YouthAyuju Blog | Part-time Blogger

Hello ! It's me Ayu. Welcome to my blog. Wishing you good health and peace without end.

  • Home
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Sitemap



Saya jumpa satu laman main game online percuma. Nama laman ni ialah solitaire.org . Ramai juga yang dah cuba main di solitaire.org ni. 

Game online yang ada dalam solitaire.org ni sangat menarik untuk korang main. Saya ni pun boleh dikatakan kaki game juga lah hahaha. 

Bila dah jumpa game yang best sangat macam tu memang tak cukup bermain sejam. Suka sangat dah kan bermain game tu hahaha. Esok pun sambung main lagi.

Tapi korang tahu tak? Sebenarnya ada kebaikan dia bila kita bermain game. Walaupun ada yang cakap tak bagus main game ni kononnya banyak keburukan dia. 

Tapi dalam banyak-banyak keburukan dia, ada kebaikannya juga main game ni. Yang ni saya tak buat-buat cerita atau apa. Memang betul ada kebaikannya bermain game. 



KEBAIKAN BERMAIN GAME YANG ANDA PERLU TAHU


1. Dapat menghilangkan stress

Banyak cara yang boleh kita buat untuk hilangkan stress dan salah satunya ialah dengan bermain game. Bila kita stress, kita cenderung untuk berfikir banyak perkara sampai kita sendiri rasa gelisah dan rasa nak marah. Tapi bila kita bermain game, kita bolehlah fokus dengan game sekejap untuk kurangkan apa yang kita terlalu banyak fikirkan tu. Dalam masa yang sama, kita dapat hiburkan diri sekejap semasa bermain game. Ada banyak jenis game yang seronok tau.


2. Dapat mengasah otak

Kebanyakan game yang ada, kesemuanya banyak memerlukan kita untuk fokus, fikir dan tentukan sendiri bagaimana nak lakukan strategi untuk menang game tu. Contohnya game puzzle. Game ni memang akan memaksa otak kita untuk berfikir. 


3. Dapat belajar sambil bermain game

Dengan bermain game, kita dapat belajar cara nak buat strategi untuk menang. Lebih-lebih lagi sekarang ni dah banyak game yang berbentuk pendidikan. Game jenis kira-kira (matematik), eja perkataan (bahasa melayu), huruf dan nombor, silang kata, sudoku, dan banyak lagi. 


4. Dapat memupuk nilai positif dalam diri

Nilai positif yang boleh terbentuk dari bermain game ni ialah nilai berpasukan, kesabaran, dan keadilan. Banyak game online yang boleh dimain bersama-sama dengan kawan-kawan. Dan selalunya, game online ni tak akan adanya permainan berat sebelah kerana peraturan game adalah tetap dari mula. Jadi kita dapat mengikut peraturan dalam game dengan adil. Keinginan untuk menang memupuk lagi kerja berpasukan dan tidak mudah menyerah.


5. Dapat menghilangkan bosan

Banyak dah kebaikan yang saya sebut di atas. Jadi, bila bosan tu kita bolehlah bermain game online. Zaman dah canggih, semua ada di hujung jari ja. Maca-macam game yang best korang boleh jumpa. Contohnya solitaire.org . Saya suka main di solitaire.org ni hehehe. Nak tahu tak sebabnya? Teruskan membaca.



SOLITAIRE.ORG - LAMAN PERMAINAN ATAS TALIAN


Sebab kenapa saya suka main game di Solitaire.org ni adalah kerana percuma, tak perlu download dan tak perlu nak sign up apa-apa. Dan yang paling best lagi, tak ada iklan wehh time main game. 


Koleksi Game yang ada dalam Solitaire.org :

  • LOGIC PUZZLES - solitaire.org/logic-puzzle-games/
  • WORD GAMES - solitaire.org/word-games/
  • MAHJONG - solitaire.org/mahjong-games/
  • HIDDEN OBJECT - solitaire.org/hidden-object-games/
  • CARD - solitaire.org/card-games/
  • MATCH 3 - solitaire.org/match-3-games/


Games Yang Paling Saya Suka Dalam SOLITAIRE.ORG

Game Solitaire.org


1. Hidden Object  (https://www.solitaire.org/hidden-object-games/)

Dulu semasa saya masih budak, saya paling suka game yang cari-cari barang ni. Saya suka sangat. Tak sangka pula dalam Solitaire.org ni ada pula game yang saya suka sangat tu hehehe. 

Game solitaire.org



2. Battleships  (https://www.solitaire.org/battleships-armada/)

Yang ni sangat best hahaha. Game ni suruh kita teka kat mana pihak lawan sembunyikan kapal perang dia. Kalau dapat tembak semua kapal perang yang dia sembunyikan tu, kita menang. Saya paling addicted main game yang ini hahaha.

Game Solitaire.org



3. Chess  (https://www.solitaire.org/chess-grandmaster/)

Saya nak dikatakan champion pun boleh juga lah hehehe angkat bakul sendiri hahaha. Saya suka juga sebenarnya main permainan chess. Kalau nak berlatih sendiri-sendiri memang sesuailah main di solitaire.org ni sebab tak ada ads atau iklan. Pastu tak perlu nak download dan tak perlu login.

Game Solitaire.org



4. Word Search  (https://www.solitaire.org/daily-word-search/)

Yang ni pun best ! Saya suka cari perkataan dari banyak huruf-huruf yang bercampur tu. Ingat pula dulu-dulu asal ada newspaper ja mesti cari yang word search tu hahaha. Sampai berebut dengan beradik yang lain hahaha. Best weh main game ni. 

Game Solitaire.org



Thanks for reading ! Have a nice day !





 


Kita kena hati-hati dengan iklan kerja online yang menawarkan gaji lumayan sekarang ni. 

Sekarang ni dah banyak iklan kerja dalam Facebook yang kononnya memerlukan bekerja dari rumah sahaja tapi boleh mendapat gaji sehingga RM100-300 sehari. Di Instagram pun ada, selalu muncul iklan-iklan tu bila saya nak tengok story IG orang.

Iklan tu kononnya lagi tak memerlukan apa-apa kelayakan, yang penting mesti berumur 18 tahun dan ke atas. Kerja lebih masa boleh dapat komisen tinggi katanya. 

Sejujurnya, saya ada try juga nak apply kerja tu. Jadi saya tekan lah link yang mereka bagi dekat iklan. Ada dua iklan kerja dengan jawatan yang berbeza saya nak apply kononnya. 

Satu tu jawatan online shop assistant, yang satu tu lagi jawatannya marketing assistant. Cuba tengok ni message dari dua iklan kerja yang berbeza.


Kerja online di facebook scam


Macam sama kan? Saya terkejut juga mula-mula hahaha. Yalah kan iklan yang berbeza, jadi saya fikir ni mesti company yang berbeza juga. Jawatan yang mereka offer pun berbeza, tapi message yang mereka reply ni macam lebih kurang sama.

Memandangkan kerjanya sama, jadi saya reply sorang ja lah. Tengok dekat bawah ni apa orang tu reply lagi dekat saya. 


Kerja online di facebook scam


Nampak tak tuh? Kalau saya nak kerja dengan mereka, saya kena pakai duit saya sendiri dengan membeli barang pastu baru saya dapat komisen. 10% komisen untuk setiap barang yang saya beli kononnya lah. 

Kalau korang google, macam mana nak tahu kerja tu scam or not, salah satu cirinya ialah bila kita bekerja dengan mereka, mereka nak kita yang bayar mereka pulak. Padahal, sepatutnya mereka yang kena bayar kita. Sebab kita bekerja dengan mereka. 

Kenapa kita yang kena bayar mereka sedangkan kita bekerja dengan mereka. BIG NO ! Mana-mana kerja, kalau ada majikan atau ketua dia nak kita bayar dahulu untuk kita buat kerja, itu memang salah.

Pastu, kerja ni pula kononnya mereka akan refund kan balik duit yang saya guna untuk beli barang dari e-commerce merchant. 

Baru-baru ni, Facebook Page IPD Timur Laut, Pulau Pinang ada berkongsi mengenai penipuan tawaran kerja yang lebih kurang macam yang saya kongsikan sekarang ni. Perkongsian mereka adalah seperti berikut:-

Kerja online scammerPenipuan kerja kosong online


PENIPUAN TAWARAN KERJA TIDAK WUJUD
EJEN PEMBELIAN DALAM TALIAN (LAZADA/SHOPEE/GRAB & DLL)

Dalam tempoh kajian pada minggu pertama Mac 2022, menunjukkan peningkatan penipuan kes tawaran kerja yang tidak wujud di Daerah Timur Laut.
Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada dengan taktik scammer ini.
📌Mangsa melihat iklan tawaran kerja separuh masa bekerja sebagai 'online purchasing agents' bagi pihak shoppe dan dijanjikan akan menerima komisen (10%) bagi setiap pembelian yang dilakukan.
📌Mangsa diminta untuk menekan pada link yang diberikan, contoh: shoppers.live/auth
📌Mangsa kemudian diarahkan untuk menyelesaikan tugasan dengan memilih barangan untuk dibeli dari 'Chart' yang terdapat dalam link tersebut.
📌Mangsa kemudian diberikan akaun bank untuk membuat bayaran tersebut kononya 'merchant' kepada pihak shoppe.
📌Mangsa akan menerima komisen pada pembelian awal untuk memberi keyakinan dan bagi pembelian seterusnya scammer akan terus menghilangkan diri selepas bayaran dibuat oleh mangsa.
Mohon sebarkan kepada kenalan anda untuk mengelakkkan menjadi mangsa penipuan.

Sumber: Facebook Page IPD Timur Laut, Pulau Pinang

Apa pendapat korang? Korang rasa kerja macam ni legit atau scam ? 

 

Beza Resume dan CV , Resume VS CV ,

Resume vs CV. Resume dan CV kedua-duanya penting untuk memohon kerja. Tapi kenapa ada orang kata Resume dan CV ni sama ja? Sebenarnya tak. Tak sama. 

Jadi apa beza Resume dan CV ni? Kenapa ada majikan yang minta Resume tapi tak minta CV. Dan ada juga majikan yang minta sebaliknya, iaitu CV dan tak minta Resume.

Kali ini saya akan kongsikan apa perbezaan Resume dan CV ni. Supaya anda boleh menyediakan dokumen yang tepat untuk proses memohon pekerjaan lepas ni.



PERBEZAAN RESUME DAN CV


1. Panjang Maklumat

Resume
Resume dengan 1-2 muka surat sahaja sudah cukup memadai. Pastikan tak terlalu padat dan terlalu banyak ruang kosong. 

Ada yang confused nak buat 1 muka surat ja atau 2 muka surat. Seperti yang saya beritahu tadi, 1-2 muka surat pun boleh. Tak ada masalah. Resume ni tak perlu buat panjang2 berderet-deret.  

Make it simple ja. Tapi pada pendapat saya, kalau dapat buat dalam 1 muka surat sahaja pun dah bagus sebenarnya. 

CV
Manakala untuk CV pula, maklumat sebaiknya diterangkan secara lebih terperinci lagi dan CV tidak ada limit perlu buat berapa muka surat. 

CV selalunya akan lebih dari 2 muka surat. Boleh jadi 3, 4, atau lebih dari tu untuk muka suratnya. Sebab dia tak ada limit. 


2. Isi Maklumat

Resume
Isi maklumat dalam Resume adalah ringkas sahaja dan cukup meletakkan maklumat profesional anda yang berkaitan dengan kerja yang dipohon. 

Related: 7 Perkara Penting Yang Perlu Ada Dalam Resume 

CV
Manakala, CV pula tidak ada had panjang untuk nak letak maklumat profesional anda. Ia lebih banyak dan lebih terperinci.

Kalau anda ada terbitkan sesuatu atau ada lesen dan sijil profesional, anda boleh isi dalam CV. Atau ada ikut mana-mana kursus, pun boleh letak. Biasanya CV ni huraian dia banyak juga lah untuk setiap maklumat profesional yang kita ada. 


3. Pengalaman/Kerjaya

Resume
Selalunya Resume ni akan diguna oleh pelajar atau graduan yang belum ada pengalaman kerja lagi. Contoh, kalau nak apply internship biasanya kena hantar Resume. 

CV
Manakala, CV pula biasanya diguna oleh seseorang yang ada pengalaman kerjaya bertahun-tahun. Yang ada banyak pengalaman kerja dari syarikat-syarikat yang berbeza tu haa memang banyak pengalaman kerja yang nak diceritakan. 

Jadi nak cerita di mana? Cerita di CV. Yang tu lah sebab CV tak ada limit tu, sampai nak 2-3 muka surat dengan cerita pasal pengalaman kerja ja. 





Main game online percuma dengan Plays.org. 

Bestnya sekarang ni dah ada game MENARIK dan PERCUMA ja kalau nak main. Nama game tu ialah Plays.org . Ramai juga yang dah main game online percuma ni.

Menarik game online percuma ni sebab ini adalah permainan atas talian yang tanpa iklan dan tanpa download. Saya pun boleh bermain game online ni melalui telefon, laptop, atau tablet saya. 





Kanak-kanak suka dengan game online macam ni sebab percuma kan hehehe. Orang dewasa pun boleh juga bermain game ni yaaa. Buktinya saya sendiri hahaha. Memang best dan menariklah game ni. 



ONLINE GAME MENARIK DAN PERCUMA DI PLAYS.ORG

Terdapat lebih 1,000 jenis permainan online percuma dan menarik yang boleh dimain terus tanpa didownload lagi. Lebih dari seribu jenis permainan online. Banyak betul tu ! 

Saya main pun rambang ja mata tak tahu nak pilih yang mana hahahaha. Saya sampai habiskan beberapa jam dengan main game di Plays.org tau ahahaha. Adik saya pun seronok betul tengok macam-macam jenis game nya.

Haa tengok di bawah ni, banyak kan ! Kalau anak-anak tengok confirm suka betul. 





GAME YANG MENJADI FAVOURITE SAYA

Banyak juga game yang saya teroka hehehe. Tu lah yang sampai berjama-jam main tu hahaha. Tapi yang ni adalah beberapa game yang saya suka. Saya juga nak suggest game ni untuk korang try main sekali hehehehe.


1. SpongeBob SquarePants Restaurant: Burger Grill Simulator 
(click here)



Siapa suka Kartun Spongebob Squarepants ? Saya ! Hehehe. Game ni seronok betul. Game masak burger, fries, dan sediakan minuman. Jadi kena sediakan order pelanggan sebelum masa habis. Jadi kena cepat lah. Memang best. Saya suka !


2. Adventure Man and Danger Dame Dungeon 
(click here)



Yang ni kalau kanak-kanak main confirm suka ! Saya pun suka juga sebab menarik ni. Boleh pilih karakter nak perempuan atau lelaki. Game ni sangat bagus untuk anak-anak belajar huruf vokal, huruf konsonan, nombor, bentuk, dan warna. 


3. Rope Bowling: Bowling Physics Puzzle Game 
(click here)



Yeah yang ni pun best ! Ni kena pakai akal lah sikit hehehehe kena bijak atur strategi. Bowling tu terikat dengan tali dan bowling terayun kiri kanan kiri kanan. Pin ball dekat bawah. Jadi kena jatuhkan bowling tu dan kenakan dekat pin ball. Kalau tak kena, korang failed. Makin lama levelnya makin mencabar. Tu yang best.


4. Open Restaurant Simulation Game 
(click here)



Yang ni saya suka juga ! Suka sangat. Menguji dari strategi dan kecepatan kita. Kena dapatkan untung lebih dari target harian. Kalau kurang, failed lah. Best main ni seriously. Game ni yang saya lama main hahaha.


Wehh main game ni hilang jugalah rasa stress dan penat. Baring-baring pun boleh juga main game ni dari telefon. Untuk teroka lebih banyak game lagi korang boleh buka terus Plays.org haa senang.




 

Tahun lalu saya ada kongsikan mengenai pengalaman saya dapat tawaran intern di perkeso. Ramai sangat pertanyaan yang ditanya, dan ada juga yang emel saya. Terima kasih kepada yang sudi emel saya untuk bertanyakan terus mengenainya.

Jujur saya beritahu, saya dapat lebih dari 100 emel yang bertanyakan soal internship 😅 Alhamdulillah, ada manfaat juga saya kongsikan bagaimana saya apply internship di perkeso, tabung haji, dan kwsp.

Saya pilih satu pertanyaan yang ramai sangat tanya dan nak tahu. Jadi korang kena take note ya hihi.


"Perkeso ada elaun atau tak?"

Jawapan nya Ya. Ada elaun untuk pelajar yang apply internship di Perkeso. Saya tak tahu lah ada perubahan atau tak, tapi elaun yang ditawarkan kepada saya pada tahun lalu, 2021, berjumlah RM45 sehari. 

Tetapi . Ya ada tetapi nya hihihi. Perkeso ada quota. Quota apa pula? Perkeso ada quota berapa orang pelajar yang mereka akan terima untuk intern di tempat/cawangan yang pelajar nak dan akan dapat elaun. 

Bila quota penuh, Perkeso masih boleh terima permohonan pelajar, tetapi tak ada elaun untuk pelajar tersebut. Nanti Perkeso akan bagitahu juga tu bila quota penuh. Korang akan diberi pilihan sama ada nak terima tawaran intern tapi tanpa elaun atau tolak tawaran.

Sebab tu saya galakkan korang semua kalau nak apply intern mesti awal-awal lah. Lebih baik lagi kalau 3 bulan lebih awal. Jadi tak lah pening-pening nak cari tempat intern di last-last minit. Tinggal buat persiapan sahaja.


Related post: Latihan Industri Di PERKESO




 



Bagaimana nak buat Resume yang mantap? Sebelum nak buat Resume yang mantap, anda kena tahu apa yang perlu ada dalam Resume. Kena tahu apa perkara-perkara penting yang perlu diletak dalam Resume. Resume perlulah jelas, lengkap, dan tak panjang berjela-jela.


7 PERKARA PENTING YANG PERLU ADA DALAM RESUME







Credit to Resume.Murah_RM10


1. Maklumat Peribadi
Perkara pertama yang paling utama kena ada dalam Resume ialah maklumat peribadi. Sangat penting untuk anda letak maklumat peribadi di bahagian atas, bukannya di bahagian bawah. Sebab bakal majikan anda nak tengok maklumat peribadi awak dahulu mula-mula. Ini adalah perkara penting yang perlu ada dalam Resume korang.

Jaadi sangat penting untuk anda letak maklumat peribadi di bahagian atas. Maklumat peribadi ini merangkumi Nama, Nombor Telefon, Emel, dan Alamat. Letak nama penuh kalau boleh. Nombor telefon dan emel anda kena pastikan ia adalah nombor telefon dan emel yang anda masih gunakan. 

Manakala alamat pula, tak perlu pun nak letak alamat penuh siap ada nombor rumah, nama simpang, nama jalan segala tu. Cukup nama kampung atau daerah dan negeri. Simple dan jelas. 

Objektif kerjaya kalau ada dalam Resume pun sangat bagus ye. Selain daripada objektif kerja, anda juga boleh gantikan dengan "Profile Statement" atau "Summary". Ia adalah ringkasan mengenai anda, kelebihan anda dan apa yang anda boleh tawarkan pada syarikat. 


2. Pendidikan
Perkara kedua yang kena ada dalam Resume ialah Pendidikan anda. Sangat bagus kalau anda susun maklumat pendidikan anda bermula dari yang "latest" dahulu, kemudian baru yang lama. Dan, kalau boleh, cukup maklumat pendidikan 5 tahun terkini sahaja yang anda letak dalam Resume.

Tapi kalau anda dah lama dah belajar sebab dah lama bekerja dan sedang mencari pekerjaan yang baru, anda boleh letak 2 maklumat pendidikan seperti ijazah, diploma, STPM, atau SPM. Kalau anda cuma belajar sampai SPM sahaja, anda boleh letak maklumat SPM sahaja pun tak ada masalah, atau nak tambah maklumat PMR/PT3 pun boleh. 

Tapi tak perlulah nak tambah maklumat pendidikan anda semasa sekolah rendah iaitu UPSR. Maklumat pendidikan iaitu UPSR adalah tak relevan untuk mohon kerja. Jadi korang boleh buang maklumat pendidikan UPSR anda kalau masih ada dalam Resume tu sekarang.


3. Kemahiran
Haa ini bab paling penting dalam Resume. Bakal majikan yang nak ambil pekerja, mereka akan cari kemahiran yang mereka nak ada pada pekerja mereka. Jadi sangatlah penting untuk anda buat research dahulu kemahiran apa yang sesuai untuk pekerjaan yang ditawarkan itu. 

Anda tak boleh tipu kemahiran ye. Tak baik tipu kemahiran. Anda kena pastikan yang kemahiran tu memang ada pada anda. Kalau tak ada, anda kenalah belajar dahulu kemahiran tersebut. 

Kemahiran ini merangkumi kemahiran teknikal seperti kemahiran guna software, contohnya Microsoft Office (Word, PowerPoint, Excel, dll), dan soft skills. Contoh soft skills ialah komunikasi, penyelesaian masalah, pengurusan masa, dan lain-lain. 


4. Bahasa
Anda boleh letak bahasa apa yang ada kuasai selain daripada Bahasa Melayu. Contohnya, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazan Dusun, Bahasa Korea, dan lain-lain. 

Bahasa-bahasa yang anda kuasai ini anda boleh letak tahap penguasaan anda, seperti professional, mahir, sederhana, atau asas. 


5. Pengalaman Bekerja
Ini adalah perkara penting juga yang perlu ada dalam Resume anda. Sama juga seperti maklumat pendidikan, anda kena susun bermula dari yang "latest", kemudian yang lama. Jadi senang bakal majikan anda nampak apa kerja anda sebelum ini. 

Lebih-lebih lagi kalau mereka dapat 100 lebih Resume, dan cuma ada masa beberapa saat ja untuk tengok Resume anda. Kalau anda letak pekerjaan anda yang "latest" di turutan paling akhir, mesti sukar mereka nak tengok kan. Jadi, adalah lebih baik kalau anda letak maklumat pekerjaan yang "latest" pada turutan pertama.

Apa yang perlu anda letak pada maklumat pendidikan? Okay, anda letak apa jawatan anda dan nama syarikat yang anda bekerja. Letak tarikh bila anda mula dan bila anda berhenti. Jika anda masih bekerja di syarikat tersebut maka letak sahaja "kini" atau "present". 

Jangan lupa letak apa tugas dan tanggungjawab anda semasa memegang jawatan itu.  Sebenarnya kalau anda masukkan result dalam deskripsi kerja anda, ia nampak lebih bagus. 

Bagi yang tak ada pengalaman bekerja langsung, terutamanya fresh graduate, jangan risau sebab tak ada pengalaman bekerja. Anda boleh gantikan pengalaman bekerja dengan pengalaman kepimpinan atau "leadership experiences". Kalau korang ada jawatan dalam apa-apa kelab semasa di universiti yang berkaitan dengan leadership, anda boleh letak sebagai ganti pengalaman bekerja.


6. Penglibatan Dalam Komuniti/Aktiviti Kokurikulum
Untuk fresh gradute, perkara ini sangat penting dan perlu ada dalam Resume kalau nak Resume anda mantap. Kadang-kadang ada majikan yang nak pilih pekerja yang banyak ikut sukarelawan, jadi kalau anda pernah, ia adalah bonus buat anda.

Kalau tak pernah sertai sukarelawan, anda boleh gantikan dengan aktiviti kokurikulum. Apa yang anda ada ikut semasa di sekolah atau di universiti. Apa jawatan dan pencapaian anda. Sila nyatakan dalam Resume.


8. Rujukan
Kita dah sampai di perkara yang terakhir. Perkara ini juga penting ye. Rujukan ni penting sebab boleh buktikan yang maklumat seperti pengalaman bekerja kita tu betul dan bukan rekaan. Rujukan ni paling maximum korang boleh letak 2-3 sahaja dalam Resume. 

Letak Nama, jawatan mereka,dari  syarikat mana, dan nombor telefon atau emel mereka. Peringatan ! Jangan letak adik-beradik, ibu bapa, kawan, atau saudara-mara jadi rujukan. Anda cuma boleh letak maklumat bekas majikan anda sahaja di bahagian Rujukan.



Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

Hi! My name is Ayu. Do contact me at ayu.juayu@gmail.com for any collaboration and review

Total Pageviews

Followers

POPULAR POSTS

  • CARA HILANGKAN TINY BUMPS / JERAWAT PASIR
  • Best Quote of the Day #6
  • GOOGLE ADSENSE DAH LULUS
  • Pengalaman Internship Di Pejabat Pendidikan
  • IDEA BISNES UNTUK PELAJAR
  • 7 Perkara Penting Yang Perlu Ada Dalam Resume
  • Bagaimana Nak Mohon Internship Di Perkeso

♥ SERVIS BUAT RESUME ♥

Distributed By Gooyaabi | Designed by OddThemes