara. Korang boleh hantar melalui emel atau terus walk-in ja ke office mereka macam yang saya buat. 

Saya galakkan korang emel ja terus resume atau walk-in ke Pejabat Pendidikan. Tidak payah nak tunggu mereka angkat panggilan dahulu untuk pastikan ada pengambilan praktikal atau tidak. Sebab, dari pengalaman saya sendiri, saya call pun tak kena angkat hehehe. Tapi saya walk-in ja terus.

Tak semua tempat Pejabat Pendidikan tu tak angkat call ya, mungkin tempat saya tu ja. Tempat lain mungkin korang boleh try call, mana lah tahu kena angkat. Boleh tanya terus apa-apa yang korang nak tahu.

Bila dah hantar resume, korang follow up balik. Tapi saya ada juga call balik nak follow up tapi call banyak kali tak juga kena angkat. Mungkin mereka sibuk kot time tu. Sebab tu saya terkejut habis tiba-tiba ja ada kena invite dalam group Whatsapp " Praktikal Bulan Ogos" dari Pejabat Pendidikan hehehe. 

Padahal tak ada pun kena call apa-apa dan tak ada kena emel langsung. Surprise gitu hahaha. Tapi saya gembira dan bersyukur sangat, dapat juga tempat praktikal last-last minute ni. 


Macam mana nak dapat emel dan nombor telefon Pejabat Pendidikan? Okay yang ni korang boleh dapatkan di google ja. Google ja macam biasa. Atau, korang tekan ja di bawah ni.



Yang best nya praktikal di Pejabat Pendidikan ni, mudah sangat nak dapat. Di tempat praktikal saya, kami yang pelajar praktikal ni semua tak sama bidang pengajian. Ada yang ambil bidang pengajian komunikasi, seni, TESL, bahasa, ekonomi kewangan, dan saya pula ambil bidang pengajian pengurusan kewangan dan perbankan. 

Korang cuba lah apply praktikal / internship di Pejabat Pendidikan kalau nak. Kalau ada sebarang pertanyaan jangan malu-malu nak tanya ya. 


Have a nice day everyone 😊



19 comments:

  1. Alhamdulilah.. Tahniah ayu! Rezeki di pej pendidikan.. Mana tau rezeki dpt keje kat situ jgk hehe.. Pape pun selamat menempuh alam pekerjaan wlaupun dalam praktikal heheh

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. dapat juga tempat intern last minit. semoga dipermudahkan urusan ayu :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah tahniah.. semoga proses praktikal berjalan lancar

    ReplyDelete
  4. hai nak tanya, buat kerja apa ja ya intern situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai , banyak kerja saya buat. Lagipun saya tak dikhususkan untuk satu sektor sahaja . Saya bekerja dengan semua sektor 😊 contohnya, dengan sektor pengurusan , saya tolong buat report cuti utk kakitangan sekolah , dgn sektor kewangan saya tolong kira claim kakitangan sekolah, dengan sektor pembelajaran saya tolong buatkan slide dan video , dengan sektor ict saya tolong edit video juga. Ini antara beberapa contoh apa kerja saya buat. Ada lagi banyak sebenarnya 😅

      Delete
  5. hai sy pun akan intern di pejabat pendidikan, sy nk tanye adakah kita ada kebarangkalian yang kita akan diserap dalam sektor tersebut? sebab baca pengalaman orang lain mcm tak pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau diserap tu saya tidak sure pula, sbb macam di pejabat pendidikan daerah saya ni kebanyakannya cikgu-cikgu yang naik pangkat jadi pegawai di situ. Mereka pun memang mostly ada sijil pendidikan . Ada kerani gred n19 di pjbt tu saya ada tanya, dia dapat kerja dari website spp, pastu lepas tapisan semua, temuduga, akhirnya dapat kerja tu.

      Delete
  6. nak tanya. kalau nak apply internship sebagai HR di PPD ada ke ? hantar resume dekat hq or email ke macam mana ya ? mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak hantar resume tu boleh ja walk-in ke ppd di daerah awak atau hantar melalui emel. Saya tak sure kalau apply intern d PPD dapat terus di bahagian HR , tapi awak boleh try :))

      Delete
  7. Haii sis, sy mau tanya bh, saya praktikal nnti 25/7 di PPD. Sudah dpt surat jawapan jga. Jadi, terus lapor diri jk kh tnggl 25/7 tu? Atau mau call lgi dlu ckp kita terima?

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyaa, terus lapor diri ja tu :) kalau ada apa-apa yg kamu mau tanya mengenai lapor diri nanti, kamu boleh call mereka. Tapi macam saya sndiri, saya tidak call mereka, saya datang ja terus d PPD lapor diri. Nanti apa-apa info, akan dibagitau terus semasa first day tu

      Delete
  8. hi sis nk tnye...kalau kat surat acceptance tu tarik lapor diri 16 may/ jabatan pendidikan negeri xxx...sye intern kat ppd jugak...jd kene lapor diri dekat ppd ke atau dkat HQ jabatan pendidkan negeri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg tu saya tak sure. Maybe di HQ JPN tu kot. Tapi awak cuba call dulu lah JPN tu utk kepastian.

      Delete
  9. Hi sis, nk tnye... Kalau intern kat ppd tu kena lapor diri first day kat ppd atau hq ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat PPD terus. Kalau awak memang apply di PPD, jdi kena lapor diri terus ke PPD , tak perlu ke HQ. Tapi utk kepastian supaya awak tak ragu2 , awak boleh call PPD tu. Jadi awak boleh buat persiapan :))

      Delete
  10. Hi. saya nak tanya. sepanjang intern di ppd hanya boleh pakai baju kurung sahaja ke? atau boleh pakai blouse labuh dengan seluar

    ReplyDelete